Search This Blog

Thursday, December 17, 2009

Salam Hijrah...Kejayaan Emas Untuk Malaysia!


Salam Hijrah,

Tahniah diucapkan kepada wira-wira muda yang mempamerkan semangat juang tinggi mengungguli perlawanan akhir bolasepak Suka Sea Laos, sekaligus mengakhiri penantian emas bola selama 20 tahun.

Detik kemenangan ini sewajarnya dirayakan, disamping keinsafan bahawa kejayaan ini cumalah permulaan kepada kebangkitan bolasepak kita yang sekian lama diperlekeh oleh lawan. Mengambil sempena semangat Tahun Baru Hijrah yang bermula malam ini, dengan kemenangan emas, diharap kejayaan akan terus mengiringi pasukan kita.

Semoga suatu hari nanti kita akan menyaksikan aksi meraikan kejayaan di jalanraya - seperti yang dilihat di kaca tv tadi - bukan meraikan kejayaan di peringkat Sukan Sea, tetapi meraikan kejayaan ke Piala Dunia umpamanya!

Diharapkan juga nota kemenangan pasukan bolasepak kita tadi juga akan dicontohi semua, dengan limpahan kejayaan sepanjang tahun baru Hijrah ini, di segenap bidang yang diceburi.

Selamat Menyambut Maal Hijrah....

1 comment:

yakie said...

harap-harap kejayaan pasukan bola sepak Negara sebagi satu langkah permulaan untuk bangkit dari kegagalan dan menang bukan hanya kerana nasib..
http://entahapa-apa.blogspot.com

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin