Search This Blog

Friday, March 27, 2009

Inikah Transformasi?

Salam,

Dilaporkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP ), Datuk Shahrir Samad, akan meletakkan jawatan ekoran kekalahan dalam pemilihan Majlis Tertinggi.

Alasan diberi seolah-olah menggambarkan dia tidak menyerlah dalam pentadbiran Kabinet Kerajaan.

Saya berpendapat, wujud dua makna dalam tindakan ini:

1. Tindakan beliau betul, letakkan jawatan supaya ada tenaga baru di kalangan MP Umno yang boleh diketengahkan bakat mereka. Kalah maknanya tidak dipilih perwakilan mengibar panji perjuangan untuk fasa 3 tahun berikutnya. Eloklah kalau dah faham iyarat yang diberi. Soalnya, bagaimana dengan menteri dan tim. menteri yang lain?

2. Tindakan beliau salah, sebab jawatan dalam parti harus dibezakan dengan jawatan pentadbiran. Biarlah muka baru dalam MT yang tidak berjawatan dalam pentadbiran kerajaan melaksanakan usaha memulih dan mengukuhkan parti, supaya tumpuan dan fokus dapat diberi sepenuhnya. Sementara barisan kabinet meneruskan tugas pentadbiran...baharulah betul. Janganlah nanti jawatan dalam parti dijadikan tiket untuk melobi menteri itu ini, sehingga terpaksa dilantik sebagai senator!

Cuma kita mencadangkan kepada Datuk Sharir, janganlah guna perkataan begini : "Justeru, saya menawarkan untuk meletak jawatan seiring dengan peralihan kuasa Presiden UMNO pada awal bulan April nanti,'' . Ringkasnya, ikut hati nurani Datuk, letak jawatan atau teruskan tugas!

Ini bunyi macam minta kasihan ja!

6 comments:

Anonymous said...

asalamualaikum, aku setuju dengan tindakan datu shahrir samad, kalau boleh semua ahli kabinet lantikan pak lah perlu letak jawatan, dan bagi ruang untuk najib buat pilihan barisan kabinetnya , tak perlu risau , takut atau minta kesian, .....pandai lah najib pilih barisannya, kalau bagus kerja, shahrir akan di pilih jadi menteri, tak kira kalah atau menang dalam pemilihan umno......jangan jadikan jawatan dalam umno sebagai kriteria pemilihan kabinet,......kerana ada jawatan kabinet yang memerlukan kebolehan dan kelulusan akademik dan latarbelakang yang bersesuaian di perlukan bagi mengisi portfolio kabinet tersebut, tak seperti dalam perjawatan umno.....mereka yang tak perpendidikan pun boleh jadi pemimpin......allah hu alam

Jumayatara said...

Letak jawatan !!! Ada berani ke????





just ban yourself from oral sex. respect your wife

add said...

Shahrir nak cover malu je tu,, sebelum najib tendang dia sampai ke sngapura,, lebih baik aku serender dulu katanya dalam hati... tak pun aku jadi macam zaid keling tu mula berjinak jinak dengan PAS,,, he he he

de_kerinchi said...

salam ustazsaid,

semalam dah jelas dia cakap sebab tiada kepercayaan diberi kepada beliau.(sebab tak terpilih) maka beliau rela meletak jawatan..

kerana ada unsur-unsur ketiakpercayaan atas keupayaan beliau untuk memimpin inilah menyebabkan beliau terasa hati...

Tapi saya tak heran memang resmi sharir macam tu dari dulu lagi...jiwa kecik nafsu besar....sekejap dalam parti sekejap keluar parti...takda pendirian tetap...

wasalam

Anonymous said...

dengar khabar sebentar tadi conform Datuk Shahril akan letak jawatan..Sebenarnya Datuk shahir ni seorang pemimpin yang baik dan mempunyai integriti yang boleh pakai..sayanglah kerana UMNO mensia-siakan wibawa dan kredbiliti Datuk Shahir..kalau dibandingkan dengan Hishamudin, jauh lebih lebih berwibawa Datuk shahir, cuma apa boleh buat perwakilan 'syok sendiri' sudah buat pilihan... UMNO nampaknya menuju kepada era yang mana parti dipenuhi oleh orang-orang yang lebih suka membodek dan mengampu..

Anonymous said...

"Adakah ahli umno ingin berubah ?"
Tidak!
Mengapa ?
Banyak dan berjela jela berkajang kajang kertas dan di ICT di katakan gigabytes !
Tapi secara "simple", UMNO sudah jadi "elitist" dan tidak berjiwa rakyat dan tidak macam partai tindakkan rakyat di kota singa , sebuah "service oriented party".Apa yang ahli UMNO ada tolong rakyat secara detail di atas tiap DUN dan KP. ?
Ahli UMNO tidak lagi memperjuangngkan dan tidak lagi membela Rakyat.
Siapa yang tolong dan membela rakyat ?
Ahli NGO,sukarelawan, dua tiga kerat tokoh koprat,syarikat dan juga apabila di paksa, jabatan kerajaan(ha ha.)
UMNO mendiam diri dan membisu dalam isu isu Rakyat sebelum March 2008 dan semasa...banyak sangat contoh yang akan di senaraikan.
MENGAPA ?
Tiada kepentingan ekonomi dan kewangan atau peluang lonjakkan.!!!
Atau pun pembelaan rakyat dalam isu isu rakyat akan memecah tembelang kepentingan individu UMNO !!
Ini bukan retorik tapi hakikat..
Lihatlah kempimpinan Umno Wanita Puteri Pemuda dan putera adalah "elitist".
Lihat lah wakil wakil 2,519 orang .
Ada nampak macam orang yang mewakili rakyat melayu biasa ?
Semua wakil nampak bergaye gah dan kaya dan dll.(syiok sendiri lah)
Mereka lupa bahawa kekuatan UMNo bertunggakkan orang penduduk luar bandar dan desa.
Lihat lah barisan kepimpinan Wanita putri pemuda ahli majlis tertinggi --- semua orang nampak sihat, gah, kaya, aristokratik macam raja raja dlll...
Lihat lah wanita,pemuda dan orang tua rombongan yang tompang berkeliaran dan berlegar di ruang luar dewan...
perangai macam jerung nak cari makan...
Tiap kali ade perhimpunan UMNO ,sama saja.
Tiada yang waras, macam dah lupa daratan.
Usahawan perhimpunan ,masing jual beli atau bagi percuma dlll
cuba lihat partai pembangkang --- simple mudah bercampur dan imej orang biasa tapi ade karisma.(Di perhimpunana PKR dan PAS sama aje format)
UMNO sudah di "marginalised" dan dah jadi parti orang kaya ,macam dulu MCA di lihat sebagai "rich man" party.
Kalu ada PRU atau PRK ,UMNO suka "trow money" dan umum projek itu dan ini .
tetapi mereka lupa bahawa "the customer is king" kerana projek projek itu tidak mencermin keperluan dan kehendak asas rakyat setempat atau senegara ,malahan hanya memenuhi desakkan kaum kontraktor dan di ali baba kan untuk kejayaan ala mi segara dlll.
Cukuplah saya ni blogger biase, dan tak layak untuk mengharap kan orang kaya baru dan kaya "wannabe" untuk berubah sebab semua orang yang lebih hebat dari saya saperti TDM Pak Lah dan TPM sudah cakap tentang apa yang UMNO patut dan harus buat.
Kalau tak mahu ikut mereka ,"adakah ahli UMNO ingin berubah ?"
Tidak.
Para pembangkang tak payah kerja kuat.
UMNO dah tembak kaki sendiri la!!!
changkat lobak.
arjuna waspada.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin