Search This Blog

Monday, October 13, 2008

Yuran Ahli Umno

Salam,
Pemilihan Umno di peringkat bahagian semakin rancak berlangsung. Dalam sibuk bermesyuarat tu, wajar juga diperingatkan semula berkaitan yuran sebagai ahli Umno. Nilai yuran ahli Umno ni terbahagi kepada beberapa bahagian :

1. RM 100
- Yuran ahli seumur hidup. Ahli yang membayar yuran ni tidak perlu susah-susah membayar yuran setiap tahun, sebab dia sudah membayar untuk sepanjang hayat dia.

2. RM 2
- Yuran ahli biasa yang mendapat keistimewaan sebagai ahli, dibayar setiap tahun. Antara keistimewaan yang diterima spt : pada musim pemilihan - tidak perlu bertanding kerana akan diberi kemenangan percuma, ahli lain yg bhajat melawan akan dikalahkan secara teknikal spt masalah kouta, tidak cukup pencalonan atau mesyuarat tidak sah ( terutama bg ahli yg rendah yurannya ).

3. RM 1
- Secara umum, semua ahli akan membayar yuran ini setiap tahun. Perlu diingat, dengan membayar yuran ini belum dijamin akan mendapat hak sebagai ahli, kerana ada banyak lagi perkara yang perlu diambil kira. Contoh, ahli yang membayar yuran jenis ini tidak boleh bdepan dgn ahli yang membayar yuran lebih tinggi.

4. Rm 0.50 sen.
- Jika ahli membayar yuran sebanyak ini maka dia dikira berhutang kepada parti. Jika dia ada hati btanding untuk mana-mana jawatan, alamat dia tidak dibenarkan dengan dicipta pelbagai alasan yang sesuai, munasabah ataupun tidak, tidak penting. Contoh alasan yg selalu digunakan : Tidak cukup kouta, cadangan cawangan tidak sah dsb. Maknanya, hak dia sebagai ahli pun dikurangkan.

5. Tidak membayar yuran.
- Ahli ini akan kehilangan hak sebagai ahli, tetapi dia boleh dikecualikan jika dia 'diperkenan' oleh para penjawat penting seperti ketua. Maknanya, dengan tidak membayar yuran dia juga masih boleh bertanding, dengan syarat dia mesti tidak melawan 'arus'.

*************&&&&&&&********************
TAHNIAH UNTUK DATUK MUKHRIZ & DATO' HISHAMUDDIN, YG TELAH MELEPASI KOUTA UNTUK BERTANDING! SEMOGA BERJAYA

Wednesday, October 8, 2008

TIPS MEMILIH PEMIMPIN


Salam,

Dua hari lagi, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri akan bermula, berlanjutan sehingga 9hb November nanti. Sempena mesyuarat tersebut, saya bkongsi pandangan seorang kawan baru-baru ini. Katanya, pemimpin ada lima jenis :

1. Pemimpin Raja Muda @ RM
Pemimpin jenis ini adalah peminpin yg mempertaruhkan kedudukan dan wang ringgit sebagai aset untuk disokong. Kebiasaannya, pemimpin begini akan menutupi kelemahan mereka dengan harta yang dimiliki dan sanggup membeli sokongan dengan wang ringgit, disamping menggunakan kedudukan yang tinggi untuk mempengaruhi orang lain.

2. Pemimpin Kura-kura
Pemimpin jenis ini ialah mereka yang datang secara bermusim. Ibarat kura-kura yang hanya mengeluarkan kepala bila perlu sahaja. Semasa tiada pemilihan atau aktiviti, mereka hilang entah di mana tanpa khabar berita.

3.Pemimpin Burung Murai
Umpama burung murai yg terkenal dengan mulut becok, pemimpin jenis ini juga petah berkata-kata dan beretorik tetapi tiada tindakan. Aset mereka hanyalah kebijakan menarik sokongan dengan janji manis.

4. Pemimpin Dinosaur
Seperti dinosaur yang hanya tinggal sejarah, pemimpin dinosaur ini juga wajar menjadi tatapan sejarah. Walaupun mungkin mereka memiliki kuasa dan boleh membuat apa sahaja tetapi era mereka sudah berlalu. Sewajarnya mereka memberi peluang kepada pelapis baru mengambil peranan untuk memimpin.

5. Pemimpin Kontemporari
Pemimpin sebegini ibarat peribahasa Melayu : Dicampak ke darat menjadi gunung, dibuang ke laut menjadi pulau. Mereka bijak memainkan peranan dan berfungsi kepada masyarakat dan negara. Masa kini adalah masa mereka menonjolkan diri.

Terpulanglah kepada kita, hendak memilih pemimpin yang mana satu?

KEMASKINI 10/10/2008 10:05
KIMANIS : TAHNIAH KPD SDR. MOHAMAD ALAMIN MENGEKALKAN JAWATAN KETUA PEMUDA & SDR. DURAMIN TAPA DIPILIH NAIB KETUA PEMUDA - SMOGA SDR.2 TRUS DBERI KEKUATAN DLM PJUANGAN.
KEMASKINI 12/10/2008 13:00
BEAUFORT : TAHNIAH KPD SDR. ISHAK HJ IBRAHIM DAN SDR.AZMAN DSP LAJIM, DIPILIH SBG KETUA & NAIB KETUA PEMUDA UMNO BEAUFORT & PIMPINAN PEMUDA UMNO BEAUFORT - TERUSKAN PJUANGAN.

Monday, October 6, 2008

AHMAD ZAHID HAMID, TIMBALAN PRESIDEN UMNO ?

Perlumbaan untuk mengisi jawatan ( yang belum pun dikosongkan ) di peringkat tertinggi parti Umno semakin rancak. Menjelang 9hb Oktober – tarikh mula Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian – para pemimpin semakin sibuk untuk menawarkan diri bertanding di jawatan tertentu.

Untuk jawatan Timbalan Presiden, sudah ada tiga nama yang berani mengumumkan pendirian masing-masing – Datuk Ahmad Zahid Hamidi, DS Ali Rustam dan Datuk Nur Jazlan Mohamed ( KB Pulai ). TS Muhyidin masih bersikap tunggu dan lihat, mungkin sehari dua lagi akan ada pengumuman penting daripada beliau.

Di peringkat Naib Presiden pula, jumlah calon yang turut serta dalam pertandingan semakin ramai. TS Isa Samad, telah memulakan langkah untuk merebut kembali posisi beliau sebelum digantung keahlian 3 tahun kerana politik wang. Selain beliau, TS Muhammad Muhd Taib ( bekas Naib Presiden ), DS Hishamuddin Hussein, DS Kkhaled Nordin, Datuk Shafie Apdal dan yang terbaru DS Shahidan Kassim turut bersedia menjadi gurkha.

Pertandingan sebegini amat baik untuk mencari pemimpin terbaik mengemudi Umno menjelang pilihanraya akan datang, terutama dalam usaha menarik kembali sokongan orang Melayu/Islam. Mungkin kouta pencalonan boleh jadi penghalang kepada pertandingan di gelanggang sebenar, tetapi dengan mengumumkan hasrat masing-masing, sudah nampak kelihatan demokrasi masih wujud dalam Umno ( walaupun ada sebahagian pemimpin di peringkat Bahagian yang cuba menafikannya ).

Cuma yang menjadi persoalan, apakah perlumbaan di peringkat Tim. Presiden ini akan dapat kita saksikan apabila Pak Lah, sebagai Presiden dan DS Najib Razak, sebagai Tim. Presiden mengumumkan akan kekal di posisi masing-masing ? Kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi….

Kepada para pemimpin btandinglah dgn semangat kekeluargaan, musyawarah dan matang. Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yg bwibawa dan bketerampilan dengan bijaksana...SELAMAT BERSIDANG !!!

Wednesday, October 1, 2008

Indahnya Beraya di Malaysia!

Salam

Memang sukar dinafikan alangkah bertuah menyambut 1 Syawal di sebuah negara bernama Malaysia. Di sini, suasana menjelang Hari Raya memang cukup mengujakan. Tidak kira miskin kaya, persiapan menyambut Hari Lebaran adalah suatu pengalaman manis yang kekal terpahat dalam ingatan.

Di negara kita, keselamatan semua umat Islam menjelang sambutan Aidilfitri adalah terjamin. Hasil usaha pasukan keselamatan memastikan suasana Raya tidak dicemari insiden yang menakutkan seperti letupan bom dsb.

Keamanan yang kita kecapi hari ini juga, kesan daripada keharmonian yang terjalin sekian lama membolehkan Aidilfitri disambut meriah. Semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan kepelbagaian agama sama-sama meraikannya.

Pada masa yang sama, kemakmuran negara juga meyebabkan sambutan Raya dapat dinikmati oleh semua. Ringkasnya, beraya di Malaysia adalah suatu kenangan indah.

Wajar rasanya untuk kita bersama mensyukurinya…tanpa mengira dari ceruk mana kita merayakannya atau apa jua pun ideologi politik anutan kita!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA!!!

Friday, September 26, 2008

KAMI SOKONG TS MUHYIDDIN!



Perlembagaan UMNO tidak halang pertandingan
KUALA LUMPUR 25 Sept. – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan perlembagaan UMNO memperuntukkan semua jawatan di dalam parti termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh ditandingi. Beliau memberitahu, pertandingan bukan sahaja dibenarkan pada peringkat Majlis Tertinggi (MT) tetapi juga di peringkat cawangan dan bahagian kerana UMNO mengamalkan sistem demokrasi. ( Utusan Malaysia )


*************************************


Ya Tan Sri, kami di peringkat bawah ni setuju sangat dgn statement TS ni. Kami sgt bsetuju dgn Perlembagaan yg mbenarkan pertandingan semua jawatan, dr peringkat cawangan, bahagian hingga ke MT.

Cuma Tan Sri, kami ada banyak soalan bkaitan pertandingan ni. Knapa la pula kalau ptandingan di cawangan atau bahagian banyak masalahnya? Ada ahli yg bminat untuk menawarkan diri berkhidmat kepada parti dgn btanding jawatan tertentu spt: Ketua Cawangan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri...apalagi Ketua Bahagian, dihalang secara tidak mengikut perlembagaan. Ada pelbagai alasan diberikan untuk mewajarkan halangan tersebut spt: Tidak cukup kouta pencalonan, technical error, mesyuarat tidak sah dsb...

Maksudnya Tan Sri, kalau Umno benar-benar mengamalkan demokrasi, bukalah pertandingan untuk semua ahli, jangan ada halangan. Baharulah ahli percaya bahawa hak mereka sebagai ahli tidak dinafikan...hak untuk menawarkan diri btanding dan hak ahli mencadangkan orang lain memimpin. Selebihnya diserahkan kepada ahli yang mjadi pwakilan.

Janganlah nanti Tan Sri beria-ia kata buka ptandingan hanya untuk peringkat MT...ahli-ahli di bawah sana di cawangan dan di bahagian tbiar melopong, yg bhajat menawarkan diri tidak kesampaian tanpa pembelaan, apabila penyandang jawatan 'main buyuk'. Sesekali Tan Sri lihat juga pgolakan politik di peringkat bawah...

Bukan apa Tan Sri, takut nanti kita ghairah merebut jawatan, ahli-ahli di bawah muak, apalagi geng yg dihalang daripada btanding, tentu macam-macam ada kesan yg timbul, yg akhirnya mrugikan parti...Jangan sampai Tan Sri, kita menang jawatan tapi saat itu Titanic sudah karam...

buyuk = tipu helah



Thursday, September 25, 2008

HADIAH AIDILFITRI


Terima kasih diucapkan kepada kerajaan yg telah menunaikan janji untuk menurunkan harga minyak 10sen lagi - menjadi 25sen keseluruhannya tambah dgn penurunan bulan lalu.


Biasak la, ada sebilangan manusia yg x pandai bersyukur tetap jua menghentam walaupun dalam hati gembira jugak bah...minyak turun harga.


Kurang-kurang penurunan harga minyak ni boleh la kita ibaratkan sebagai hadiah menjelang Hari Raya. Hari ni 25 Ramadhan, ertinya ada 4@5 hari lagi masa untuk berpuasa...


Dalam berpuasa, menjelang hari lebaran, minyak pula turun harga...Terima Kasih!!!

Sunday, September 21, 2008

BIAR SIKIT TAPI BERKUALITI

Pecat ahli UMNO Sabah belot wajar ( Berita Harian 20/9/2008 )

KOTA KINABALU 19 Sept. - Pemimpin-pemimpin UMNO Sabah menyifatkan tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memecat tiga ahli parti dari negeri itu sebagai wajar dalam usaha menguatkan lagi parti.
Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Yahya Hussin berkata, tindakan itu dilakukan setelah mengambil kira pelbagai faktor antaranya melanggar undang-undang parti. ''Pemecatan ini mengikut perlembagaan UMNO dan ia tidak akan melemahkan parti dalam jangka panjang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, seorang ahli UMNO dari Bahagian Beluran dan tiga lagi dari Bahagian Beaufort dipecat selepas didapati menyokong pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lepas.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Sapawi Ahmad berkata, ahli UMNO yang tidak setia dan tidak jujur wajar dipecat kerana mereka hanya menjadi duri dalam daging."Kalau sudah nyata sokong pembangkang dan menentang parti, mereka sudah tentu tidak berguna lagi," ujarnya.
*******************************
Satu tindakan yg btul dan tepat. Seharusnya ahli parti yg tidak setia, tiada tempatnya dalam UMNO. Cuma, rasanya Datuk ndakan empat orang ni saja yg nda jujur dan nda ikhlas bjuang. Ramai lagi yg nyata berkempen untuk pembangkang dalam PRU12 lalu, tapi tidak dilaporkan dan tidak diambil tindakan. Ha sekarang, masa pemilihan UMNO, mamat yg sokong pembangkang hari tu, dialah yg paling sibuk. Mencatur sana-sini, berabis di kedai kopi, berkempen siapa mau dikasi naik, siapa mau dikasi turun...UMNO kena tegas Datuk, biar ahli tidak ramai tapi bkualiti drpd ramai tapi macam hampas....

Thursday, September 18, 2008

BERITA SAPP & KJ

Salam, kemarin petang dua berita penting keluar dan hari ini menjadi berita hangat, pasti menjadi bualan seluruh negara.

BERITA 1
Parti Maju Sabah keluar Barisan Nasional ( Utusan Malaysia )

KOTA KINABALU 17 Sept. – Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) tiga bulan selepas menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta bersedia menyokong usul undi tidak percaya terhadap Abdullah di Dewan Rakyat.Pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di sini, Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee berkata, parti tersebut memutuskan untuk keluar daripada BN manakala wakil rakyatnya akan bertindak sebagai pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan di Parlimen.

Kataku: BN sewajarnya bermuhasabah sebab dan akibat tindakan SAPP di kala politik sedang bergelora ketika ini. Jangalah hendaknya terpacul kata-kata pemimpin BN yg bkata seperti tindakan SAPP ini tidak melemahkan BN, kecewa dengan SAPP atau BN terus kukuh. Kena akui walaupun pahit, peristiwa terbaru ini pasti akan mengocakkan lagi 'ribut dalam cawan' ketika ini. Kepada para pemimpin BN, kalau tiada mau dicakap lebih baik diam...

BERITA 2
Khairy tawar tanding Ketua Pemuda Umno ( Berita Harian )



Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menamatkan teka teki mengenai jawatan yang akan ditandinginya apabila secara rasmi menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Disember ini. Pengumuman Khairy itu bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru selepas tiga pemimpin mengesahkan bertanding jawatan itu sebelum ini. Mereka ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis yang juga Ketua Umno Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Kataku: dgn pengumuman KJ ni, maka lengkaplah sudah senarai calon KP. Datuk Mukhriz dgn slogan Berani Berubah, DS Khir dgn Pemuda Berani & KJ dgn Persahabatan & Perpaduan. Semuanya dgn azam menarik kembali sokongan golongan muda...bagus la niat sudah jelas, cuma org mau tengok aplikasi saja, jgn sampai tarik masuk yg diluar, yg didalam 'belompatan' keluar, akhirnya sama saja....Kpd KJ, persahabatan & perpaduan tu biarlah bmula dr Pmuda Umno, time skg ni mjelang pemilihan bahagian, apa yg nampak ialah slogan tu macam mainan bibir sahaja, retorik yg x kelihatan buktinya di kalangan ahli pemuda!

Wednesday, September 17, 2008

ALKISAH 16 SEPTEMBER

Salam, ada banyak kisah berkaitan dengan tarikh keramat ini :

Kisah 1
Pada 16 September 1963, Sabah, Sarawak & Singapura merdeka melalui pembentukan sebuah negara bernama MALAYSIA, bersama dengan Semenenjung Tanah Melayu. Alhamdulilah....

Kisah 2
Di sebuah surau, malam menjelang 16 September 2008, seorang pakcik bercerita berkaitan dengan perasaan bimbang dan takutnya dengan cerita 'rampasan kuasa' oleh sebuah pakatan ke atas sebuah kerajaan yang sah. Katanya: macamana indak takut, durang pakai pistol bah.

Kisah 3
Siang 16 September 2008, sms 'karut' disebarkan oleh anasir yg bertanggungjawab. Bunyi sms tu mcm ni : Yb Anuar Ibrahem petang ini 16 Sept 2008 selamat mengangkat sumpah sbg Perdana Menteri M'sia yang baru di depan "gambar" Yg Di Pertuan Agong dalam rumahnya di Segambut. Majlis ini turut disaksikan oleh ahli-ahli DAP, PKR dan PAS.

Kisah 4
Hari ini 17 September 2008, kebimbangan pakcik malam tu tiada asas, SMS karut tu pun memang sah karut...yang pasti kerajaan masih macam kerajaan kemarin dan pastinya puasa ada 13 hari lagi sebelum kita beraya sakan !

Monday, September 15, 2008

Menghitung Detik Waktu !


Salam,

Hari ni masuk 15 Ramadhan bersamaan 15hb September 2008.

1. Raya - sudah masuk separuh dari kewajipan sebulan puasa dalam bulan Ramadhan, bermakna ada separuh lagi sebelum merayakan Hari Raya.

2. 16 September - tinggal kurang 24 jam lagi tarikh yang diheboh-hebohkan semenjak bulan 3 yg lalu. Apa kes ? Penubuhan kerajaan baru Malaysia. Ada tanda ? Belum nampak apa-apa signal. ( Dengar khabar tarikh ditunda lagi, betul ka ? )

3. Jadi jangan nda jadi, 16 September ni...kalau tidak malu wooo, mana mau taruh muka wooo !!! Raya tetap jadi !!!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin