Search This Blog

Friday, July 24, 2009

Alhamdulilah...Masih Ada Yang Rasional!


Salam,

Bila gambar di atas dan di bawah ini tersebar di alam siber ini, hiruk-pikuk satu Malaysia. Cuma yang menjadi tandatanya, bagaimana ada orang Islam masih mahu mempertahankan 'kebenaran' dalam kesilapan perlakuan watak-watak yang terlibat.

Soal menyokong watak-watak yang terlibat, itu soal lain. Terpulanglah kepada pendirian masing-masing. Namun seharusnya diakui, perlakuan watak-watak dalam gambar ini memang silap. Apa yang mereka lakukan ternyata silap, janganlah pusing sana pusing sini hendak menegakkan benang basah!

Syukurlah, dalam sebegitu ramai yang keliru, masih ada yang rasional dan menyedari perlakuan watak-watak yang terlibat sah salah dan silap. Kesilapan tetap kesilapan, memang pahit mengakuinya tetapi mesti diakui.

Tabik kepada Ustaz Zolkharnain Abidin !


Demikianlah apa yang belaku kepada Nizar. Pandangan Dewan Ulamak Pas Pusat bahawa Nizar tidak sepatutnya berada dan menyertai upacara itu, merungkai persoalan ini.

Sikap Pas adalah jelas, walau pun Nizar adalah ahli jawatankuasa pusat Pas, apabila sesuatu yang melanggar prinsip agama, walau pun dilakukan oleh pimpinan tertingginya, itu tetap suatu kesilapan.

Nizar melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya beliau lakukan. Saya yakin beliau tahu apa yang patut dilakukannya pula selepas ini.

Kejadian ini adalah pengajaran buat semua. Pemimpin, ahli dan penyokong wajar lebih prihatin dalam perkara ini.

baca lanjut di blog Bila Sauh Dibongkar!

9 comments:

RAKYAT MARHEIN said...

DALAM PAS APABILA ADA PEMIMPIN YANG MELAKUKAN SESUATU YANG PERLU DITEGUR, INSYAALLAH PASTI AKAN DITEGUR MESKIPUN IANYA PEMIMPIN BESAR ATAU ORANG PENTING PARTI. TETAPI INI PAYAH BERLAKU DALAM UMNO, KUNUN TEGUR IKUT SALURAN YANG BETUL. BETUL APA? KALAULAH PRESDIEN PARTI ATAU PEMIMPIN KANAN UMNO BUAT SESUATU YANG SAMA SEPERTI NIZAR, SIAPA YANG BERANI MENEGUR ? NESCAYA SEMUA AKAN TERGAM MULUTNYA...

USD said...

Salam Rakyat marhaen, bagus la kalau bgitu...eloklah dtegur siapa yg salah @ silap!
Cuma macamana sdr. tahu tiada yg berani menegur pemimpin Umno?

Rakyat Marhein said...

macam mana saya tahu..?

Coba ustaz renung sejenak, dulu semasa Dr.M berkuasa, siapa berani tegur beliau.Tapi bila dah jadi mantan, beliau dibelasah habis-habis oleh orang UMNO apabila terdapat pandangannya yang tidak menguntungkan UMNO..Inilah buktinya..

Anonymous said...

Sebenar kesalahan Nizar sgt besar kerana dia adalah wakil PAS, parti yg kononnya berteraskan kepimpinan ulamak. Apatah lagi dia melakukan secara terang-terangan. Jadi dalam hal ini PAS tidak mampu sembunyikan lagi kekhilafan itu, ia susah jadi isu ansional. Hendak tak hendak terpaksa juga keluarkn kenyataan walaupun berputar belit memberi KOMEN. Nampak sangat, BIAS, orang yg bijak tahulah apa yg diputarbelitkan itu. tapi yg bebal akan tetap bebal.

Kes Tun M jangan disamakan dengan hal Nizar ini, kamu ni org PAS, kalau kena batang hidung sendiri suka kilas sana kilas sini, nampak kesalahan org lain sahaja, tapi kesalahan sendiri biarpun sebesar gajah tak nampak, tapi kesalahan org lain, biar sekecil kuman kamu guna teropong juga. Agaknya inilah AJARAN tuan guru mursyid Nik Aziz.

pakngah santan said...

isunya sekarang perlakuan ini dibuat oleh seorang dari sebuah parti yang lebih islam dari orang islam lain.

mengapa orang pas apabila kena pada hidung sendiri, asyik kornar ke lain. selama ni, asyik tuding jari pada umno, semua umno buat tak betul.

tapi ada juga orang pas kata tak salah. macam ni lah, baik pas buat referendum, tanya seluruh ahli pas, salah atau betul tindakan nizar.

dah gambar terpampang satu malaya, mana boleh ulamak pas nak kornar lagi. kena tegurlah. lepas tu buat-buat lupa. umno juga kena hentam kemudiannya.

rakyat marhaein said...

ustaz,
apa pula ulasan para pencacai UMNO dengan berita yang kununnya zahid hamidi ada bersalam ketika bertemu ehud barak..ni lagi berat kerana bersalam dengan menteri yahudi laknatullah itu..jika benar berita ini,maka apa pula suara para ustaz umno..? bacalah:
zul4kulim.blogspot.com

sekarang siapa dikalangan ulama UMNO yang sanggup tegur ? Jamil khir, bolehkah tegur zahid ni?

TokMudim said...

Tahniah Rakyat Marhaein

Persoalan yang mantap ...terkedu syaitan-syaitan bisu...nak kata apa??....buat bodoh je le...

B....P.....M.....

USD said...

Salam, Ali memegang babi hukumnya haram. Abu memegang anjing hukumnya tetap haram. Apakah kerana Ali separti dgn kita, hukumnya tidak haram lalu menyalahkan Abu yg x separti?
Lu fikrlah sendiri!

Syeikh YB said...

Ustaz Said tolong komen sikit gambor kat bawah ni :

http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=7507#168767

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin