Search This Blog

Loading...

Wednesday, July 8, 2009

Apa Yang Berlaku Hari Ini?

( gambar hiasan: Micheal Jackson selamat disemadi )

Salam,


Dua peristiwa penting bakal berlaku hari ini, 8 Julai 2009. Perkembangan kedua-dua peristiwa ini pasti menarik perhatian semua rakyat Malaysia.


Sebelah pagi…Perbicaraan tuduhan liwat ke atas DS Anwar Ibrahim akan bermula di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta. Bermulanya perbicaraan ini, maka bermulalah proses keadilan, bukan sahaja untuk Ketua Pembangkang malah untuk Saiful Bukhari sebagai pengadu @ mangsa.


Siapa yang benar? Mahkamah adalah platform yang paling sesuai untuk menafikan tuduhan liwat ini dan untuk Saiful mengemukakan bukti.


Di sebalik riuh-rendah KEJAM mengatakan tuduhan ini cuma konspirasi, harus diingat hak mendapat perlindungan dan keadilan untuk Saiful Bukhari juga mesti ditegakkan!


Sebelah petang…Kabinet akan membincangkan masa depan PPSMI, sama ada diteruskan atau dihentikan sahaja. Dijadualkan TPM TS Muhyiddin Yasin akan mengumumkan keputusan kerajaan berkaitan kemelut ini selepas mesyuarat cabinet berakhir.


Keputusan kerajaan berkaitan PPSMI sangat ditunggu oleh semua peringkat rakyat jelata. Harapnya, apa pun keputusan yang diumumkan nanti, adalah keputusan yang terbaik untuk menfaat seluruh pelajar Malaysia.


Sama ada pagi @ petang, kedua-dua peristiwa yang bakal berlaku hari ini pasti akan diingati dan ditulis dalam tinta sejarah Negara.


Mungkinkah peristiwa yang berlaku hari ini bakal merubah lanskap politik dan dunia pendidikan tanahair?....Kita tunggu!


4 comments:

Datu Sulaiman said...

Apa saja yang berlaku akan menentukan dunia dan akhirat seseorang.Bagaimanapun antara dunia dan akhirat selalu tidak selalu seiringan. Yang didunia akan diputuskan oleh manusia dan apa saja selepas itu hendaklah diterima sebagai kebenaran yang telah dibuktikan oleh manusia. Yang di akhirat itu adalah rahsia Allah swt, hanya Dia yang mengetahui.. Oleh itu kita sebagai manusia sama ada benda yang kita suka atau tidak,sama ada perkara yang menggembirakan atau perkara yang pahit, kita tiada pilihan melainkan kita terimanya dengan redha dengan meletakkan ketakwaan kepada kepada Allah swt, Dia lah tempat terakhir untuk berserah.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

PPSMI..kita undur belakang

Datu Sulaiman said...

abe mie 'terjah'..,

tidak salah undur yang tujuannya untuk memperbetulkan kesilapan..

Ampun Tuanku said...

analisa atas analisa..buang karan.baik pergi batang ai beli garam

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin