
Salam,
Selepas idea Kerajaan Perpaduan yang dicanang PAS, akhirnya ditolak pula oleh PAS juga, timbul pula idea baru, debat. Datuk Nik Aziz mengajak DS Najib berdebat.
Nik Aziz berhasrat untuk berjumpa Najib sebelum berdebat, untuk menyatakan syarat-syarat debat, jika dipersetujui. Kita mencadangkan supaya DS Najib menyahut cabaran berdebat ini, jika...
1) Debat ini membantu memulihkan krisis ekonomi yang sedang dihadapi sekarang. Sebaik sahaja debat berakhir, negara dapat menangani kemelut ekonomi dan ekonomi negara pulih seperti sedia kala.
2) Debat ini membolehkan penyatuan fikrah di kalangan orang Islam di negara. Selepas debat berakhir, perbalahan dan perpecahan di kalangan orang Islam yang terbahagi tiga: Umno, PAS dan PKR, akan selesai dan orang Islam akan senada seirama sehati sejiwa, terutamanya dalam mempertahankan hak dan kepentingan bersama.
3) Debat ini membolehkan negeri Kelantan pimpinan Nik Aziz terkeluar dari senarai negeri termiskin. Selepas debat berakhir, Kelantan bukan lagi tergolong negeri termiskin di
4) Debat ini membolehkan politiking pembangkang yang tidak berkesudahan ini akan berakhir. Selepas debat, PAS-PKR-DAP mengiktiraf kemenangan BN dan berperanan sebagai barisan pembangkang yang membina!
Jika empat perkara ini boleh berlaku selepas debat yang dicadangkan berakhir, maka eloklah DS Najib masuk gelanggang.
Jika tidak, rasanya tidak perlulah rakyat
melihat debat yang tidak perlu itu!
2 comments:
Salam ustaz,
yang debat ni tak payahlah rasanya.Tunggu saja keputusan Manek Urai.Jika BN menang maka Kelantan akan berubah wajah..Manek Urai akan bertukar jadi maju menyerupai 'bandaraya', rakyat yang susah tiba-tiba jadi senang lenang..inilah power BN (mungkin adik beradik dengan power rangers)
Rancangan hujah tu singkat sangat..tak puas hati tgk..hujah x sempat nak habis..iklan..iklan..
kalau boleh jadikan lama sikit..1 jam ke..baru berbaloi tengok siaran tu..
buat apa hujah jika tiada kesimpulan yang jelas tentang satu-satu tajuk yang di debatkan.
Post a Comment