Search This Blog

Wednesday, July 1, 2009

Cakap Memang Mudah...


Salam,


Kerajaan BN ditohmah dengan pelbagai kata nista apabila 'gagal' melindungi rakyat. BN dikata menyebelahi pemaju, apabila pemaju mahu mengambil tanah milik mereka untuk dibangunkan. Rakyat yang menduduki tanah pemaju secara haram dibela oleh parti pembangkang secara berterusan.


Pembangkang melabel kerajaan BN zalim dan menindas rakyat kerana tidak mempertahankan hak rakyat yang telah bertahun-tahun duduk di atas tanah milik pemaju.


Di Selangor kes pemaju mengambil tanah mereka menyebabkan rakyat bangkit menentang kerajaan BN pimpinan DS Khir Toyo pada tahun 2007. Walaupun sebahagian besar penduduk telah bersetuju untuk berpindah, namun dek kerana segelintir yang enggan, ditambah lagi hasutan pembangkang kesannya mungkin kejadian ini menjadi salah satu punca BN tumbang di Selangor pada 2008.


Hari ini, Kerajaan P.Pinang berdepan masalah serupa. Tanah yang hendak dimajukan di Kg Buah Pala, Bukit Gelugor mendapat bantahan penduduk kampung yang sudah duduk di situ sekian lama.


Antara kehendak pemaju dan kepentingan rakyat, yang manakah menjadi keutamaan Lim Guan Eng?


Jika selama ini pembangkang boleh mengata itu ini kepada Kerajaan BN, maka kini tiba masanya bagi mereka untuk membuktikan kata-kata manis mereka sebagai jagoan rakyat. Inilah masanya bagi Kerajaan Pakatan DAP dan PKR membuktikan janji manis mereka membela rakyat bukan retorik kosong semata-mata.


Dilaporkan Lim Guan Eng tidak turun berjumpa dengan penduduk kampung yang berhimpun di Komtar, hanya menghantar wakil. Apakah Lim takut berdepan dengan realiti? Risau tembelang janji kosong akan terbongkar?


Cakap memanglah mudah, berkata-kata itu ini memang mudah…yang payah ialah melaksanakannya!

8 comments:

bungaraya said...

Apabila kena batang hidung sendiri barulah tahu pahit atau macam sesuatu tindakan itu. Kepada rakyat yang berjuang untuk keadilan, apakah rasa nya adil jika membiarkan DAP bertindak tak seperti yang dikatakanya suatu ketika dulu, semasa hendak sangat berkuasa? Apabila kuasa dah ada dalam tangan, pandai pula berdusta dan berjanji palsu dengan rakyat akar umbi.

Ajin b. Gagah said...

Sdra Ustaz,
Dalam pengalaman saya selama bertugas dengan kerajaan, masaalah yang paling rumit untuk di kendalikan ada lah hal yang berkaitan dengan tanah.

Sama ada ia nya tanah persendirian, tanah rejab, tanah kerajaan dsn, bilamana ia nya terlibat dengan 'pengambilan', pasti akan timbul masaalah.Apa lagi kalau ia nya berupa pencerobohan.

kadang kala nya, hal-hal saperti ini boleh megujudkan peperangan, saperti di Israel-Palestine. Justru itu, perkara yang melibatkan tanah pasti nya di kategori kan sebagai 'sensitif'.

Oleh itu kita kena tangani nya dengan serius dan hati-hati. Dalam masa yang sama, peranaan politik di kurangkan.

'Political exploitation', selalu nya tidak akan menyelesaikan masaalah ini. Terlalu banyak idea dan pendapat yang bertentangan pun akan lebih mengeruh kan keadaan. Selalu nya berakhir dalam keadaan 'kalah-kalah'.

Dalam kontek yang ditimbulkan dalam blog ini, terasa terlalu banyak 'politicking' sehingga menunding jari untuk mempertahan kan kebenaran masing-masing.

Namun masaalah pokok yang berkaitan dengan isu tanah tetap terbengkalai.

kalau difikirkan, kes ini boleh diselesaikan oleh pehak penguasa tanah saperti Tuan Pegawai Daerah, Juruukur Daerah, Ketua Daerah, Ketua kampong dan mereka-mereka yang terlibat (empunya tanah dan pemaju).

Selalu nya kes ini dapat di selesaikan dengan jaya nya kalau orang-orang politik tidak banyak campur tangan.

Namun apa yang terjadi kini, di ibaratkan sebagai ' nasi sudah menjadi bubur'. Dimana 'mainan politik di dehulukan, masaalah tanah rakyat di kemudiankan'.

Fikir-fikir kan lah Ustaz.

Salam

Datu Sulaiman said...

ya ustaz,

bukan main marah lagi orang-orang tu..tapi sayang tv arus perdana hanya tunjuk orang yang marah, tiada pula mereka pegi tanya Lim Guan Eng, mengapa ? Jadi perkara ini menjadi fitnah..? Agaknya kalau PP masih diperintah BN, akan keluarkan rintihan penduduk ini melalui kaca TV ????

sama-sama kita fikirkan.

Anonymous said...

Datu Sulaiman,

Dalam kepala saya sekarang ni, jika lagi lama BN memerintah, lagi banyaklah kes2 begini akan timbul. Rakyat yang berhak perolehi tanah dinafikan hak, sebaliknya tanah yang diusahakan sejak sekian lama dirampas dengan sewenang2nya atas alasan tanah kerajaan.

Saya tak hairan jika BN dan penyokongnya salahkan PR walaupun isu sebenarnya ibarat tahi yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu (BN). Kita tunggu dan lihat hasil pendedahan (sekiranya ada), siapa disebalik syarikat pemaju tersebut.

dr.todak said...

cakap pandai la..PR n BN sama je! manusia biasa jugak..org ni tuduh org tu, org tu tuduh org ni! kalau ada yg buat salah, mengaku kesilapan bukan tuduh menuduh. perbaiki kelemahan.

Datu Sulaiman said...

ya anon 3:58,

saya percaya bahawa anda adalah daripada majoriti rakyat Malaysia yang telah sedar akan keadaan yang sebenarnya..Cuma di Sabah kita tiada pilihan kerana pihak pembangkang belum dapat menampilkan pasukan yang boleh diharap,kebenayakkannya dulu daripada BN juga, jadi kita tidak mahu sekadar tukar kulit saja...

Pendekar Awang said...

salam ustaz awang ni.
beginilah ni, sy teringat satu kata2 'reality means nothing, perception means everything'.
kita tengu mcmana DAP wat kerja.
confirm pasni BN akan ambik alik state government tu.
PASTI!

Rem said...

Itulah Pakatan Rakyat. Semasa pilihanraya, mereka menjual 'utopia dan syurga' sebagai manifesto. Semuanya serba-serbi sempurna. Tidak cukup dengan itu, mereka mencemuh BN -- begitu, begini.

Sekarang, jangan salahkan media arus perdana atau tunjuk perasaan daripada rakyat sebab tak puas hati. Ya, BN juga tidak sempurna. Banyak kelemahan dan ketidaksempurnaan.

Tapi bezanya, BN tidak pernah menjual 'syurga dan utopia' semasa pilihanraya. Tidak seperti Pakatan Rakyat (Berang). Anwar Ibrahim sendiri yang cipta 'expectation' itu. Nah, sekarang biar mereka galas sendiri.

Pernah mana-mana Timbalan Ketua Menteri atau Timbalan Menteri Besar meletak jawatan kerana skandal rasuah dan pecah amanah dalam tempoh KURANG SATU TAHUN pemerintahan? Hmmm.. senario yang hanya berlaku dalam kerajaan Pakatan Raykat (Berang).

Teruskan perjuangan ustaz! Walaupun sebenarnya harapan bagi penjilat-penjilat Anwar/Karpal/Lim Kiat Siang untuk sembuh daripada penyakit buta hati -- memang sudah tidak ada. Not even remotely. They are all beyond help. Tapi berjuanglah demi mencegah mereka yang belum dijangkiti penyakit bebal itu daripada turut terjebak.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin