Search This Blog

Friday, April 24, 2009

365 Hari!

Salam,


Syukur Alhamdulilah, hari ini blog ini mencecah usia setahun jagung - 365 hari bersama berkongsi denyut nadi perkembangan semasa, khususnya di bidang politik.


Bermula suka-suka, selepas kembali dari satu Program Bengkel di Tg Rhu, Sepang, kini blog ini secara tuntas akan menyatakan kebenaran walaupun pahit!


Sempena ulang tahun 1 blog ini, beberapa perubahan 'fizikal' akan dilakukan. Namun, isi kandungannya tetap akan menegur - tidak kira siapa - secara berhikmah, mengikut tradisi kita.


Nama dan slogan blog ini juga diubah, sesuai dengan perkembangan semasa. Ini juga bersesuian, kerana bermula hari ini, bukan saya sahaja yang akan menulis di blog ini. Terdapat dua orang lagi sahabat akan turut sama menyumbang idea.


Terima kasih kepada para pengunjung, juga para pemberi komen, sama ada yang bernama atau tanpa nama. Terima kasih juga kepada Penggabung Suara, Debat Rakyat, Mandat dan jemaah BPN serta blog-blog lain, kerana membuatkan kehadiran blog ini disedari!


Semoga blog ini mampu terus bersuara, demi negara tercinta bernama MALAYSIA!


Pandangan ustazSAID – Katakan Benar Kepada Kebenaran!


4 comments:

matlan said...

asalamualaikum ustaz, tahniah atas ulang tahun yang pertama blog tuan, pada hari jumaat yang mulia ini di doakan semoga allah memberkati segala usaha baik yang ustaz jalankan selama ini,......AMIN YA RAB BAL ALAMIN.

Rem said...

Selamat ulangtahun pertama. Tahniah kerana terus bernadi. Ada banyak blog Sabahan yang biasanya terkubur sebelum sampai satu tahun.. :)

lil717lee@gmail.com said...

Salam untuk pemilik dan peminat Blog ustazSAID . TAHNIAH dan selamat ulang tahun yg pertama.
Saya doakan semoga blog ini akan terus memaparkan kebenaran walaupun pahit untuk dikatakan.
Blog inilah yg menjadi salah satu nadi perjuangan rakyat terutama mereka yg tertindas.
Adalah diharapkan juga blog ini dapat menyuntik semangat kepada rakyat yg "TIDAK BERHARTA" muncul sebagai pemimpin bangsa seperti pemimpin melayu semasa berjuang menentang Malayan Union dahulu.
Serapkanlah kepada rakyat Malaysia terutama rakyat di Sabah, bahawa DUIT bukan ukuran untuk diundi sebagai ketua......

Anonymous said...

AJK PKR Putrajaya ada di sini
http://jamilismail.blogspot.com
musang berbulu ayam spesis al juburi juga.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin