Search This Blog

Loading...

Friday, July 3, 2009

MU : Sandiwara di Kedah...


Salam,

Perang psikologi menjelang PRK Manek Urai yang dijadualkan 6 Julai ini nampaknya sudah pun bermula. Semakin hamper ke tarikh pengundian 14hb nanti, pasti lebih banyak adengan drama bakal dipertontonkan.

Kelmarin, DAP dengan tegas dan tidak main-main mengumumkan hasrat keluar dari Kerajaan Pakatan Pembangkang Kedah, yang diterajui PAS. Dilaporkan, DAP tidak setuju dengan tindakan merobohkan pusat penyembelihan babi di Alor Setar.

Bolehkah dipercayai sandiwara ini?

Hasrat DAP Kedah ini, seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi negerinya bukanlah satu keputusan muktamad. Ia cuma cadangan, masih tertakluk dengan keputusan DAP Pusat. Kita yakin hasrat ini tidak akan dipersetujui, demi keharmonian pakatan.

Pasti akan berlaku kompromi dan tolak ansur. Pengerusi DAP negeri, Thomas Su sudah menjalankan kerjanya membela peniaga babi ( sekaligus penggemar babi ). Maka terserah pula kepada DAP Pusat membuat ketetapan. Yakinlah…keputusannya tidak akan menyebelahi Thomas!

Dengan helah ini, maka semakin mudahlah jentera PAS berkempen di Manek Urai, dengan menjadikan DAP sebagai kambing hitam. Sandiwara PAS tentulah ingin dilihat tidak terlalu ‘mesra’ dengan DAP.

PAS dan DAP, dengan ideology dan perjuangan yang amat jauh berbeza, ibarat jauh langit dan bumi. Cuma memiliki mimpin yang sama, hendak berkuasa!

6 comments:

nalapambu said...

PAS sudah buat satu kesalahan besar terhadap DAP khasnya kaum cina. Sepatutnya PAS kena berbincang dengan DAP terlebih dahulu sebelum bertindak dengan perkara yang ada kaitan kaum cina.

Tindakan PAS membiarkan rumah potong babi itu dirobohkan sepatutnya tidak berlaku. PAS sepatutnya tahu membalas budi kerana kaum cina lah yang banyak menolong PAS. YB MB PAS sudah lepas tangan dan berdaleh memberi alasan yang tidak logik langsung.

PAS jangan anggap sudah kuat berkuasa dan boleh buat apa yang dia suka sesuka hati nya. PAS kena ingat, kekuatan PAS cuma bergantung kepada kaum cina dan india sahaja. Jika PAS gagal menurut kehendak kami, kami akan berhenti menyokong PAS.

Anonymous said...

Memang sandiwara saja.

Kononnya PAS bagus.

Untuk mengambil hati pengundi Manik Urai.

Lepas pilihanraya kecil,PAS Kedah berbaik semula dengan DAP.

Gantikan pusat babi lebih besar nanti.

Datu sulaiman said...

ustaz,
Dengar khabar sudah 30 tahun masalah itu menghantui penduduk setempat tetapi kerajaan BN dulu tidak mampu menyelesaikannya..Lihatlah,akhirnya kerajaan PAS boleh melayani keluhan penduduk..Jadi kalau ada yang masih berkata PAS bahawa PAS menjadi pak turut dalam PR, ternyata mereka perlu malu pada diri sendiri..

Anonymous said...

PAS mengarah drama, DAP pelakon drama. PKR penyunting drama. Tajuk drama " BABI PUNYA BABI...!"

Z-MAY said...

sekadar sandiwara politik pakatan aje tu.pwercayalah.

amri said...

Apa pula sandiwara, inilah saat dan masa yang paling sesuai orang-orang Islam Melayu UMNO menyokong DAP dan melawan Pemerintahan PAS di Kedah. Sokonglah agar Pusat Penyembelihan Babi itu tidak dirobohkan. Beri sokongan 100% kepada DAP dan gunalah isu ini sesuka hati di Manek Urai. Pasti BN boleh menang.

Ayat kempen senang saja....Tegoklahlah pemerintahan PAS di Kedah, Tempat sembelih babi pun PAS roboh....Kalau BN Memerintah Pusat Sembelih semacam itu lebih banyak UMNO buat demi untuk kepentingan rakyat. Persetankan H1N1.

Kan senang ayat kempen di Manek Urai cam tuuu...maka nanti bertambahlah orang-orang melayu Manek Urai undi BN.

Ustaz pun marah ke pusat sembelihan babi di robohkan?.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin