Search This Blog

Tuesday, February 16, 2010

Lim Guan Eng Yang Bertuah...


Salam,


Bayangkan jika 'syor' hendak menggantikan perarakan Maulidurrasul dengan perhimpunan perpaduan ummah ini dilakukan oleh KM Melaka...


Atau PM memutuskan perarakan mengusung kavadi di Bt Caves ditiadakan dan diganti dengan perhimpunan penganut Hindu saja...


Atau pun, MB Perak mengesyorkan supaya perarakan membawa berhala pada hari Chap Goh Mei di Perak digantikan dengan perhimpunan...


Tidak sukar membayangkan apa yang akan terjadi dan bagaimana respon pimpinan PAS PKR atau DAP. Pasti Umno akan dibelasah secukupnya. Pasti akan dilanyak habis-habisan.


Sebab itu, menjadi KM seperti Lim Guan Eng sangat bertuah. 'Syor' beliau untuk menggantikan perarakan yang sudah sekian lama diadakan dengan perhimpunan, bukan sahaja tidak dikecam oleh rakan-rakannya malah disokong pula. Alasannya, perarakan ini bid'ah.


Memang sangat bertuah menjadi Lim Guan Eng, tidak perlu pemimpin DAP berdiri mempertahankan pendirian dan 'syor'nya sebab tugas ini dilakukan oleh rakan pakatan. Hebatnya kerjasama mereka, pemimpin PAS bangkit mempertahankan beliau.


Seronoknya menjadi KM P.Pinang...memang bertuah menjadi Lim Guan Eng!

4 comments:

Anonymous said...

Ustaz, bukan bertuah menjadi Lim Guan Eng, tapi isu timbul bila kerajaan Lim Guan Eng yang kononnya mengubah cara sambutan. Yang mengelirukan ialah yang mana cara bidaah, yang mana cara tradisi dan yang mana cara yang benar-benar paling afdal dalam sambutan maulidurrasul ? tak ada satu penjelasan untuk umat Islam secara menyeluruh. Jangan marahkan orang bukan Islam kalau tak faham mengenai amalan orang Islam. Sedang orang Islam sendiri bercakaran tentang soal yang melibatkan agama dek kerana politik. Inilah masalahnya bila soal agama dipolitikkan. Jangan pula samakan dengan soal adat orang Cina atau Hindu. Jalan fikiran begini sangat dangkal dan perbandingan yang dibuat tak sesuai dengan prinsip serta amalan agama dan ajaran yang berbeza-beza.

Anonymous said...

nampaknya ada juga yg tak faham..faham.. ni....Ringkasnya urusan org Islam org bukan islam tak payah sibuklah... urus agama diaorg sendiri.. Nasib baiklah... Raja2 Melayu dulu bagi juga kebebasan beragama dlm perlembagaan Malaysia....Kalaulah Raja2 Melayu tu dulu beragama bukan islam... saya yakin org Islam di Malaysia ni akan seperti orang Islam di Prancis yg nak pakai tudung menutup aurat pun tak boleh....

Anonymous said...

Saya setuju urusan orang Islam biar orang Islam yang urus tetapi harus ada kesepaduan dalam menetapkan sesuatu perkara berdasarkan ajaran Islam yg sebenar bukannya berpecah kerana politik. Soal politik yang mendasari isu ini sebenarnya. Kenapa orang tak sibuk ketika di Kedah tak buat perarakan masa UMNO memerintah? Apakah Mahadzir Khalid bersalah ketika itu? kenapa di negeri2 lain pun ada yang tak buat perarakan tapi tak pula media buat liputan. Kes di Pulau Pinang ni agak berbeza kerana PR yang memerintah. Jawapannya sangat mudah, soal politik mengatasi segalanya. Justeru apa2 sahaja yang boleh menarik respon Melayu dan Islam di Pulau Pinang sangat mudah dipolitikkan. Apa cerita negeri2 yang tidak ditadbir PR? Apakah isu-isu yang melibatkan kepentingan orang Islam benar-benar diutamakan oleh parti yg memerintah atau pemimpin boleh 'playsafe' kerana ada raja2 yang mempertahankannya.

bRAVEhEART said...

Salam tuan, memang LGE dan DAP bertuah. Yang malang dan tetap akan malang adalah bangsa Melayu sendiri kerana kebodohan pengikut dan ketamakkan pemimpin Melayu.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin