Dilaporkan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Umno sudah menerima cadangan majoriti bahagian Umno untuk meminda beberapa perkara dalam perlembagaan Umno. Terutamanya berkaitan soal kouta dan amalan yang membolehkan politik wang.
Kita sangat setuju dan menyokong usaha Jawatankuasa ini, khususnya dalam mengenepikan pandangan segelintir pimpinan bahagian yang keberatan melakukan pindaan kerana khuatir pindaan akan menggugat kedudukan mereka.
Sewajarnya segala permasalahan yang melingkari Umno selama ini, yang menyebabkan orang ramai khususnya orang Melayu menjauhi Umno,segera diambil tindakan. Mana-mana perkara dalam perlembagaan Umno atau amalan biasayang sudah berakar umbidi kalangan ahli Umno tetapi dibenci oleh ahli lain, segera diubah!
Amalan cantas-mencantas, fitnah, menipu, eksploitasi kedudukan adalah sebahagian rencah yang menjelikkan. Harapnya pindaan ini nanti mampu meminimumkan amalan buruk dan keji ini.
Tranformasi untuk menguatkan Umno dan meyakinkan rakyat serta ahli Umno wajar segera dilaksanakan dalam tempoh sebelum PRU12 nanti. Dibimbangi jika impak transforamsi ini tidak kelihatan, Umno akan terus ditolak nanti.
Demi memastikan igauan burukini tidak terjadi, inilah masanya Umno membuang segala penyakit yang ada: panau, nanah, kurap atau kudis. Malah jika perlu ada yang perlu dipotong kerana menjadi punca penyakit, Umno wajar bertindak tegas!
Kehilangan anggota yang terpaksa dipotong lebih elok daripada hancur seluruh badan!
Bolg ini pernah menyiarkan luahan supaya runtuhan jalan raya di Kg Lupak, Beaufort dibaiki segera. Ramai yang menyuarakan sokongan atas usaha kecil blog ini, namun terdapat juga segelintir yang seakan marah, membidas blog ini dan blog lain juga. Kata mereka, kenapa lagi masuk blog?
Alhamdulilah, berkat daya usaha pimpinan yang prihatin, usaha pembaikan sudah mula dijalankan. Pihak kontraktor sedang giat melaksanakan dan jalan ini sudah boleh dilalui semula. Terima kasih kepada ADUN Lumadan, YB Kamarlin Ombi dan MP Sipitang, YB Sapawi Ahmad atas keprihatinan mendahulukan rakyat.
Beginilah keadaan jalanraya yang runtuh sebelum pembaikan dijalankan.
Membaca kenyataan Mursyidul Am PAS digelar Tok Guru, Nik Aziz yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam, elok rasanya jawatan MA ini bertukar tangan!
Dr Hasan Ali rasa lebih sesuai dan lebih berwibawa untuk bercakap soal perjuangan agama dalam PAS ni. Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau tidak akan tunduk terhadap 'ugutan' timbalan pengerusi DAP Selangor, Tony Pua supaya beliau dikenakan tindakan disiplin ekoran kenyataannya berhubung isu rampasan minuman keras di Shah Alam.
Dr Hasan lebih berani dan jelas pendiriannya dalam mempertahankan prinsip berbanding Nik Aziz yang ketara membuat kenyataan politik. Tujuannya tentulah untuk memancing undi Cina dan India di Permatang Pasir.
Tapi kalau iya pun nak menang PRK janganlah sampai macam tu. Sampai nak membiarkan maruah agama dipersendakan tu bukanlah caranya. Paling mudah, kalau dah tiada semangat atau tiada idea, bukankah lebih elok diam!
So, kepada Sudhagaran dan rakannya Joachim Francis Xavier yang membuat aduan polis berhubung isu penyamaran wartawan majalah itu Muhd Ridwan Abdul Jalil sebagai penganut Katholik bagi menyiasat khabar angin terdapat usaha memurtadkan gadis Islam, tidak payahlah susahkan diri menghantar memo ke KDN.
Penganut Katolik kena tahu bahawa wartawan tersebut melakukan perkara sedemikian kerana kefahamannya terhadap Katolik mungkin tidak mendalam. Kalau ikut Nik Aziz, ini adalah lesen untuk berbuat sesuatu walaupun bersalahan pada pandangan orang lain.
Seperti kata Nik Aziz lagi, penerangan harus diberi kepada DAP untuk mereka memahami Islam, maka pihak Katolik juga harus memberi penerangan kepada wartawan tersebut untuk memahami Katolik.
Melihat serangan yang dibuat ke atas Harimau Menaip, meremang bulu roma, menyirap darah. Ini bukan setakat menyerang Tok Rimau, ini sudah melampau. Menyerang Islam!
Sebagai tanda menyokong perjuangan Tok Rimau, tulisan ini didekasikan untuk beliau. Sangat setuju supaya pihak berkuasa SEGERA mengambil tindakan ke atas blogger yang semakin hari semakin berani mencabar! Semakin berani bersenda dengan agama Allah ini.
Tanpa mengira siapa, tanpa mengira apa ideologi politik yang dipegang, sewajarnya usaha mencemarkan agama Allah ini WAJIB ditentang. Janganlah dalam soal ini pun masih mahu mengambil hati dan bimbang tidak mendapat sokongan.
Berbaloikah menang pilihanraya dengan maruah agama Allah dipijak, diinjak-injak? Harga diri hanya akan bernilai bila ia dapat dipertahankan semasa diserang!
Atau kita masih 'pengsan', tidak sedar apa yang berlaku? Masih berdiam diri dengan harapan supaya dapat memenangi undi di Permatang Pasir?
Kecoh dengan 'berhala' buatan di Batu Caves, replika DS Najib dibina tinggi. Sudah mula kedengaran di sana sini, oleh para blogger.
Tiada apa perlu dikecohkan, runtuhkan saja replika ini. Jika PBT di kawasan terlibat tidak mahu bekerjasama, maka tugas Pemuda Umno melaksanakannya!
Pemuda Umno Selangor, khususnya Pemuda Bahagian Gombak dicabar jalankan urusan meruntuhkan replika ini sebelum ia terus menjadi 'kudis' + nanah + barah, sebelum ia mencemar 1Malaysia. Kalau bukan pemuda, nak harap siapa lagi?
Janganlah berkokok soal pengkhianat bangsa kalau kerja mudah ini pun tidak mampu dilaksana!
Sejak bulan lalu agenda Umno ialah persidangan cawangan dan mesyuarat perwakilan bahagian, yang masih berlangsung sehingga penghujung bulan ini.
Oleh kerana tahun ini bukanlah tahun pemilihan, cakap-cakap berkaitan Umno agak kurang kedengaran. Jika ada pun ia cuma berkisar kepada pemilihan perwakilan bahagian ke perhimpunan Oktober nanti.
Sebenarnya, walaupun tanpa pemilihan, agenda persidangan danmesyuarat Umno tahun ini juga penting. Malah mungkin jauh lebih penting, kerana ia bakal menentukan hayat perjuangan Umno di persada politik tanahair. Agenda penting yang mesti dibincang dengan teliti tentulah berkaitan pindaan perlembagaan Umno.
Khabarnya cadangan beberapa perkara pindaan perlembagaan Umno sudah dikemukakan untuk diteliti dan dibahas di peringkat cawangan dan bahagian. Malang, dengarnya terdapat bahagian yang 'enggan' membuka cadangan tersebut untuk dibahaskan perwakilan.
Sebaliknya, ada bahagian yang 'bersetuju' meneruskan perlembagaan sedia ada. Soal kouta umpamanya, masih hendak diteruskan dengan mengekalkan kouta sedia ada. Alasan diberi, khuatir ada orang gila yang akan mencuba nasib bertanding jawatan tertinggi dalam Umno!
Jika benar bagai dikata, malanglah nasib Umno. Jika keputusan bahagian seperti ini menjadi trend, pastilah transformasi yang dijanjikan pucuk pimpinan menjadi indah khabar dari rupa.
Sedangkan Umno menyedari antara sebab Umno ditolak rakyat - malah oleh ahli Umno sendiri - apabila amalan tidak demokratik masih diamalkan oleh pimpinan parti. Sepatutnya, persidangan cawangan dan mesyuarat bahagian dijadikan medan perbahasan menghalusi pindaan perlembagaan serta agenda mengukuhkan semula Umno.
Harapnya, bunyi menderu kapal terbang Umno sepanjang Mac 2008 hingga Mac 2009 lalu, tidak hilang di balik awan...
SELAMAT BERSIDANG UMNO BAHAGIAN SIPITANG ESOK 9hb OGOS 2009!
Selepas kecoh isu Pusat Penyembelihan Babi di Kedah bulan lalu, DAP terus ‘mempamerkan’ wajah sebenar mereka. Jika sebelum ini, mereka agak malu-malu, sejak akhir-akhir ini mereka sudah tidak malu lagi.
Di Selangor, Ronnie Liu memberi fatwa bir bukanlah arak dan bertindak mengarahkan penguatkuasa MBSA memulangkan arak yang dirampas.
Di Pulau Pinang, Jeff Ooi membidas Mohd Razali Abdullah, ahli JIM hanya kerana JIM meletakkan visi melaksanakan syariat Islam menjelang 2020.
Terbaru, Look Siew Fook Ketua Pemuda DAP mengutuk Dr Ridhuan Abdullah ( dan Islam ) dengan kata-kata kesat dan lucah, hanya kerana mempertahankan ‘zuriat’ Teo Beng Hock di perut tunangannya!
Semakin hari, selepas kemenangan 8 Mac 2008 lalu, DAP terus giat menyerlahkan wajah sebenar mereka di persada politik tanahair. Ada beberapa soalan berkaitan dengan kehebatan wajah DAP ini?
-Apakah semua ini berlaku kebetulan kerana DAP merasakan mereka menjadi ‘BOS’ dalam pakatan pembangkang?
-DAP merasakan rakan pakatan mereka tidak akan berani berbuat apa-apa, hatta menegur pun sikap kurang ajar mereka kerana sudah mabuk kuasa?
-Atau DAP sudah mula melihat ‘buih-buih’ sedang pecah di depan mata mereka untuk diambil kesempatan?
Ramai sahabat termasuk pengunjung blog ini melontarkan soalan - termasuk bertanyakan hukum Islam - berkaitan ISA kepada penulis. Tulisan ini mencuba untuk menjelaskan pendirian penulis berhubung ISA.
Penulis setuju ISA sebagai undang-undang pencegahan wajar dikekal, dengan pindaan beberapa perkara. Terma yang menyebabkan berlakunya penyalahgunaan kuasa dan berlaku penganiayaan mesti dipinda, agar ruang untuk dipertikaikan dapat dikurangkan.
Kenapa ISA wajar kekal? Saya berpendapat selagi wujud segelintir rakyat yang tidak waras, tidak rasional dan bersikap perkauman yang menebal, selagi itulah ISA perlu untuk mengawal segelintir rakyat ini sebelum majoriti rakyat menjadi mangsa, sebelum segelintir rakyat menghuru-harakan kedamaian hidup di negara ini.
Banyak contoh bagaimana situasinya apabila rakyat sudah dibuai emosi, dihasut pula oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Suasana menjadi tegang, rakyat akan tertekan dan negara akan dijauhi oleh pelabur dan pelancong asing. Tanpa ISA, mungkinkah ada akta lain yang boleh membendung situasi ini daripada berlaku?
ISA zalim? Sebahagian rakyat yang keluarganya menjadi mangsa ISA memang terasa pedihnya penangan ISA. Suami dipisahkan daripada anak dan isteri untuk satu tempoh, tanpa dibicarakan. Namun terfikirkah kita bahawa keluarga Segadevan dan Mathew Anak Medan yang dibunuh dalam kes Al Mau'nah Sauk, telah dirampas kebahagiaan hidup mereka gara-gara segelintir umat yang sudah terpesong.
Tidakkah tindakansegelintir rakyat yang merusuh pada 25 November 2007 juga adalah satu tindakan kezaliman? Zalim kepada para peniaga yang menutup kedai, zalim kepada orang awam yang ketakutan dan zalim kepada seluruh rakyat yang ingin hidup aman damai! Kepada keluarga yang hilang orang tersayang, mati terbunuh kerana berjuang memastikan keamanan dan kerukunan hidup bernegara, kita juga sebenarnya melakukan kezaliman!
Bayangkan tanpa ISA, apakah langkah pencegahan yang boleh dibuat membendung anansir subversif seperti ini? Biarkan dulu negara ini hancur, kemudian kita ke meja rundingan?
Hukum ISA? Saya mengakui bukanlah orang yang ada autoriti untuk memberikan fatwa begitu begini. Saya menyedari sebagai rakyat, menjadi kewajipan kepada saya untuk mentaati keputusan pemerintah - kecuali pada perkara yang jelas dan terang bersalahan dan tidak boleh diterima akal yang waras. Dan saya pula tidak berhasrat 'menyokong' fatwa orang politik yang jelas berkepentingan. Haram bila dilakukan oleh musuh, halal bila dibuat rakan sendiri!
Ada pula sahabat yang menyatakan hanya orang bodoh saja yang menyokong ISA. Mungkin saya - bersama sebahagian rakyat yang lain - bodoh menyokong, tetapi sekurang-kurangnya lidah kami bukan lidah bercabang biawak seperti Anwar Ibrahim. Tidak konsisten dalam keputusan, 1974 menentang, selepas itu menyokong kerana perut sudah kenyang. Hari ini demi kerana kuasa, ISA kembali menjadi hantu!
Pro dan kontra dalam sesuatu isu adalah lumrah. Sementara penentang ISA ada hujah memansuhkan ISA, hujah golongan yang hendak ISA dikekalkan juga wajar dirai dan dihormati. Janganlah hendaknya kita bersikap bodoh sombong, memaksa semua orang menurut kehendak kita. Jika kita percaya kepada demokrasi, majoriti adalah pemenang maka seharusnya tidak timbul pertikaian.
Kita jadikan PRU13 sebagai referendum. Jika Pakatan Pembangkang menang dan memerintah negara, mansuhkan saja ISA. Apa yang susah...tidak perlulah berarak di jalanraya untuk menyusahkan orang lain!
Paling penting, sementara menunggu PRU13 yang tempohnya dalam 2-3 tahun lagi, biarlah kita menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Pemerintah menjalankan amanah rakyat, sementara pembangkang juga menjalankan amanah rakyat.
Rakyat? Kalau pun tidak bersetuju dengan keputusan pemerintah, gunakanlah cara berhemah untuk bersuara. Mungkin peti undi adalah salurannya...bukan terpekik terlolong di jalanraya!
Lupakan seketika polemik ISA, blog ini akan menyentuh persoalan yang dilontarkan sahabat pengunjung berkaitan ISA pada kesempatan lain.
Penulis ingin berkongsi dengan pembaca dua perkara:
1. Ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham YB Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, ADUN Permatang Pasir yang telah kembali ke rahmatullah beberapa hari lalu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke roh Allahyarham, Amin. ( Perbezaan ideologi dan politik kepartian seharusnya tidak membataskan persaudaraan seagama! )
2. Menyampaikan hasrat BPN supaya tindakan tegas diambil terhadap blogger yang 'kurang ajar' - menyamakan Mufti Perak dengan pelacur! ( Rasanya lelehan hingus mufti ni lebih mulia daripada blogger yang entah siapa-siapa ni?)
1. BPN memandang berat tindakan blogger pembangkang di sini ( http://www.malaysiawaves.com) yang telah menyamakan Mufti Perak dengan gelaran pelacur.
2. Perbuatan ini sangat tidak patut dan begitu menghina seorang Mufti yang begitu dimuliakan di sisi masyarakat sebagai ikutan dalam hal hal agama Islam. Apatah lagi beliau dilantik dan dipilih oleh Sultan Perak sendiri selaku Ketua Agama Islam negeri Perak.
3. Mufti Perak tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti mahupun memegang jawatan politik dan bukan orang politik.. Seharusnya tidak patut beliau menjadi sasaran kecaman atau penghinaan yang memalukan tersebut meskipun ada pandangan beliau tidak disenangi oleh mereka..
4. BPN mendesak agar tindakan tegas dan keras dikenakan terhadap blogger Malaysiawaveini dan juga mana-mana blogger yang berani menghina tokoh agama di negara kita, yang mana jika tidak dibendung dari sekarang ia boleh menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghina tokoh agama seperti Mufti ini yang jelas tidak ada kepentingan politik di dalam berfatwa atau memberi pandangan.
5. Diharap suara Blogger Pembela Negara ( BPN ) ini akan dibaca dan disebarkan agar menjadi isu yang tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
Yang benar,
Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara Jumaat / 31 Julai 2009 /10.35 malam
Sehari selepas menyambut Hari Pahlawan, sambutan berkaitan ISA pula akan menyusul hari ini.
Pahlawan dulu-dulu, berkorban jiwa raga, bergadai harta, hilang nyawa melawan penjajah dan komunis. Hari ini, 'pahlawan' akan bertempur di jalanan. Tanpa penjajah, tanpa ancaman komunis, demo akan dibuat untuk mansuhkan ISA - juga untuk kekalkan ISA.
Berbeza bukan?
Semangat kepahlawanan memang disanjung tinggi. Sayangnya dilempiaskan di tempat yang tidak betul. Selain ISA, ada banyak lagi agenda yang boleh diperjuangkan. Kenapa ISA? Kenapa ISA sangat digeruni?