20.11.2019
Perjalanan bermula dr Rumah Sabah di Pandan Indah, menggunakan Myvi anak buah Vellu menuju ke Bukit Kayu Hitam. Agak lambat bergerak selepas breakfast. Dalam jam 10.00 pagi baru dapat bgerak. Menggunakan Google Maps meredah kesesakan menuju ke Highway PLUS arah utara. Pengalaman pertama memandu ke arah utara. Masuk hiway semuanya jadi mudah - x perlu maps lagi.
Berhenti beberapa kali - style saya 2-3 jam memandu mesti berhenti utk rehatkan badan dgn sedikit senaman dan tandas. RnR Sg Perak jd perhentian utk makan tengahari dan solat zuhur jamak qasar.
Dalam jam 5ptg, selamat sampai di Changlun dan singgah utk urusan dokumen masuk ke Thailand.
Ada 4 perkara yg perlu disediakan - kesemuanya dibuat oleh adik yg baik hati di Plaza Mara Changlun. Pastikan kad kereta ori dibawa bersama.
1. TM6 - bersama dgn International passport
2. Passenger List
3. Insurans Kereta Siam City
4. Surat kebenaran - jika owner kereta tidak bersama.
5. Simkad Thai - roaming Celcom mahal sangat.
Semuanya dibuat oleh adik tu lengkap dgn kos RM59. Siap dgn penerangan step by step di border.
Di Imigresen Malaysia agak mudah prosesnya, tunjukkan saja passport x perlu keluar kereta pun. Tp bila masuk di Imigresen Thai, kereta kena beratur dan semua pemandu dan penumpang kena turun utk cop jari dan scan muka di kamera di kaunter imigrresen durang. Last sekali dia akan gtau kena bayar RM1 seorang, katanya overtime fee. Sy bagi dia RM10, keep the change dia jawab terima kasih.
Selepas tu di depan, urusan kastam pula. Passenger List, Passport dan Surat Kebenaran dibawa ke kaunter 1 dan dia akan tanya, what colour ur car? How many passengers?. Dapat form bawa ke kaunter 2. Pegawai dia sign dan boleh jalan. Slp jln sikit, ada lagi pegawai yg akan check surat dpt kebenaran yg betul. Slp itu, barulah welcome to Thailand. Semua urusan imigresen dan kastam makan masa dlm sejam.
Keluar dr kompleks imigresen, pekan Danok @ Sadao. Lebih kurang 53km lagi menuju ke Hatyai. Di sinilah simkad Siam akan bfungsi sepenuhnya menunjuk jalan ke Genting Hotel. Dalam jam 9pm, selamat sampai dan check in di hotel. Malam tu, maps bawa ke Restoran Kelantan utk makan malam dan makanannya mahal...nasib la.
Search This Blog
Friday, November 29, 2019
Trip KL- SNBJ
19.11.2019
Memulakan perjalanan dgn AirAsia bersama ahli keluarga -kecuali Udin yg masih kuliah - jam 1.20. Lewat 30min drpd jadual asal, trademark AirAsia. Alhamdulilah lamded di KLIA2 tepat jam 4.30pm.Ummi dan yg lain dijemput Along n Alif ke rumah Sabah, sementara saya menaiki ERL menuju ke Bandar Tasik Selatan - Bukit Jalil utk agenda Harimau Malaysia.
Saja mau kongsi, in flight staff AirAsia bgtau pembelian produk utk hari tu durang bagi free gift. So apalagi belilah perfume jenama CK. Staff tu gtau bagus beli jenama ni sbb dia pun pakai. Oleh kerana abang org ptama beli, sy bg abang 2 free gift topi dan tshirt AirAsia. Terima kasih la bro...
LRT ke Bukit Jalil sesak dgn penyokong Malasysia bjersi kuning. Sy sengaja pakai baju biru utk kelainan. Agak lama x ke stadium yg sesak dan ramai. Biasa pg Std Likas, paling ramai pun 20k. Malam tu 75k peminat mbanjiri stadium. Yg bagusnya, tempat duduk adalah mengikut nombor di tiket. Nasib la masa beli tiket online tu memang pilih kedudukan yg strategik di tengah. Kira macam tiket grand stand VIP juga la. Bagusnya sistem ni tidak payah la brebut nak cari tempat duduk. Cuma kena masuk awal la sikit senang nak cari tempat duduk tu dan x ganggu org lain.
Syukur malam tu Malaysia menang 2-0 dgn Indonesia walaupun mutu permainan x sebaik masa kalahkan Thailand sebelum tu. Meremang bulu roma bila nyanyi Ekor Harimau Sejati bsama Ultras Malaya. Tabik dgn ultras ni sepanjang masa nyanyi dan bagi sokongan. Berehat masa rehat half time ja.
Memulakan perjalanan dgn AirAsia bersama ahli keluarga -kecuali Udin yg masih kuliah - jam 1.20. Lewat 30min drpd jadual asal, trademark AirAsia. Alhamdulilah lamded di KLIA2 tepat jam 4.30pm.Ummi dan yg lain dijemput Along n Alif ke rumah Sabah, sementara saya menaiki ERL menuju ke Bandar Tasik Selatan - Bukit Jalil utk agenda Harimau Malaysia.
Saja mau kongsi, in flight staff AirAsia bgtau pembelian produk utk hari tu durang bagi free gift. So apalagi belilah perfume jenama CK. Staff tu gtau bagus beli jenama ni sbb dia pun pakai. Oleh kerana abang org ptama beli, sy bg abang 2 free gift topi dan tshirt AirAsia. Terima kasih la bro...
LRT ke Bukit Jalil sesak dgn penyokong Malasysia bjersi kuning. Sy sengaja pakai baju biru utk kelainan. Agak lama x ke stadium yg sesak dan ramai. Biasa pg Std Likas, paling ramai pun 20k. Malam tu 75k peminat mbanjiri stadium. Yg bagusnya, tempat duduk adalah mengikut nombor di tiket. Nasib la masa beli tiket online tu memang pilih kedudukan yg strategik di tengah. Kira macam tiket grand stand VIP juga la. Bagusnya sistem ni tidak payah la brebut nak cari tempat duduk. Cuma kena masuk awal la sikit senang nak cari tempat duduk tu dan x ganggu org lain.
Syukur malam tu Malaysia menang 2-0 dgn Indonesia walaupun mutu permainan x sebaik masa kalahkan Thailand sebelum tu. Meremang bulu roma bila nyanyi Ekor Harimau Sejati bsama Ultras Malaya. Tabik dgn ultras ni sepanjang masa nyanyi dan bagi sokongan. Berehat masa rehat half time ja.
Friday, February 2, 2018
Kuching 25/12/2017
Sebenarnya ada banyak tempat yg boleh dilawati di Bandaraya Kuching. Cuma masa 2 hari terlalu singkat untuk mengunjungi semua tempat menarik.Ditambah lagi kepenatan memandu selama 2 hari untuk sampai ke Kuching.
Gambar atas adalah jambatan pejalan kaki yang menghubungkan Kuching Utara dan Selatan yg sebelum ini dihubungkan dengan perahu penambang sebagai sartu tarikan pelancongan baru. Walau bagaimanapun perahu penambang masih beroperasi bagi yang mahu merasai debaran menaiki perahu di Sungai Sarawak.
Ini adalah bangunan DBKU. Di dalamnya ada Muzium Kuching. Dibuka mengikut waktu bekerja. Semasa kami pergi adalah hari cuti umum so kempunanlah melihat Kuching Sarawak.
India Street pula tempat shopping yg wajib pigi bagi membeli cenderahati. Ada banyak pilihan ole-ole untuk dibawa pulang dr tempat ini.
Jangan lupa membeli kek lapis Sarawak. Bagi saya, kalau dinilai dari sudut rasa kek lapis Sarawak ni tidaklah sesedap mana. Cuma penampilannya dengan pelbagai warna menjadi satu tarikan. Ditambah lagi dengan kuasa trending menyebabkan orang akan menyebut kek lapis sinonim dengan Sarawak.
Si Adik ja yang sempat bermain motor di Kubah Ria.
Thursday, February 1, 2018
Makan d Kuching
Sepanjang dua hari d Bandaraya Kuching, ada dua tempat yang boleh membuka selera untuk makan. Mungkin ada tempat lain tapi belum ditemui kali ini.
1. TOP SPOT FOOD COURT
Hasil menggoogle dan cadangan kawan-kawan, Food Court ni memang berbaloi dikunjungi kalau mau makan seafood. Terletak di bangunan UTC.Tapi awas, bukan semua gerai di sini yg sesuai untuk org Islam. Cuma ada satu yg ada logo halal dan satu lagi dgn 'serve no pork'.
Food court ni beroperasi dr jam 5 ptg sampai 11 malam ja. Pelik kan berniaga 6 jam...Sampai ja di tempat ni baru faham kenapa durang meniaga 6 jam sahaja.
Manusia punya ramai. kebetulan cuti musim perayaan pula, tapi saya anggarkan walaupun bukan musin perayaan pasti tempat ni menjadi pilihan. Pilihan kami Halal Seafood kedai no 25, Bukit MataSeafood. Terpaksa menunggu beberapa minit pekerja kedai tu sediakan meja dan kerusi. Manusia memang ramai.
Lagi respek kecekapan pekerja ambik order dr pilihan seafood yg ada, memang banyak pilihan. Entah berapa tan seafood habis satu malam. Tidak sampai setengah jam, makanan yg dipesan pun sampai. Cekap sungguh memasak.
Habis makan, pergi ke kaunter untuk membayar bil. Sekali lagi terkejut, bil nya cukup murah. Memang murah dan berbaloi makan seafood. Patut la tempat ni jadi tumpuan.
2. KUBAH RIA
Terletak bersebelahan Pasar Satok, tempat jualan Ikan Terubuk yg menjadi lambang negeri Sarawak. Walaupun kadang-kadang sebenarnya ikan terubuk yang dijual datang dari negara lain seperti Vietnam.
Food Court di Kubah Ria di buka sepanjang hari. Untuk makan tengahari pun boleh, tapi makan malam la syok. Ramai orang dan dapat melihat gemerlapan lampu Bandaraya Kuching dari seberang sungai.
Ada banyak pilihan di sini, selain makanan yg sinonim dgn Sarawak. Mee Bandung Muar pun ada dijual...
Habis makan bolehlah ke sebelah membeli ikan terubuk, sebagai ole-ole dibawa pulang. Dijual mengikut saiz, saiz kecil 4 ekor RM10.00. Sederhana 2-3 ekor RM10.00. Saiz besar dijual RM7-10 seekor.
Tuesday, January 30, 2018
Kuching 24/12/2017
Destinasi pertama di Bandaraya Kuching tentulah Pasar Tamu Serikin yg cukup terkenal. Rezeki orang Kampung Serikin menjadi satu destinasi wajib pelancongan. Yang sebenarnya kebanyakan barang yang dijual di sini adalah produk Indonesia. Kebanyakan peniaga juga dari Pontianak Indonesia. Hasil perbualan dgn seorang makcik peniaga kain sarung, dia datang pada hari Jumaat dan balik hari Ahad tengahari.
Dari kampung Serikin 5km lagi adalah sempadan Malaysia - Indonesia. Tidak hairanlah kebanyakan kereta dan motorsikal di sini menggunakan pendaftaran Indonesia.
Rambang mata melihat begitu banyak barang dijual di sini. Harga boleh tahan murah, mau pandai tawar-menawar harga.Yang cuma difikir macamana mau dibawa balik. Lain kali datang sini bawa lori 3 tan, tapi masalah pula nak lalu negara Brunei. Kenderaan Perdagangan kena ada permit.
Kulit kambing pun ada dijual d sini. Memang barang jualan di sini pelbagai dan macam-macam. Orang saja rasanya yg tiada dijual...hehe
Sempat membeli dua pokok bibit Durian Thai bilang penjual tu.5 tahun bisa berbuah pak...katanya. Setengahari di sini balik semula ke bandar.
Singgah di Muzium Sarawak, sayang bangunan utamanya ditutup untuk penyelenggeraan. Tapi rasanya khazanah Sarawak yg begitu rencam dan pelbagai tidak memadai dgn bangunan muzium yg sedia ada. Sepatutnya muzium Sarawak perlu lebih besar dan canggih.
Dalam muzium jumpa 2 orang mamat dari Pontianak Indonesia. Bilangnya dari Kuching 4-5 jam lagi ke Pontianak. Banyak info dapat dari durang ni. Mana tau suatu hari nanti berpeluang pula ke Pontianak. Target 2019...
Adik Saidah merakam kenangan di perkarangan muzium...
Bintulu Ke Kuching
23/12/2017
Perjalanan menuju ke Kuching diteruskan lagi setelah bermalam di Bintulu. Dianggarkan perjalanan sejauh 620km lagi. Perjalanan ini akan melalui beberapa bandar dan pekan antaranya pekan Selangau, Bandar Sibu, Betong, Sarikei dan Sri Aman.
Walau bagaimanapun, kebanyakan pekan dan bandar ni terletak di pinggir jalan sahaja, tidak perlu singgah pun. Atau boleh singgah tapi masa perjalanan akan menjadi panjang.Yang idealnya makan tengahari di Sibu.Kami memilih food court di pinggir Sibu, mudah pakir dan banyak pilihan muslim. Agak sukar mencari restoran mamak seperti di Sabah yg tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Bab ini saya respek dgn Sarawak. Caya la...
Sepanjang perjalanan dipandu Google Map, tiba di satu tempat Pasa Roban kalau tidak silap Map arahkan menyimpang ke kanan. Pelik juga sebab jalan ni kurang kenderaan lalu-lalang. Bertanya dgn sekumpulan anak muda di tepi jalan, durang bilang jalan ni boleh juga ke Kuching tapi kena naik feri. Terkejut juga masih ada naik feri ke Kuching? Biar betul...
Memandangkan hari sudah petang, ambil keputusan berpatah balik dan ambil jalan biasa.
Singgah di sini R&R Betong, ada surau dan kedai makan disediakan. Ada juga stesen minyak. Selepas solat jamak, meneruskan lagi perjalanan.
Sampai di Samarahan, hati sudah lega. Kuching semakin dekat. Jalan dua lorong dan berlampu sepanjang jalan. Rupanya Kuching 40km lagi d depan.
Akhirnya perjalanan seharian berakhir di hotel penginapan sekitar jam 8 malam. Kecuali Restoran 24jam, kebanyakan restoran di Kuching tutup seawal jam 10. Selepas makan, terus rehat...
Thursday, January 11, 2018
Beaufort - Bintulu
22/12/2017
Memulakan perjalanan seawal jam 6.20 pagi bersama keluarga + mak mertua + seorang anak saudara. Doa musafir dibacakan oleh Udeen. 40 minit sampai di Pos Imigresen pertama, Merapok, Lawas.
Di Pos Merapok kita kena cop pasport jika hendak ke Brunei atau lalu Brunei. Jika tidak menangis x berlagu bila sampai di pos seterusnya bila Imigresen Brunei arah berpatah balik untuk cop pasport.
Ada 9 Pos Imigresen yang mesti dilalui :
1. Merapok Lawas ( Malaysia )
2. Mengkalap Lawas ( Malaysia )
3. Labu Temburong ( Brunei ) - Pendaftaran Kereta
4. Ujung Jalan / Puni ( Brunei )
5. Pandaruan Limbang ( Malaysia )
6. Tedungan Limbang ( Malaysia )
7. Kuala Lurah ( Brunei )
8. Sg Tujoh Kuala Belait ( Brunei )
9. Sg Tujoh Miri ( Malaysia )
1. Merapok - Labu : 50min
2. Labu - Ujung Jalan : 20min
3. Ujung Jalan - Padaruan : 5min
4. Padaruan - Tedungan : 50min
5. Tedungan - Kuala Lurah : 5min
6. Kuala Lurah - Sg Tujoh : 90min
Gambar aras : Jambatan Sg Rasau di hujung Lebuhraya Seria - Kuala Belait dalam negara Brunei mengenakan tol DB 3 atau boleh dibayar RM10.00
Gambar Pekan Limbang, yang dilalui dalam perjalanan. Kasian Limbang ni tersepit di kiri dan kanan oleh Negara Brunei.
Alhamdulilah, dalam jam 2.00pm tiba di bandar Miri. Perkara pertama dicari ialah tempat makan yg senang diakses. Google Map tunjuk Terminal Bas Pujut, so ikut la ke sana. Malang sudah petang banyak gerai sudah tutup, makan saja apa yg ada.
Selepas makan, meneruskan perjalanan ke Bintulu.Secara umum jarak Beaufort - Miri 400km dan Miri - Bintulu 200km. Perjalanan Miri ke Bintulu tidaklah sejauh mana tetapi perjalanan menjadi lambat bila di sepanjang perjalanan banyak projek pembaikan jalan. Katanya projek Pan Borneo.
Lebih kurang jam 7.00pm sampai di Bintulu, terus makan di restoran sebelah hotel.
Perjalanan hari pertama hampir 12 jam, tolak sesat, bhenti makan dan ke tandas, ada la dalam 10 jam perjalanan.
Rehat untuk jalan esok lagi...
Friday, December 22, 2017
Trip Ke Kuching Sarawak 2017
Asalnya trip kali ini dirancang ke Miri saja. Persediaan diatur untuk trip 3 hari ke Miri tetapi segalanya berubah bila dapat berhubung dengan sahabat sepengajian dulu, Seroji Ludin yg berkhidmat di Sarikei. Memandangkan jarak Miri ke Sarikei begitu jauh maka persediaan diubah untuk trip ke Kuching.
Bilik ditempah, info didapatkan daripada saudara dan kawan yg berpengalaman memandu ke Kuching serta dari blog yg berkongsi pengalaman. Terima kasih kpd semua yg berkongsi info yg banyak membantu.
Persediaan fizikal dan mental serta kereta disediakan untuk memastikan trip kali ini berjalan tanpa halangan. Alhamdulillah ketika ditulis, sudah sampai di Bintulu selepas perjalanan panjang seharian. Esok sambung lagi perjalanan. Pengalaman perjalanan hari ini akan dikongsi dalam catatan esok. In sha Allah.
Monday, February 13, 2017
Singgah di Gambang Kuantan
Lebih kurang jam 3pm, dgn doa safar bsama org rumah, kakak Maya dan adik Idah. Inilah kali kedua memandu di LPT1. Hiway cantik, jalan lengang. Hingga kadang2 rasa seakan2 seorang ja memandu di hiway yg panjang ni. Cuma cuaca agak kurang baik. Di beberapa tempat hujan turun.
Selepas lebih kurang 3 jam memandu, sampai di Gambang. Janji dgn kawan yg mengajak singgah di rumahnya. Sedapnya mee dan karipap bsama teh O panas yg dihidangkan. Terima kasih PakNel@ Aznel Azharuddin dan keluarga.
PakNel ni ketua kelas kami masa sekolah dulu. Tegas tapi baik hati orangnya. Kesempatan waktu yg singkat x membolehkan sembang lama. Perjalanan kena diteruskan.
Kuala Terengganu mu tunggu aku datang....
KL Ke Bentong
Kesibukan urusan dunia sampai catatan kembara 1000km thenti x tsambung. Pagi ni sambil dengar ceramah tulis la sikit2 mana yg ingat. Bukan x lama tu, dr awal bulan 12 skrg baru mau tulis hehe
************
Dari hotel di KL gerak terus ke Bentong lalu Karak Highway. Klu nda banyak kereta bukan Karak namanya. Pengalaman beberapa kali memandu di Hiway Karak sebelum ini membolehkan perjalanan semakin lancar.
Memandu di Hiway Karak ni memerlukan fokus yg tinggi. Kereta banyak, jalan beralun, selekoh tajam, turun bukit pulak tu. Sambil dengar banyak pula xcden di kawasan ni. Tu sebabnya hati sentiasa bdebar2 bila memandu lalu Hiway ini.
Bila nampak sign board ni maknanya hampir sudah simpang ke Bentong. Dari simpang ni lebih kurang 3km untuk sampai ke pekan Bentong. Bagi yg ke Bentong keluar ikut susur ni, Bentong Barat. Klu terus ke Kelantan tanpa masuk ke pekan, teruskan perjalanan akan jumpa susur keluar Bentong Timur.
Sebab nak singgah rumah kakak ipar di Ketari jemput org rumah dan anak2 singgahlah kejap di Pekan Bentong. Sebelum memulakan perjalanan ke Pantai Timur melalui LPT1.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!






























