Search This Blog

Loading...

Thursday, July 16, 2009

MU : Senyum Dalam Duka...

Salam,


PAS terus mengekalkan dominasi di Manek Urai. Berbanding PRU 12, majoriti PAS berkurangan. Kali ini, PAS cuma menang dengan kelebihan 65 undi.


Walaupun tewas, Tuan Aziz Tuan Mat dan seluruh jentera Umno di Manek Urai boleh tersenyum puas. Hasil usaha gigih selama dua minggu lalu berbaloi, dapat mengurangkan majoriti pun bolehlah dikira satu kejayaan.


Namun jentera Umno keseluruhannya, khusus Umno Kelantan tidak harus berpuashati. Kerja baik yang ditunjukkan di Manek Urai wajar diteruskan. Pendekatan berhemah dan mesra mendekati rakyat janganlah dihentikan. Sambil tu, TS Muhyiddin kena terus mencari 'wow' faktor!


Pada peringkat ini, Umno janganlah leka bersorak gembira. Masih banyak yang perlu dilakukan. Usaha transformasi hendaknya diteruskan, demi memastikan momentum sokongan rakyat berterusan.


Dalam berduka tewas, Tuan Aziz bolehlah tersenyum. Dapat menumpulkan keegoan PAS yang mendabik dada, mampu menang mudah. Rupanya, PAS tidaklah sekuat mana!


Bermula sekarang, Tuan Aziz teruskan usaha mendekati rakyat. Segala janji ditabur haruslah dipenuhi. Mungkin jambatan baru boleh dibina sebagai 'hadiah' kepada Manek Urai, sebagai tanda keikhlasan kerajaan pimpinan Umno mendahulukan rakyat!


Manalah tahu cahaya kemenangan bersinar pada PRU13 nanti ...


16 comments:

BelokKiriKanan said...

Sebenarnya rakyat Kelantan matang dalam berpolitik. Mereka menggunakan kuasa undi yang ada di tangan mereka untuk memilih yang terbaik untuk mereka. cuma 30% yang taksub kepada parti mereka samada Pas atau Umno, selebihnya mereka tidak taksub kepada mana2 parti.sebab itulah sejak merdeka, kerajaan kelantan telah beberapa kali bertukar parti yang memerintah. Ini tidak berlaku di negeri spt Johor yang taksub dan totok kpd Umno.

Satu lagi punca BN hampir berjaya menguasai MU adalah strategi BN tidak menurunkan DS Najib kerana Najib dan isteri menjadi liabiliti kpd Umno. Rata-rata rakyat Kelantan mementingkan islam pemimpin yang lebih 'Islamik'.
Kalau Najib turun ke MU, BN terpaksa berhempas pulas menjawab isu yang berkaitan dengan Najib dan Wanita Pertama terutamanya selepas keluarnya isu 'Wanita Puaka' di internet. Strategi BN menonjolkan Muhyiddin dan Mustapha Mohamad diakui sangat berkesan dan menghasilkan kejayaan.

jUNAIDI said...

wo...wo... bro main sedap cakap aja ...ni yang kita rimas ...Sengol PM kita ... ni bukan soal taksub ... bukan soal totok ... tetapi soal fikrah manusia dan kerserasian zaman masa kini .... kita buat baik pun pasti dibalas dengan tak baik .. itu pasti ...sebabnya Tak puas hati , PHD , ngaku sendiri yang hebat ...kedaan ini semua parti menerimanya... Pun gitu kita akurlah dengan kekalahan yang ada tetapi ianya sebagai langkah pertama untuk seterusnya ...

jUNAIDI said...

Asalamualikum Ust....

nak kampung tumpang sekakai nak tapau panadangan Ustd ..... Buakan apa malas nak tulis... rehat dulu ...

ustazSAID said...

Salam, boleh bah kalau ko Jun!

kifli said...

Tapi walau apapun yang UMNOBN lakukan untuk menawan rakyat, Nampaknya masih belum mampu juga mereka mencapai kemenangan dalam PRK tersebut.

UMNO tak malu ke melalak mengulas majoriti undi PAS rendah..Guna jentera kerajaan dan kempen habis-habisan pun tak menang-menang juga..hanya dapat kurangkan Majoriti tak membawa apa-apa pun.

Sebab tu Muhyiddin Yasin malas nak ulas dan balik awal kerana Malu..bagi UMNO mereka bukan nak majoriti kurang tapi kemenangan yang akan menghilangkan Badi kekalahan mereka sendiri..


Sepatutnya untuk menghilangkan badi kekalahan BN bukan hanya mengurangkan Majoriti dalam Pilihanraya tetapi mesti mencapai kemenangan..kalau dah kalah tu maka makin lemah dan jatuh lah moral UMNOBN nanti... keh keh keh

SEBENARNYA UMNO DAH MALU,KAMI GENERASI BARU AKAN PASTIKAN WALAUPUN SATU UNDI MENANG,UMNO PASTI MUSNAH,SELAGI UMNO DIPIMPIN OLEH PEMINPIM PEMBUNUH,RASUAH DAN PENYAMUN SELAGI ITU UMNO AKAN HANCUR.JANGAN NAK BANGGA KATA UMNO DAPAT SOKONGAN,SEBENARNYA UMNO DAH AKHIR ZAMAN.

PAS sebenarnya kalah di Manek Urai…

1. Kalah dari segi janji-janji pembangunan
2. Kalah dari segi taraf akademik calon
3. Kalah dari segi curahan wang ringgit secara tunai
4. Kalah dari segi sokongan media cetak dan elektronik
5. Kalah dari segi sokongan agensi kerajaan
6. Kalah dari segi bilangan undi yang merosot
7. Kalah dari segi kemudahan jentera pilihanraya

kifli said...

65 undi yang membuat UMNO sangat marah dan kecewa. Masih kalah, hanya 65 undi? Ini sudah gila, kata mereka dengan kecewa. Semua pembangunan sudah dijanjikan, malah jambatan baru berharga RM7 juta akan mula dibina keesokan hari jika UMNO menang, masih ditolak kebaikan UMNO?

Padahal sudah diberi wang tunai seribu seorang untuk tanam semula getah dan kelapa sawit. Masih tidak berterima kasih? Tetapi walaupun masih ramai orang jahat di Manek Urai yang tolak UMNO, kini sudah ramai pula yang cerdik dan berperangai baik memilih UMNO.

Jadi rakyat (semua rakyat, bukan di Manek Urai saja) sudah menerima semula UMNO sebagai pembela bangsa, dan tahu betapa murah hatinya UMNO kepada rakyat. Dalam pilihan raya 14 Julai 2009 itu, UMNO yang pemurah itu tidak cukup wang, kerana ramai sangat rakyat yang perlu diberi wang RM300 sebagai upah mengundi mereka, yang datang dari jauh untuk pulang memangkah UMNO.

Kalau wang cukup ketika diperlukan, sudah pasti UMNO menang. Bagus juga UMNO tidak menang, satu rahmat bagi UMNO, kerana jika mereka menang dengan membayar RM300 kepada setiap pengundi, maka sudah sah mereka menggunakan rasuah untuk menang pilihan raya.

Sekarang mereka belum sah lagi rasuah, hanya sah menggunakan wang saja. Tetapi itu pun salah faham, bukan betul-betul pakai wang. Kata Ketua Wanita UMNO Kuala Krai, Rohani Abdul Majid (nama ini mesti diingati), wang RM300 itu untuk petugas UMNO yang berkempen untuk calon UMNO, untuk penampal poster, untuk perayu undi dan sebagainya. Wang RM300 (angka ini mesti disebut) untuk kerja sepuluh hari. Kata wanita itu, tuduhan UMNO bayar RM300 itu salah maklumat.

BERSAMBUNG BAH

kifli said...

Kerana pekerja UMNO ramai, kita lihat ramai orang berhimpun di sebuah rumah untuk mengambil wang RM300 itu. Tuan rumah, yang tidak bernama, memberitahu “wang politik itu” (dia sebut begitu) daripada Datuk Aziz (gelarannya kepada calon UMNO Tuan Aziz Tuan Mat) untuk pengundi yang pulang dari luar Manek Urai.

Calon dan Ketua Wanita UMNO tidak bercanggah maklumat, hanya memberitahu dengan ikhlas wang memang keluar RM300 seorang. Untuk siapa dan untuk apa fikir sendirilah. Tapi memang ada orang yang dapat wang, yakni yang tahu di mana boleh dapat wang itu. Inilah perubahan besar dalam UMNO, dari tidak mengaku menggunakan wang, di Manek Urai mereka terang-terang mengaku memang menggunakan wang untuk menang pilihan raya.

Inilah kejujuran UMNO satu-satunya yang hanya berlaku di Manek Urai, tidak di tempat lain. Walaupun hanya di Manek Urai UMNO mengaku menggunakan wang, pada hakikatnya wang memang menjadi umpan yang ampuh kepada UMNO, dan digunakan dengan bijaksana sekali.

Itulah perubahan besar dalam UMNO, iaitu pengakuan mereka menggunakan wang, kerana didesak oleh rakyat Manek Urai yang tahu mereka tertipu selama ini. Mereka masih menunggu cerita sebenar tentang penipuan royalti minyak kepada Kelantan, tidak dibangkitkan sepatah pun di Manek Urai, hatta oleh PETRONAS yang membisu hingga sekarang. Tidak seorang pun penganalisis politik yang pandai-pandai memandai-mandai itu menyebut perubahan dan pengakuan UMNO ini, kerana mereka tahu jika mereka bercakap benar mereka akan menerima nasib seperti wartawan TV7 bernama Florence Looi, pengacara “Point of View” di TV7 yang meminta salah seorang tamunya memberi markah kepada PM One Malaysia, dan tamu yang jujur betul bendul itu memberi markah C atau D saja untuk pentadbiran PM One Malaysia dalam masa 100 hari pertamanya.
ADA LAGI BAH

kifli said...

Hampir-hampir wartawan itu dibuang kerja, tapi yang pasti dia dengan serta-merta diberi tugas kecil saja, sebagai hukuman kerana berani bertanya dan meminta pendapat benar tamunya. Dia memang dilarang mengajukan pertanyaan itu, jadi dia telah melanggar disiplin organisasinya yang tidak membenarkan kebenaran dinyatakan oleh sesiapa sekali pun, kecuali jika kebenaran itu untuk berbohong. Yang penting dalam pilihan raya Manek Urai baru-baru ini bukan kemenangan PAS, walaupun kemenangan itu penting bagi PAS.

Yang penting ialah UMNO tidak berbohong untuk menabur wang, misalnya dengan membina jambatan, memberi wang subsidi kepada penanam getah atau kelapa sawit, memberi derma kepada orang miskin (kata penganalisis yang bodoh di TV ketika mengulas perkara ini, pemberian wang ini membuktikan UMNO jujur dan sangat murah hati untuk membantu rakyat miskin), membaiki jalan raya, memberi derma kepada masjid dan banyak lagi yang dihadiahkan oleh UMNO, tidak hanya 11 Hadiah Rakyat yang diproklamirkan oleh PM One Malaysia sehari sebelum hari mengundi.

Selama ini UMNO menolak dengan keras sebarang tuduhan ke atas mereka bahawa mereka menggunakan wang, dalam bentuk semu (bentuk mimpi, seperti membina jambatan di Manek Urai) atau betul-betul. Kini mereka mengaku dengan ikhlas mereka memang menggunakan wang yang banyak. Hanya mereka masih segan hendak memberitahu berapa banyak wang yang dipakai. Ada anggaran melebihi RM300 juta, ada pula yang baik hati berkata tidaklah sebanyak itu membazir wang untuk kawasan yang diakui akan kalah, jadi angkanya tak sampai pun satu juta. Adalah barangkali RM100 ribu saja. Hanya musuh UMNO, kata mereka, menukar ribu menjadi juta, kerana angkanya tidak berubah.
TUNGGU LAGI BAH.......

ustazSAID said...

Sdr Kifli...Kjaan PAS bagi anak kambing, bantuan baja dan racun dsb. Kita panggil apa tu?

kifli said...

Mana boleh menipu sampai begitu besar dengan wang rakyat, cacing pun akan marah kerana tempat orang mendapat wang itu dipijak lumat sampai cacing pun lari. PAS pula bagaimana? Memanglah PAS papa kedana, tidak ada wang, jadi mereka lempar batu kepada Puteri UMNO, sampai ada yang patah gigi. Kata ketua UMNO, kami tidak tahu ada dua orang pekerja PAS dari Perak yang dibelasah teruk oleh pekerja UMNO, sampai masuk hospital. Itu hanya khabar angin saja, tidak benar kerana tidak ada bukti. Kami ada bukti orang yang baling batu itu sudah ditangkap polis. Ke mana pun hendak mengelak, kata orang UMNO, yang jahat tetap PAS juga, bukan kami yang tabur wang. Lagi pula kami mengaku, hanya salah maklumat saja.

Tapi itu sudah dibetulkan, jadi kami sebenarnya tidak menabur wang sedikit pun, hanya menabur janji saja (sambil tersengih), macam orang PAS juga. Jadi sudah jelas kami hanya ikut apa yang PAS buat, bukan kami buat betul-betul ... Ada satu cerita yang lebih menarik, yang tidak pernah disebut di mana-mana sekali pun. Ini cerita bohong, tetapi benar-benar berlaku. Ceritanya perihal Tok Guru Nik Aziz beri cuti sehari di Kelantan, yang benar-benar terjadi. Tujuannya supaya semua pengundi Manek Urai yang bekerja di seluruh daerah Kelantan boleh kembali mengundi. Dan mereka pergunakan cuti itu dengan betul, sehingga yang keluar mengundi melebihi 87 peratus.

Lebih ramai ialah pengundi di luar Kelantan, terutama yang bekerja di Kuala Lumpur dan lain-lain bandar. Bilangan mereka yang boleh pulang kecil saja, untuk mendapat wang RM300 sebagai wang tambang. Jumlah lebih besar tidak boleh pulang kerana mereka bekerja. Inilah cerita menarik yang sangat penting diketahui. Mereka ini tidak dibenarkan pulang. Tidak perlu mengundi. Dulu pun mereka bertindak khianat tidak mengundi UMNO bila dibenarkan pulang dengan mengadakan hari mengundi para hari cuti. Dengan kerjasama SPR, UMNO dengan sengaja (agaknya tidak berniat jahat kerana kejahatan itu sudah dikhaskan kepada Pakatan Rakyat) menjadikan hari bekerja sebagai hari mengundi untuk memastikan PAS kalah.

Tetapi ternyata Tok Guru Nik Aziz lebih cerdik dan lebih berani, lalu menjadikan “peristiwa mengundi di Manek Urai” sebagai hari cuti umum. Walaupun pengundi PAS tidak diberi imbuhan wang, mereka tetap pulang untuk mengundi. Jadi UMNO sudah membuat silap besar. Tidak saja mereka berbohong, mereka dengan sengaja menggunakan kuasa untuk menetapkan hari mengundi pada hari yang menguntungkan mereka. Itu pun mereka kalah. Memang benarlah kata ulama dan orang tua-tua, yang terkutuk dan berniat jahat akan tetap terkutuk selama-lamanya. Tidak ada kata-kata yang lebih manis dari itu, walaupun PAS sudah hilang hampir 2000 majoriti.

Datu Sulaiman said...

Tahniah kepada BN kerana hampir menang.TS Muhyiddin kata BN tidak harus keciwa. Betulkah BN tidak keciwa dengan kekalahan itu? Dengar khabar BN akan failkan petisyen piliharaya, jadi kalau benar tentulah tidak betul BN tidak keciwa... BN keciwa sebenarnya kerana mereka percaya bahawa mereka akan menang.

Kekakalahn PAS pada penilaian saya bukanlah kerana UMNO telah kuat tetapi disebabkan oleh sedikit perpecahan akibat isu 'kerajaan perpaduan' yang telah berjaya dieksploitasi oleh UMNO. Idea kerajaan perpaduan ini sedikit sebanyak merosakkan pandangan penyokong PAS kepada partinya terutamanya mereka yang bukan penyokong tegar..Mungkin mereka berkata, apa gunanya undi PAS kalau pemimpin PAS sendiri mahu berdamai dengan UMNO..Lebih baik undi UMNO terus.'

Jadi kepada mereka yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan ini hendaklha segara membersihakan kekeliruan pada penyokong mereka. PAS hanya hilang 398 undi saja..mungkin ini undi dariapda penyokong PKR...?

Anak Lenggong said...

Teruskan lah perjuangan murni demi keserahteraan rakyat..ini baru lah permulaan perjalanan ..sebab klimax perjalanan ini adalah PRU13.
tunaikan setiap janji yang telah dijanjikan sewaktu kempen ..berilah tumpuan yang lebih dikawasan yang memilih caoln umno..bagi kawasan yang memilih pas tu biar lah mereka terus dibuai mimpi dengan kata2 daripada nik ajis..sebab mereka memang tak maukan pembangunan...
ingatlah bukan semua penyokong PAS yang jumud dan taksub kepada pemimpin seperti kifli tu...maseh banyak yang telah terbuka minda..dan teruskan usaha tersebut dengan ini boleh menambat hati para pengundi.
Biar lah kifli dengan cara dia..biar lah dia hanyut dan terus bertakbir bila mendengar ceramah maki hamun daripada orang yang dia anggap tok guru tu..sebab pada kifli dan penyokong pas yang jumud..nik ajis tu terlalu maksum..apa yang dia lakukan semua nya betul..ianya terjadi disebabkan nik ajis dah rasa terlalu besar dan kebal ..pada dia hanya cakap dia sahaja yang harus didengar dan diikuti dan tiada siapa pun dikalangan puak PAS yang boleh menasihatkan beliau..tetapi dengan kit siang anak berana..singh dan nuar tu dia cukup takut...sekali disergah jee terus terkencit didalam seluar...perkara ini lah yang tidak disedari oleh penyokong pas. kalau nak tau sila kesini..

kifli said...

AYAT-AYAT CINTA ALLAH SWT
(2:269) al-Baqarah
"ALLAH SWT memberikan HIKMAH(ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki NYA. Barang siapa mendapat HIKMAH itu, sesungguhnya dia telah mendapat kebajikan yang banyak. Dan tidaklah yang menerima peringatan, melainkan golongan yang berakal."
DENGAN KUASA ALLAH SWT
Surah al-Isra’ ayat 81 menukilkan:
“Bila mana datang KEBENARAN, lenyaplah KEBATILAN. Dan sesungguhnya yang BATIL itu pasti akan lenyap.”

…Kalau diikut logic akal, dengan jentera-jentera pencacai di segenap media perdana apatah kawasan seliaan KESEDAR, puak PUAK ANGKUH PERTUBUHAN DONGENG ZIONIS UMNO-BN LAKNATULLAH sepatutnya menang besar.
Namun benarlah
JANJI ALLAH SWT
ISLAM PASti MENANG!
1-0 pun menang juga bro…
Kesian…
Komen-komen puak mereka seolah-olah mereka pembangkang di bumi BERTUAH MALAYSIA tercinta ini…
Kesian…
Firman ALLAH SWT
(112:1-4) al-Ikhlas
(113:1-5) al-Falaq
(114:1-6) an-Naas
Hayati baik-baik. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau menang Pertandingan Tilawah sahaja.
ADA HIKMAH TERSEMBUNYI berkat AYAT-AYAT CINTA ALLAH SWT.

Wahai para Patriot Pejuang Perajurit ISLAM,
Kerja kita bukan mudah.
PUAK ANGKUH PERTUBUHAN DONGENG ZIONIS UMNO-BN LAKNATULLAH tealah menanam benih kedurjanaan kurang lebih 50 tahun lamanya.
Kerja kita bukan mudah.
Sejarah telah mengajar kita bagaimana Perjalanan Perjuangan Pemimpin para Syuhada’, Imam Ali b. Abi Talib r.a.
Penuh ranjau, duri dan onak. Ambo kalau baca riwayat hidup beliau terutama selepas kewafatan Junjungan Besar SAW begitu hiba mengenangkan Semangat Ali dalam Menegakkan kalimah Tauhid dalam erti kata sebenar.

Jangan kita leka,
KERJA KITA TIDAK MUDAH.
Keahlian dan Pilihan Raya bukan Perkara Pokok dalam PERJUANGAN ISLAM.
Niat tulen kita mestilah IKHLAS LILLAHITAALA dalam TEGAKKAN KALIMAH TAUHID.
Sekali lagi,
KERJA KITA BUKAN SENANG.
Mesti HIKMAH dan FATANAH.
KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN DAPAT SAGUNYA.

RASULULLAH SAW mengambil apa juga keputusan atau pendekatan LILLLAHITAALA atas Kepentingan Ummah seluruhnya.
ISLAM tertegak atas lima perkara:
1. Memurnikan akidah.
2. Memuliakan akhlak.
3. Meng Istiqamah syariat.
4. Pengorbanan harta.
5. Pengorbanan diri.
KENA PAHAM BETUL-BETUL!
Terkini, Marhaen FC 23/6/2009
Formasi 1-3-2-2-2
Pendekatan HIKMAH dan FATANAH.

Goalkeeper- TokGuru Hadi
Lastman aka captain- TuanGuru Nik Aziz
Bek tengah- Maulana Karpal
Bek kiri- Master Kit Siang
Bek kanan- Otai Uthayakumar
Twin-midfielder- Sifu Anwar dan Panglima Husam
Twin-winger- Dr. Dzul dan Ir. Khalid
Twin-striker- the Hustler Guan Eng dan the Lion Gobind Singh Deo
ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN.

Wahai para Patriot Perajurit Pejuang ISLAM
PutraJaya dah melutut kepada kita para DAI’E FISABILILLAH
Pejabat Perkhidmatan Awam PERSEKUTUAN dalam genggaman erat BERHIKMAH para Syuhada’ PASforALL
Insan-insan terkeliru hanya tunggu masa dan ketika.

Tinggal lagi para sahabat sekalian..
Usah FITNAH, ANGKUH dan BURUK SANGKA.
ALLAH SWT BERSAMA KITA.

TASBIH! TAHMID! TAKBIR! ISTIGHFAR!
Dengan ILMU, kita wajib berdakwah
Tuafiq Hidayah HakMilik MUTLAQ ALLAH SWT.
ISLAM LEAD THE WIND OF CHANGE.

HijratunPutraJaya menggamit kita para DAI’E FISABILILLAH
Satu Malaysia: Rakyat diutamakan, Pencapaian disegerakan.
KITA REALISASIKAN.
WALLAHU WALIYYUT TAUFIQ WAL HIDAYAH.
ALLAHUAKBAR! INSYA ALLAH.

Datu Sulaiman said...

anak lenggong,

agak-agaknya negeri mana yang paling miskin di malaysia hari ini? yang diperintah pembangkang kah atau yang diperintah BN? cuba teka.......

ustazSAID said...

Salam, panjangnya ulasan Kifli...penat nak baca.
Manek Urai, kebenaran dtg, kebatilan hancur!
Di Pengkalan kubor, kok Lanas, Bukit Bunga, Kuala Balah, Nenggiri, Paloh, Jeli & Gua Musang...kebatilan dtg, kebenaran hancur?

Ampun Tuanku said...

ustaz dalam UMNO hampir2 pupus. kalau ada pon jenis yang angguk2. lepas meeting ustaz balik rumah sebab dia ustaz tapi geng2 ustaz balik disco. bila meeting bercakap soal islam melangit. dulu ada sorang jenis sepak tong bila dapat tau kalah di pematang pauh. sekor ustad dalam umno tak reti nak bagi fatwa rambot rosmah tu haram...harus kot..takoooot..bila dalam blog bercakap lah benar walaupon pahiitttt....wahaha..teruskan berusaha

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin