Search This Blog

Monday, March 2, 2009

Padahnya Ditanggung Siapa?

Salam,

Bermula dgn satu kesilapan, yg mungkin kecil, mbawa akibat yg besar, yg buruk padahnya. Ibarat api, semasa kecil sangat diperlukan utk pelbagai kegunaan, tp bila ia besar, api sangat bahaya.

Begitulah yg terjadi dlm episod pgunaan kalimah Allah, yg dituntut oleh pihak Herald dlm penerbitan mereka. Tuntutan ini dibawa ke mahkamah utk diputuskan, dan masih dlm proses - belum ada keputusan.

Entah di mana silapnya, pihak KKDN mbuat keputusan mdahului mahkamah. Pgunaan kalimah Allah - nama Allah Yang Maha Suci - dibenarkan utk dgunakan, dgn beberapa syarat antaranya, terbitan tsebut diedarkan utk penganut Kristian sahaja.

Bagaimana nak memastikan pengedarannya dlm ruang lingkup yg dibenarkan dan tidak melebihi batas yg ditetapkan, merupakan satu psoalan lain.

Sehari selepas 'kebenaran' ini diketahui umum, apabila mahkamah diberitahu, Pak Menteri lantas m'umumkan kebenaran ini ditarik balik. Sebagai umat Islam, tentulah kita bsyukur dgn pengumuman ini, sekurang-kurangnya mengurangkan keresahan kita.

Apa yg ingin kita persoalkan ialah bagaimana perkara begini tjadi ? Difahamkan, sesuatu warta tidak bkuatkuasa selagi tidak disahkan Menteri. Jauh drpd itu, b'mana pegawai yg menyediakan perintah tsebut boleh tlepas pandang?

Serupa dgn kenaikan tol, Pak Menteri m'umumkan kenaikan tol, tp 'disanggah' oleh PM sbg ketua kerajaan. Akhirnya, kadar tol tidak jadi dinaikkan, namun suhu kemarahan orang ramai yg mbantah kenaikan tol, tlanjur sudah naik!

Ringkasnya, sejak akhir-akhir ini, banyak keputusan kerajaan yg seolah-olah tidak selaras, spt tiada pbincangan di kalangan Jemaah Menteri - yg b'mesyuarat setiap Rabu. Masing-masing mbuat keputusan m'ikut bidang kuasa kementerian masing-masing.

Bagus juga, maknanya keputusan pantas dapat dbuat. Malangnya, apabila keputusan dibuat tidak 'menggembirakan' - malahan mbuat rakyat marah - siapa pula yg kena menjawab?

5 comments:

Anonymous said...

asalamualaikum, ini semua akibat dari kelemahan kepimpinan pak lah, baik turun cepat la pak lah, lagi lama pak lah kat atas tu makin hancur negara, sudah-sudah lah, bagi le kat orang lain....saya dah tak larat nak dengar kutukan dan hinaan rakyat dan pemimpin ke atas pak lah

Anonymous said...

Salam. Kenapa asik nak salahkan pak lah sja. Menteri yg berkenaan sepatutnya dipersalahkan juga. Sabar2lah nak tunggu pak lah turun... dia turun juga tu lebih kurang sebulan lagi... harap2 lepas dia turun nanti jangan saudara matlan menyesal dan balik cakap sayang kalaulah pak lah dulu tidak.... kalau lah pak lah.... bagus bah dia tu....
Sabar adalah sifat yg terpuji..... sabar jangan marah...

Anonymous said...

Saya setuju dgn sdr.matlan bahawa semua kekalutan ini berpunca daripada ketidakupayaan Pak Lah mengemudi kabinetnya. Memang patut dia berhenti cepat,lagi lama tidak begitu bagus untuk negara..Amat ketara bahawa barisan kabinet yang diterajui Pak Lah lemah dan tidak sistematik.Macam mana boleh dihormati kalau hari ini buat keputusan, kemudian esok lain pula.Kelihatan seperti tidak teratur..Cukuplah Pak Lah, kalau boleh bungkus sekali dengan menantunya KJ...

ONE said...

salam,
terima kasih ustaz,

pada saya pak lah ke khairy ke ni smua mangsa keadaan,bila rakyat da bpecah belah, ha ni la jadi dia , sape memimpin pon susah wat keje..tp bila da jd camni nk x nk kene lar btanggungjawab..
yg penting kite semua bersatu dalam menolak liberalisme yang keterlaluan sehingga membawa kepada kehancuran islam..

allahualam..

Anonymous said...

salam...
pemimpin boleh datang dan pergi..
keamanan,kemerdekaan negara hilang jgn sekali

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin