Search This Blog

Loading...

Thursday, July 2, 2009

Antara Debat dan Muzakarah?

Salam,

Selepas idea Kerajaan Perpaduan tidak menjadi kenyataan, usaha penyatuan ( atau persamaan ) fikrah di kalangan orang Melayu Islam di negara ini tidak seharusnya berhenti.

Perbincangan dan percambahan minda terutamanya di antara dua parti terbesar orang Melayu / Islam, Umno dan PAS wajar dilaksanakan, demi memastikan kelangsungan dan mendaulatkan Islam.

Ada banyak cara boleh diusahakan. Ketepikan dahulu soal ideology, pegangan, kefahaman, prasangka dan sebagainya. Berjumpalah dengan sikap berlapang dada dan berbaik sangka.

Sebab itu, usaha pemuda PAS mengajak pemuda Umno untuk berwacana sangat dialu-alukan. Biarlah pemuda kedua-dua parti memulakan usaha mendekatkan diri antara satu sama lain. Jika pemuda PAS atau pemuda Umno boleh berdekatan dengan rakan Pakatan atau Barisan yang berlainan bangsa dan agama, apa salahnya berdekatan sesama sendiri demi kepentingan bersama?

Biar pemuda membuktikan idea yang dicetuskan oleh orang tua sebelum ini, bukan gagal sepenuhnya. Masih ada ruang untuk berwacana, bekerjasama dan saling memahami.

Namun biarlah wacana dan muzakarah itu nanti dilakukan dalam suasana muhibbah dan persuadaraan sesama Islam. Kita menngharapkan pertemuan yang didasari dengan rasa kasih sayang, bukannya pertemuan mencari siapa salah siapa benar!

Biarlah ia dinaungi objektif mencari titik persamaan yang boleh diperjuangkan secara bersama dan diakhiri situasi menang-menang. Umno menang, PAS menang, yang akhirnya pemenang sebenar ialah orang Melayu Islam serta negara ini!

Dan rasanya, debat bukanlah jalan terbaik untuk mencari pemenang sebenar, sebab berdebat adala seni berhujah yang tentunya mengalahkan pihak lawan. Bagaimana kerjasama boleh terjalin jika ada pihak yang tewas?

Biarlah situasi menang – kalah ini dilihat dalam pilihanraya…Waktu lain kita bekerjasama.

Bolehkan?

1 comment:

Anonymous said...

salam.
Tanya ustaz2 baguskah berdebat?
tentu jawabnya bagus kalau membawa banyak manafaat drp keburukan.

Tanya pd Tok Guru ?
Tentulah jawabnya ... inilah peluang saya kasi kalah dan kasi malu PM sbb dia bukan arif sangat bab agama ni.

Tanya saya pula ?

suka hati diaorglah.... ha ha ha

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin