Search This Blog

Monday, December 28, 2015

Air Terjun Mahua Tambunan - Day 1


27 / 12 / 2015.

Destinasi pertama trip kali ini ialah Air Terjun Mahua. Teruja sangat selepas sekian lama tidak berpeluang mandi air terjun. Rasa kali terakhir di Batu Hampar Gurun sekitar tahun 1989...

Dari simpang jalan Tambunan-Ranau jauhnya 6km masuk ke dalam. Harus berhati-hati, jalan sempit dan curam.


Dari pintu masuk kena berjalan kaki dalam 500 meter lagi. Dari jauh sudah kedengaran deruan air memecah keheningan sunyi hutan belantara. Tapi tempat berjalan ok bersimen.


Sebelum masuk pastikan membayar yuran dan mendaftar di buku pendaftaran.


Antara pokok tua yang terus dipulihara di kawasan ini...akan kita temui di laluan pejalan kaki. Usianya mungkin mencapai ratusan tahun. Bagusnya di sini, pokok bersaiz besar dilabel dgn nama pokok.


Inilah wajah air terjun Mahua. Ada dua 'kolam' mandi di sini. Siapa yang dapat bertahan mandi sampai setengah jam pun rasanya..memang hebat. Sebab sejuknya terasa hingga ke tulang sum-sum.



Antara tempat mandi yang sesuai untuk kanak-kanak...Tempat ni memang sesuai untuk berkelah dan berehat, lari dari kesibukan harian.  Cuma menyedihkan sikap kurang sivik pengunjung, meninggalkan sampah begitu sahaja. Mungkin juga kerana tong sampah agak kurang.


Sempat mengabadikan kenangan sebelum meneruskan perjalanan. Akan datang pasti akan datang lagi, belum puas meneroka keindahan Mahua. Suasana agak sibuk, ramao orang berkelah sempena musim cuti.

No comments:

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin