Search This Blog

Tuesday, February 16, 2010

Lim Guan Eng Yang Bertuah...


Salam,


Bayangkan jika 'syor' hendak menggantikan perarakan Maulidurrasul dengan perhimpunan perpaduan ummah ini dilakukan oleh KM Melaka...


Atau PM memutuskan perarakan mengusung kavadi di Bt Caves ditiadakan dan diganti dengan perhimpunan penganut Hindu saja...


Atau pun, MB Perak mengesyorkan supaya perarakan membawa berhala pada hari Chap Goh Mei di Perak digantikan dengan perhimpunan...


Tidak sukar membayangkan apa yang akan terjadi dan bagaimana respon pimpinan PAS PKR atau DAP. Pasti Umno akan dibelasah secukupnya. Pasti akan dilanyak habis-habisan.


Sebab itu, menjadi KM seperti Lim Guan Eng sangat bertuah. 'Syor' beliau untuk menggantikan perarakan yang sudah sekian lama diadakan dengan perhimpunan, bukan sahaja tidak dikecam oleh rakan-rakannya malah disokong pula. Alasannya, perarakan ini bid'ah.


Memang sangat bertuah menjadi Lim Guan Eng, tidak perlu pemimpin DAP berdiri mempertahankan pendirian dan 'syor'nya sebab tugas ini dilakukan oleh rakan pakatan. Hebatnya kerjasama mereka, pemimpin PAS bangkit mempertahankan beliau.


Seronoknya menjadi KM P.Pinang...memang bertuah menjadi Lim Guan Eng!

Friday, February 12, 2010

PM Turun Padang...Mesej Kepada Yang Lain!

Salam,

Dalam tempoh hampir setahun sebagai PM, Datuk Seri Najib Tun Razak telah beberapa kali turun padang ke lapangan dan melihat sendiri perkembangan di kawasan tertentu. Selepas meninjau Kg. Baru, PM buat kali kedua kembali ke kawasan Petaling Street.

Langkah PM turun padang ini tentulah satu usaha yang wajar dipuji. Kesungguhan beliau untuk menjenguk kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti Kg. Baru dan Petaling Street harus diberikan kredit. Hanya mereka yang buta hati sahaja akan menafikan hakikat keprihatinan PM ini.

Ekoran rajinnya PM kita ini turun padang, saya ingin memberikan dua pandangan :

1. Sewajarnya juga kesungguhan PM ini dicontohi pula para pemimpin yang lain, terutama yang bergelar Wakil Rakyat. Masa turun padang hanya kerana memenuhi jemputan kenduri kahwin atau merasmikan sesuatu acara, dengan sambutan paluan kompang, barisan bunga manggar dan kelihatan yang muluk-muluk sahaja mungkin sudah berlalu.

Langkah PM ini seharusnya difahami oleh para YB dan pemimpin lain supaya terus bekerja sama seperti apa yang diperlihatkan oleh PM. Biar denyut nadi rakyat, susah senang mereka turut sama dirasai. Hendaknya janganlah cuma mendengar laporan dari pegawai yang lazimnya tidak akan memberitahu perkara sebenar. Kebanyakannya akan melapor yang enak untuk didengar...

2. Pada masa yang sama, wajar juga bagi PM untuk sesekali turun padang ke kawasan kampung yang terpencil. Melihat 'derita' penduduk kampung yang tiada kemudahan elektrik, tiada air atau terpaksa menempuh jalan tanah merah yang becak ketika hujan dan berdebu ketika kemarau.

Melihat sendiri sukarnya nelayan menangkap ikan atau petani mengusahakan tanah. Kelihatan kini tumpuan PM turun padang hanya ke kawasan bandar yang telah menikmati banyak kemudahan. Mungkin kekurangan mereka adalah terlalu ringan dibandingkan dengan penghuni desa yang serba kekurangan.

Sebenarnya penduduk kampung juga teruja untuk PM turun ke kawasan mereka, menjenguk dan beramah mesra dengan mereka sambil bertanya khabar. Boleh PM melihat sendiri permasalahan yang berlaku seperti bangunan sekolah yang lewat disiapkan atau projek jalanraya yang tidak sempurna pelaksanaannya!

Harapnya, usaha PM untuk terus turun padang ini akan berterusan, disusuli pula rajinnya para YB untuk turut mengambil langkah yang sama. Biarlah bukan kerana untuk dipuji atau menagih sokongan pengundi, tetapi biarlah ia berlaku kerana kesedaran untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Kepada para Wakil Rakyat, contohilah usaha PM ini!

Thursday, February 11, 2010

Tangguh Tetap Tangguh....



"sebenarnya aku pun nak tahu lebih banyak lagi sebab selama nie pimpinan dalam parti hanya bagi tahu untuk katakan kepada rakyat ini semua fitnah…, tapi bila kita tengok cara Saiful bagi keterangan rasanya boleh bezakan antara cerita benar dengan kalau dia saja saja nak reka cerita…, terus terang aku katakan aku pun dah mula cuak dah dengan Big Boss aku nie…” katanya sambil tersenyum sinis.

Salam,

Kata-kata di atas adalah pengakuan pimpinan akar umbi PKR seperti yang dilaporkan oleh blogger Medan Info Kita. Baca sini.

Nampaknya semakin hari, semakin ramai yang mula berasa curiga dengan Brader Anwar ni. Kekaguman dan kepercayaan mereka kepada Brader ini semakin kabur dan hampir pasti akan berkubur.

Ditambah lagi dengan adengan drama asyik mencari helah untuk menangguhkan perbicaraan. Atas perkara remeh pula tu. Hingga sudah mula bicara pun masih mencari dalih untuk bermain dengan masa.

Ketika Saiful begitu yakin di hadapan hakim, berterus-terang dengan kejadian yang berlaku, Brader ni menjadikan Utusan Malaysia pula sebagai alasan terbaru untuk tangguh. Rasa macam ada sesuatu ja untuk dia bimbangi?

Harapan kita, sebagaimana dia menuntut untuk diberi keadilan, keadilan untuk Saiful Bukhari juga hendaknya tidak lupakan. Jangan pula menuding jari ke sana sini untuk menutup kes...





Tuesday, February 9, 2010

9 Feb : Alhamdulilah...Syukur Kepada Allah.


Edisi Dikemaskini

Salam,

Akhirnya, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan KO kepada Nizar Jamaluddin, dengan membenarkan keputusan Sultan Perak melantik DS Zambry Kadir sebagai MB Perak yang sah. Keputusan mahkamah ini sekadar mengesahkan fakta yang terbentang di depan mata, sememangnya Nizar bukanlah calon MB Perak yang sesuai!

Keputusan hakim 5-0 yang memihak kepada Zambry sewajarnya diterima oleh Nizar dan para penyokongnya yang sudah memilih mahkamah sebagai tempat merungkaikan kemelut ini. Dengan keputusan ini seharusnya Nizar bermuhasabah diri dan bersikap tenang serta berlapang dada. Hendaknya dielakkan pula tindakan semberono yang hanya memalukan.

Kepada Zambry, teruskan kerja baik untuk pembangunan negeri Perak dan kesejahteraan rakyat. Usah lagi dihiraukan tentangan Nizar & The Geng.

Syukur Alhamdulilah....

9 Feb : Doa Kita Hari Ini...

Salam,

Sama-sama kita berdoa hari ini agar panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan dibukakan hati mereka untuk membuat keputusan yang betul demi masa depan rakyat negeri Perak, khususnya demi kelangsungan Islam dan Melayu Perak.

Semoga Perak terus bebas dari cengkaman mereka yang pernah menjadi boneka...bebas daripada malapetaka yang berlaku di Pulau Pinang.

Monday, February 8, 2010

9 Feb : Tips Untuk Zambry & Nizar....

Salam,


Menjelang keputusan Mahkamah Persekutuan, siapa sebenarnya MB Perak yang sah, dititipkan tips untuk Zambry & Nizar.


Sebelum keputusan :

Zambry dan Nizar kena bersedia fizikal dan mental untuk menerima sebarang kemungkinan. Zambry kena sedia menyerahkan tugas pentadbiran kerajaan Perak dengan berlapang dada. Nizar pula bersedia mengambil alih tugas dengan komitmen baru dan mengelak untuk menjadi 'boneka' seperti yang dilakukan sepanjang 11 bulan diberi peluang menjadi MB sebelum ini.


Jika keputusan berpihak kepada Nizar:

Zambry serahkan tampuk kuasa dengan baik dan tersusun. Sediakan nota serah tugas dan perincikan rancangan yang belum terlaksana untuk diteruskan Nizar demi kesejahteraan rakyat negeri Perak. Penting, jangan dicadangkan untuk bubar DUN. Itu tindakan tidak terhormat dan kontang idea, gagal menerima hakikat.


Jika keputusan berpihak kepada Zambry:

Nizar kena belajar menerima hakikat bahawa dia memang ditakdirkan untuk menjadi MB 11 bulan sahaja. Jangan pula menuding jari salahkan Umno atau mahkamah. Tidak perlu buat roadshow merata-rata. Terlanjur menjadikan mahkamah sebagai pemutus, apa jua keputusan mestilah diterima. Penting, jangan mendesak bubarkan DUN. Juga penting, jangan ada pula yang baring di jalanraya sambil membawa bendera Palestin!


Zambry atau Nizar harus memahami, kalau pun keputusan tidak memihak kepada diri mereka sendiri, masih ada peluang untuk menebus kesilapan. Jadikan PRU13 sebagai medan untuk merampas kembali kerusi idaman. Hidup tidak berakhir dengan tidak menjadi MB!


Friday, February 5, 2010

Apabila Nik Aziz Mengajak Umno...

Salam,

Bagai tidak percaya, Datuk Nik Aziz Nik Mat khabarnya mengajak Umno bermuzakarah demi perpaduan Islam. Seperti sudah letih pulak Tok Guru ni 'berlawan' dengan Umno.


Eloklah kalau begitu. Perpaduan Islam tentulah lebih mahal harganya daripada ideologi politik kepartian. Lihat komuniti Cina, berbilang parti tapi tetap satu suara bila menyentuh kepentingan bersama mereka.


Sebab itu, dalam banyak hal komuniti Cina tetap akan berasa untung siapa pun yang menguasai kerajaan. BN atau Pakatan Rakyat yang memerintah komuniti ini tetap tidak akan ketinggalan. Pulau Pinang contohnya, Gerakan ditewaskan penggantinya dari DAP tetap Lim Guan Eng.


MCA, Gerakan dan DAP memang saling berbalah. Ada sahaja perkara yang tidak dipersetujui, yang mereka tidak sependapat. Namun bila tiba hal yang memerlukan mereka senada, mereka akan meninggalkan baju parti mereka untuk saling bekerjasama.


Tidak salah untuk Umno dan PAS berbeza pendapat. Memang lumrah berparti begitu, namun apabila tiba saat untuk bersatu, mengapa harus tidak senada? Sewajarnya atas semangat persaudaraan, cadangan Nik Aziz ini sangat dialu-alukan.


Cuma rasa macam tidak percaya pulak, cadangan ini datang selepas tidak berapa lama dulu dia berkata Jahanam Umno! Atau mungkin ini bukan cadangan dia tapi kes wartawan tersalah lapor.Harapnya tidak begitu...



Thursday, February 4, 2010

Info...


Keadaan angin kencang dan laut bergelora dijangka melanda kawasan sekitar perairan Sabah mulai Isnin hingga Khamis minggu depan, menurut Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan Khamis.

Angin dijangka bertiup selaju 40 hingga 50 kmsj di kawasan Kudat, Sandakan dan Tawau serta kawasan di Palawan, Sulu dan Sulawesi sepanjang tempoh itu.

Ombak pula diramal bergelora setinggi 3.5 meter dan keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil.

Sumber:BERNAMA

Tuesday, February 2, 2010

Keputusan Pemilihan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah ( PBBS ) 2010


Keputusan Penuh Pemilihan AMT Persatuan Bisaya Bersatu Sabah 2010-2013
Presiden: Janang Gayuh YB. DSP (Kol) Hj Lajim Hj Okin(Menang tanpa bertanding)
( Tim. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan )

Tim.Presiden:YB Kamarlin Hj.Ombi(Menang tanpa bertanding), ADUN Lumadan, Sabah.

Naib Presiden PBBS:
1).7.Saridah DSP Hj.Mohd Dun.(284), ( Ketua Puteri Umno, Beaufort )
2).2.Hj Ruslan Hj.Muharam (243)
3) 1.Idris Ali (186)
4).3. Tarawi Hj.Rukot (170).

AMT PBBS :
1) 6.Jaludin Hj.Kadir (248).
2) 17.Matbali HJ Musah (247).
3) 5.Rahim Yusof (246)
4) 13.Ibrahim Salim (225).
5) 15.Md Said Ag. Damit (224).
6) 9.Matjun@Yunus Hj.Matahon (219).
7) 19.Jamaluddin Musleh (218). .
8) 18).Hj Saudi Suhaili (210).
9) 16.Hj Idris Uchat (207).
10) 14.Musdin Hj Ukop@Ichang (207)
11) 8.Hj Wahab Jali (204).
12) 12. Hamina Sapri (202).
13) 3.Hjh Siti Karukut Hj Sulimin(202)
14) 11.Hj.Talip Mijin (197)
15) 7.Hjh Jamilah HJ.Ulim (190)
16) 28. Tairuddin Ibrahim
17) 24. Jimlin Hj Mubin (187).
18) 30.Mohd Salleh Hj.Sabli (183).
19) 10.Mat Jini Kimbi (177)
20) 1. Jasmin Sapri.
21) 4.Ruslan Hj.Jipneh (168).
22) 21.Jislim Latip
23) 25.Masrin Sadim ( 162)

Monday, February 1, 2010

Cabaran Yang Tidak Perlu!

Salam,

MB Perak, DS Zambry Kadir mencabar DS Nizar Jamaluddin bersama 27 ADUN pembangkang untuk mengosongkan kerusi mereka bagi diadakan pilihanraya kecil. Tujuannya untuk melihat sejauh mana pengaruh pembangkang di kalangan rakyat Perak.

Cabaran ini dilontarkan Zambry gara-gara kenyataan Nizar untuk membubarkan DUN jika keputusan mahkamah berpihak kepada beliau. Elok rasanya semua pihak - Zambry dan Nizar - bersabar menunggu tarikh 9 Februari, jadual Mahkamah Persekutuan bersidang menentukan MB Perak yang sah. Sementara menunggu tarikh tersebut, tidak perlulah cabar-mencabar yang cuma memperlihatkan sikap kebudak-budakkan!

Seperti kata Zambry. fokus utama kerajaan negeri BN yang diterajuinya adalah untuk membangunkan ekonomi dan memakmurkan negeri Perak. Seharusnya tumpuan ke arah fokus tersebut dilaksanakan dengan jayanya tanpa terikut-ikut dengan rentak pembangkang, yang cuma sibuk dengan pilihanraya. Selesai pilihanraya, gagal pula mengurus dengan baik. Banyak janji gagal ditunaikan.

Jika pembangkang terutama PKR dikutuk sebelum ini dek kerana kecenderungan untuk berpesta pilihanraya, dengan perletakan jawatan ADUN dan MP hanya kerana alasan remeh, apa pula perlunya seorang MB melontarkan cabaran mengosongkan kerusi?

Ada banyak lagi perkara yang hendak dibuat untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat selain pilihanraya.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin