Search This Blog

Loading...

Monday, July 6, 2009

Mohon Tindakan Segera!

Salam,

Tidak diketahui di mana puncanya, jalan runtuh di Kg Lupak, Beaufort ( dalam kawasan DUN Lumadan dan Parlimen Sipitang ) ini masih belum dibaiki walaupun keadaannya semakin teruk dan membahayakan.

Laporan kepada pihak berwajib, termasuk kehadiran para pembesar negeri dan Menteri Persekutuan meninjau kerosakan jalan ini, namun sehingga kini belum ada tanda-tanda usaha pembaikan dimulakan.


Yang kelihatan cuma pemasangan tanda amaran dan pita keselamatan sebagai peringatan kepada para pengguna. Soalnya, mampukah tanda amaran dan pita ini menahan hakisan tanah dan menghalang tanah runtuh?

Blog dan suratkhabar sudah pun 'bersuara', mohon tindakan segera dapat diambil untuk membendung permasalahan daripada terus berlarutan, oleh pihak yang berkenaan. Khabarnya, peruntukan sudah diluluskan, kontaktor sudah dikenal pasti, mengapa kerja belum dimulakan, ini yang menjadi persoalan?

Diharapkan tiada pengguna yang menjadi mangsa atas kelalaian kita semua!

10 comments:

Anonymous said...

Mohon kerajaan sabah dan kerajaan pusat bertindak segera untuk menjaga nama baik... jika tidak pembangkang akan menmutarbelitkan isu ini...

Datu Sulaiman alhaj. said...

Salam ustaz,
Kalau sudah kelewatan begini bukan lagi 'memutarkan belit'namanya jika pembangkang bersuara. Memang pun itu tandanya jentera kerajaan lemah lantaran kerajaan yang sedia ada itu tidak lagi efisyen. Rakyat didahuluikan, pencapaian diutamakan..? Macam mana ni? Kalau PM saja kata begitu, payahlah..!

YANG GAMBI said...

PM tak jauh berada, sebelah negeri je...... cepat-cepat bagi tahu...

Kawan rasa, masyarakat setempat perlu bersabar, mungkin tindakan sedang di ambil oleh pihak yang berkenaan...... maklum sajalah nak sedia berbagai cara untuk menyegerakan pembaikannya....

Anonymous said...

biasalah, kadang2 mau tunggu tragedi ataupun dah meragut nyawa, barulah sibuk sana sini umum itu ini..budaya pemimpin kita, sudah terhantuk baru terngadah.....

BEL BEAUFORT

Anonymous said...

Alah yang kes Kg. Pala pun nak minta PM settle. Kalau lah ada jalan runtuh mcm kat beaufort ni, rasa mau letak jawatan kot... KM makan gaji buta kot...

SOLYMONE said...

Salam Ustaz,
Isu yang sama telah di sampaikan oleh blogger 'Dari Sabah'.
Disitu, saya pun telah juga keluarkan pendapat juga.

Namun, apa yang saya lihat akhir-akhir ini terlalu banyak mala-petaka (natural atau human factors)yang berlaku di kawasan tersebut.

Bermula dengan banjir besar, Jalan raya rosak, landasan kereta api, sekolah yang bermasaalah dan saterus nya tebing runtuh terdapat dalam post Ustaz ini.

Saperti biasa, saya ketepikan pandangan politik dehulu. kerana dalam keadaan saperti ini, sesiapa pun yang memerintah akan terjebak dengan 'dilemma' yang sama. Itu saya pasti.

Saperti yang telah saya nyatakan dalam blog 'Dari Sabah', pagi ini saya telah berkesempatan berbincang dengan Ketua Bahagian Jalan JKR Sabah, mengenai perkara ini.

Alasan yang saya dapati ada lah seperti berikut;
i)Bidang kuasa yang bertindih, melambatkan process untuk bertindak
ii) Peruntukan yang tidak mencukupi; sama ada dari kerajaan negeri atau pun pusat
iii) Reka bentuk yang perlu kan banyak 'parameters' akan memakan masa.
vi) 'Executive Push' dari pemimpin atasan.

Walau macam mana pun, saya syorkan juga agar mereka kaji semula perkara ini, kerana dari gambaran yang kita lihat, situasi jalan tersebut agak bahaya untuk lalu lintas.

Sekurang-kurang nya, tanda penghalang, notis keselamatan dsn patut juga di laksanakan.

Kalau boleh, membuat 'jalan lintas' di kawasan yang berdekatan selaku option sementara menunggu tindakan yang bertahap 'permanent'.

Itu sahaja lah Ustaz. Fikir-fikir kan lah.
Disamping itu, teruskan menulis dan melapur hal-hal saperti ini. mana tahu akhir nya, ia mendapat perhatian dari pehak yang berkenaan.

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

pkara yg kecik2 ni jumpa lah adun.apa koje deme? kacau adun tu.yg nak pi sampai pm tu buat apa.lu fikirlah sendiri.

Datu Sulaiman said...

saudara rahman@ahchong@muniady,

Jumpa ADUN pun nak buat apa? ADUN bukan ada duit nak buat..Paling-paling dia pegi tengok saja lepas tu tindakan lambat..mungkin tauke ac hong tidak tahu bahawa tempat yang ustaz tunjuk ni adalah kawasan tegar BN, kata PM, sabah adalah 'simpanan tetap' untuk BN jadi malulah kalau kawasan simpanan tetap ini duit untuk baiki jalan runtuh pun tak ada ..mana dia rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan klau nak buat jalan runtuh pun bertahun-thun tak siap..Saya fikir sdr rahman @ ahchong yang kena fikir sendiri..Jangan cakap takabur sdr !

Anonymous said...

Salam.
Mana anak ketua Menteri Sabah yg jadi ketua pemuda UMNO Sipitang tu?
apa lagi bagi tahulah bapa mu....atau ini rancangan bapa mu supaya urusan pembaikan jalan ni di lambat-lambatkan agar rakyat marah YB yg sedia ada ni dan apabila terkumpul kemarahan itu hingga lima tahun lagi maka bapa mu bercakap YOU tak boleh jadi calon sbb ramai org tak suka, maka dgn itu anak ku yg sekarang jadi Ketua Pemuda UMNO S'pitang ini adalah calon yg terbaik.... ha ha ha.....
Akhirnya pada tahun 2020 kelak semua calon UMNO di sabah adalah drp keturunan ABANG MUSA .....

ikhlas drp Orang yg bapaku org kuat USNO...bft

matlan said...

asalamualaikum ustaz, kalau part ni pun nak mintak pm selesaikan, alamak !!!apalah kerja ketua2 cawangan, ketua pemuda, ketua bahagian, dan ADUN di kawasan sana tu....kalau bagi saya la, inilah satu peluang bagi saya untuk menonjolkan diri, kalau pun tiada duit untuk buat, sekurang-kurangnya ada alasan saya untuk jumpa cm, ada juga point nak tunjuk pada rakyat yang yb ni ambik berat masalah rakyat....walaupun masalah tidak selesai, tetapi yb telah berusaha untuk selesaikan.......kita ni manusia memang tak pernah puas, melihat masalah sebagai satu alat untuk hantam pemimpin atau untuk mempersalahkan orang lain, sedangkan kita juga boleh berperanan untuk buat sesuatu, tapi kita lebih suka menghangatkan suasana........persoalan? apakah kita akan terima pemimpin dari keturunan rasulullah untuk menjadi pemimpin di sipitang walaupun ianya bukan berbangsa bisaya, brunai atau kedayan....allah hu alam

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin