Search This Blog
Wednesday, March 2, 2016
Sang Kaloi di rumah baru
Bermula kemarin, maka bermulalah cerita hidup baru sang kaloi. Dari habitat asalnya di Sg Pilajau, seorang saudara telah menjual ikan kaloi ini. Cita-cita untuk memelihara ikan akuarium ni sudah lama terpendam. Cuma kesempatan yang belum ada.
Asalnya, kaloi ini dibeli untuk dimasukkan di kolam. Ramai kawan nasihatkan jangan...kaloi akan makan anak ikan. Jadi masalahlah pula...
Sudah terjanji dgn saudara mau ambil kaloi yang sudah ditangkap. Di mana mau simpan? Alhamdulilah, dipermudahkan urusan. Kawan karib Hj Lilkiplee Kadir mendermakan akuarium lama yg x diguna lagi. Retak sedikit, ditaruh silikon.
Selepas dibelikan mesin oksigen, maka sang kaloi pun memulakan hidup baru, ditemani anak talapia.
Banyak lagi yg mau dibuat dgn akuarium ni...demi melayan hobi baru ni. Tapi perlahan-lahan la ya...tunggu ada bajet la.
Tuesday, January 5, 2016
Kalendar Islam 1437H / 2016
Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2016 Bagi Malaysia
Tarikh Hijri
|
Tarikh Masihi / Miladi
|
Hari Perayaan / Kebesaran Islam
|
| 27 Rejab 1437 | 5 Mei 2016 | Israk dan Mikraj |
| 1 Ramadan 1437 * | 6 Jun 2016 | Awal Ramadan / Permulaan Puasa |
| 17 Ramadan 1437 | 22 Jun 2016 | Nuzul Al-Quran |
| 1 Syawal 1437 * | 6 Julai 2016 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
| 1 Zulhijjah 1437 | 3 September 2016 | Awal Zulhijjah |
| 10 Zulhijjah 1437 * | 12 September 2016 | Hari Raya Korban / Aidiladha |
| 1 Muharram 1438 | 2 Oktober 2016 | Awal Muharram / Maal Hijrah |
| 12 Rabiulawal 1438 | 12 Disember 2016 | Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W) |
* Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Wednesday, December 30, 2015
Desa Dairy Farm
Terkenal dgn jolokan New Zealand Sabah. Kata orang sebabnya pernah satu iklan susu tepung yang terkenal sebenarnya dibuat di sini walaupun dalam iklan tersebut katanya di New Zealand
Tempat ini terletak di Mesilou, 5km dari pekan Kundasang. Memang cantik dan mengujakan.
Bayaran masuk ke ladang ini ialah RM5.00 seorang. Ditutup jam 5 ptg. Sebenarnya kalau tidak mahu masuk pun boleh melihat suasana ladang lembu yang luas dari luar pintu masuk.
Lembu-lembu berkeliaran fokus makan rumput dalam kawasan yang berpagar. Orang bilang kalau baju merah nanti dikejar lembu tapi di sini ramai yang berbaju merah tapi tidak dipedulikan oleh lembu. Selamba ja pun lembu makan...
Cuaca redup berlatar belakang banjaran pergunungan memang mengasyikkan. Cuma yang mengganggu bau dari najis lemgu memang cukup tajam menikam. Dinasihatkan memakai mask.
Di bangunan ini dijual produk berkaitan susu lembu segar. Di bangunan sebelah ialah kilang pemprosesan susu lembu.
Si kecik berposing depan lembu.
Begitu ramai pelawat musim cuti kali ini. Bermacam ragam kelihatan.
Tuesday, December 29, 2015
Kolam Air Panas Poring
Poring Hot Springs tidak perlu diperkenalkan lagi. Destinasi wajib pigi jika bertandang ke Ranau. Dari pekan ke simpang masuk 3km, selepas itu masuk ke dalam 15km lagi melalui perkampungan suku kaum dusun yg menjadi majoriti di kawasan ini.
Bayaran masuk minima dikenakan. Pada musim cuti suasana agak sibuk dengan begitu ramai tetamu yg datang. Kena banyak sabar menunggu terutama di kawasan meletak kereta yg agak terhad.
Pelan susun atur kawasan kolam air panas ni. Elok dibaca teliti supaya tahu ke mana hendak dituju.
Sebenarnya, selain kolam air panas, taman ini juga menyediakan pelbagai cabaran menarik air terjun dan berjalan di jambatan gantung di atas pokok.
Selain kolam mandi terbuka, taman juga menyediakan kolam tertutup dengan bayaran tambahan. Malangnya trip kali ini tidak dapat ruang di tempat tertutup sebab sudah penuh. Kena tunggu 2 jam lagi...
Oleh kerana berkejar masa ke destinasi seterusnya, layan saja la di ruang terbuka. Kalau tidak mahu mandi, rendam kaki pun boleh...
Ladang Teh
Perjalanan seterusnya ke Ladang Teh yang menghasilkan jenama Teh Sabah. Terletak di Kg Nalapak, jaraknya 26km dari pekan Ranau. Sign boarg ini di simpang masuk ke ladang.
Jalan masuk ke ladang teh agak mencabar, gravel sepenuhnya. Pemandangan ladang teh yang cantik menghijau bermula di sini.
Sign board yang menunjukkan kita sudah masuk ke kawasan ladang nalapak.
Ladang teh yang menghijau, saujana mata memandang. Selama ni tau minum teh, kali ni baru tau gitu pulak pokoknya...hehe
Cafe untuk menikmati secawan teh panas yang memukau. Disediakan dalam pelbagai perisa. Ada juga dijual teh yang sudah diproses sedia untuk diminum. Tinggal sediakan saja ongkosnya...
Aura Homestay
Antara sign board yang pasti akan kita temui di sepanjang jalan antara Tambunan-Ranau, sebagai peringatan semasa pemanduan.
Jalannya agak lengang tapi perlu berhati-hati kerana banyak tempat yang rosak dan sedang dalam pembaikan. Di beberapa tempat jalan menjadi sehala kerana tanah runtuh.
Selepas lebih sejam memandu kita akan berjumpa Masjid Rahmaniah, menandakan kita sudah sampai ke Pekan Ranau. Bolehlah singgah di sini untuk solat dan menjamu selera di gerai yang tersedia di tepi masjid.
Dewan utama masjid ini masih ditutup akibat kerosakan gempa bumi yang melanda bulan Mei lalu.
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Aura Homestay di Kg Kinasaraban, Kundasang 15km dari Ranau.
Sign board home stay Kg Kinasaraban. Ada 13 buah rumah di sini tetapi Aura Homestay menjadi pilihan.
Keadaan dalam rumah. 3 bilik. Cukup selesa. Kemudahan memasak juga disediakan.
Pandangan depan rumah dua tingkat. Sesuai untuk pakej keluarga dengan harga yang berpatutan.
Pengusaha : Puan Jurati Masidin 0168446056.
Mengabadikan kenangan bersama tuan punya home stay yg baik hati. Ponsikou ( terima kasih dlm bahasa dusun ).
Monday, December 28, 2015
Air Terjun Mahua Tambunan - Day 1
27 / 12 / 2015.
Destinasi pertama trip kali ini ialah Air Terjun Mahua. Teruja sangat selepas sekian lama tidak berpeluang mandi air terjun. Rasa kali terakhir di Batu Hampar Gurun sekitar tahun 1989...
Dari simpang jalan Tambunan-Ranau jauhnya 6km masuk ke dalam. Harus berhati-hati, jalan sempit dan curam.
Dari pintu masuk kena berjalan kaki dalam 500 meter lagi. Dari jauh sudah kedengaran deruan air memecah keheningan sunyi hutan belantara. Tapi tempat berjalan ok bersimen.
Sebelum masuk pastikan membayar yuran dan mendaftar di buku pendaftaran.
Antara pokok tua yang terus dipulihara di kawasan ini...akan kita temui di laluan pejalan kaki. Usianya mungkin mencapai ratusan tahun. Bagusnya di sini, pokok bersaiz besar dilabel dgn nama pokok.
Inilah wajah air terjun Mahua. Ada dua 'kolam' mandi di sini. Siapa yang dapat bertahan mandi sampai setengah jam pun rasanya..memang hebat. Sebab sejuknya terasa hingga ke tulang sum-sum.
Antara tempat mandi yang sesuai untuk kanak-kanak...Tempat ni memang sesuai untuk berkelah dan berehat, lari dari kesibukan harian. Cuma menyedihkan sikap kurang sivik pengunjung, meninggalkan sampah begitu sahaja. Mungkin juga kerana tong sampah agak kurang.
Sempat mengabadikan kenangan sebelum meneruskan perjalanan. Akan datang pasti akan datang lagi, belum puas meneroka keindahan Mahua. Suasana agak sibuk, ramao orang berkelah sempena musim cuti.
Beaufort - Tambunan - Ranau
27 /12 / 2015
Perjalanan menuju ke Kundasang Ranau kali ini tidak melalui jalan biasa, tetapi ikut jalan belakang melalui Tambunan, dr laluan Kimanis - Keningau.
Bertolak dari rumah bersama family seawal jam 9. Bilangnya berjalan awal supaya sampai awal. Plan banyak tempat mahu dilawat ni.
Seawal melintasi pekan Membakut, sudah kelihatan sayup-sayup bayang gunung Kinabalu. Berkobar-kobar rasanya...
Pemanduan mencabar bermula di sini. Mula mendaki banjaran crocker dr laluan Kimanis menuju ke Keningau. Jalan curam dan bengkang-bengkok. Kena pandu berhati-hati, jangan memain. Bagusnya jalan ni kurang sibuk. Cuaca cerah memudahkan perjalanan.
Lebih kurang sejam memandu, sampai di Pekan Keningau. Yang agak kurang ialah papan tanda arah jalan ke Tambunan. Nasib baik ada waze...
Di Keningau singgah membeli makanan sebelum meneruskan perjalanan. Destinasi pertama akan disinggahi ialah Air Terjun Mahua Tambunan.
Bagus sangat air terjun ni memang di tengah jalan antara Tambunan menuju ke Ranau. Dr pekan Tambunan menuju ke simpang ni rasa dalam 18km. Dr simpang ni masuk ke dalam dalam 6km, barulah nampak pintu masuk air terjun Mahua..
Perjalanan menuju ke Kundasang Ranau kali ini tidak melalui jalan biasa, tetapi ikut jalan belakang melalui Tambunan, dr laluan Kimanis - Keningau.
Bertolak dari rumah bersama family seawal jam 9. Bilangnya berjalan awal supaya sampai awal. Plan banyak tempat mahu dilawat ni.
Seawal melintasi pekan Membakut, sudah kelihatan sayup-sayup bayang gunung Kinabalu. Berkobar-kobar rasanya...
Pemanduan mencabar bermula di sini. Mula mendaki banjaran crocker dr laluan Kimanis menuju ke Keningau. Jalan curam dan bengkang-bengkok. Kena pandu berhati-hati, jangan memain. Bagusnya jalan ni kurang sibuk. Cuaca cerah memudahkan perjalanan.
Lebih kurang sejam memandu, sampai di Pekan Keningau. Yang agak kurang ialah papan tanda arah jalan ke Tambunan. Nasib baik ada waze...
Di Keningau singgah membeli makanan sebelum meneruskan perjalanan. Destinasi pertama akan disinggahi ialah Air Terjun Mahua Tambunan.
Bagus sangat air terjun ni memang di tengah jalan antara Tambunan menuju ke Ranau. Dr pekan Tambunan menuju ke simpang ni rasa dalam 18km. Dr simpang ni masuk ke dalam dalam 6km, barulah nampak pintu masuk air terjun Mahua..
Sunday, December 27, 2015
Catatan USD
Selepas sekian lama tidak menulis, malam ini di Kg Kinisaraban Kundasang terdetik hati pula untuk menulis.
Namun, kali ini catatannya lebih kepada perjalanan hidup untuk dikongsi dengan rakan pembaca.
Selalunya, apabila mahu berjalan jauh ke tempat orang kita akan menggoogle untuk mencari info perjalanan dan tempat dituju. Sebab itu, kali ini tertarik pula berkongsi catatan perjalanan. Semoga perkongsian ini akan mendatangkan menfaat kepada rakan pembaca.
Selamat membaca dan bertemu semula di alam maya...
Sunday, September 22, 2013
Alhamdulilah dan Terima Kasih...
Salam,
Selepas menyerahkan borang pencalonan untuk menawarkan diri berkhidmat di Pergerakan Pemuda Umno Sipitang di Pejabat Umno Sabah kelmarin, Alhamdulilah sehingga proses pendaftaran ditutup, didapati tidak berlaku pertandingan untuk dua jawatan utama Pemuda. Malahan, kecuali untuk jawatan Naib Ketua Bahagian, jawatan utama lain di Bahagian, Wanita dan Puteri juga menyaksikan tidak berlaku pertandingan.
Syukur kepada Allah, terima kasih kepada YB Datuk Sapawi Ahmad, Tn Hj Hafez Yamani DSP Musa dan semua pihak khususnya ahli Pergerakan Pemuda Umno Sipitang yang memberi kepercayaan untuk mengisi jawatan Naib Ketua Pemuda. Sesungguhnya sokongan ini menjadi amanah dan tanggungjawab untuk dilaksanakan dalam usaha membantu saudara Ketua Pemuda memantapkan pemuda Umno Sipitang.
Terima kasih juga kepada sahabat, rakan dan kenalan dan saudara-mara yang turut mendoakan kejayaan ini. Kejayaan ini Insya Allah akan dijadikan pemangkin untuk terus menabur bakti kepada masyarakat, dalam usaha perjuangan membela agama, bangsa dan tanahair. Khususnya dalam perjuangan memantapkan sokongan anak muda dan belia kepada parti menjelang pilihanraya akan datang.
Tahniah juga diucapkan kepada Presiden, Tim. Presiden, YB Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, di Bahagian Sipitang -YB Datuk Ketua Bahagian, YB Datuk Tim. Ketua Bahagian, Ybhg Datuk Ketua Wanita, Naib Ketua Wanita, Saudara Ketua Pemuda, Ketua dan Naib Ketua Puteri...yang menang tanpa dicabar kali ini.
Ya Allah Engkau bimbinglah hambaMu yang kerdil ini menjadi pemimpin yang berguna. Berikanlah hambaMu yang kecil ini kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Anugerahkanku Ya Allah hidayah dalam perjuangan dan ampun dosaku dalam setiap kesalahan dan kesilapan....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!






































