Search This Blog

Loading...

Friday, July 10, 2009

PPSMI: Idea Untuk GMP...


Salam,


Berkaitan PPSMI, seorang kawan memberikan satu idea yang baik. Dia setuju PPSMI dihentikan pada tahun 2012. Tabik untuk usaha Gerakan Mansuhkan PPSMI ( GMP ), katanya. Keputusan ini adalah kejayaan semua pihak – kerajaan dan rakyat, bukan GMP sahaja yang layak diberikan kredit.


Menurut kawan ini, GMP tidak harus berhenti bila PPSMI ini dihentikan. Ada perjuangan yang lebih besar dituntut dari GMP.


Jika GMP sanggup mengumpul tenaga berdemonstrasi dan melakukan usaha berterusan menentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains, sewajarnya GMP juga sanggup bangun menentang penggunaan bahasa lain selain Bahasa Melayu dalam pengajaran di sekolah.


Jika GMP boleh mengusung keranda sebagai simbolik matinya BM di negara ini apabila BI digunakan dalam Mate dan Sains, bukankah keranda lebih besar kena disediakan oleh GMP apabila bahasa lain terus digunakan di sekolah jenis kebangsaan, bukan sahaja dalam Mate dan Sains tetapi semua subjek lain – kecuali BM.


Jika GMP termasuk barisan Sasterawan Negara bangkit menentang PPSMI kerana bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Negara, penggunaan bukan BM dalam urusan rasmi termasuk pengajaran di sekolah juga wajar ditentang GMP kerana ia juga berlawanan dengan Perkara 152.


Jika GMP boleh turun dan turut serta berkempen di pentas pembangkang dalam PRK lalu menyatakan tentangan, mungkin di Manek Urai GMP juga boleh berkempen menyatakan sokongan kepada keputusan kerajaan ini, supaya tanggapan GMP didalangi pembangkang dapat dinafikan!


Jika GMP boleh mengatur tentangan kepada PPSMI, maka apabila PPSMI dihentikan semestinya GMP juga boleh mengaturkan sokongan kepada pemberhentian ini, serta boleh mencadangkan idea bernas memperkasa BI, supaya anak Melayu terutama di luar bandar tidak terus ketinggalan.


Mari ramai-ramai kita sampaikan idea ini kepada GMP. Mungkin nama GMP ini pun boleh diubah…Gerakan Menyokong Pemberhentian PPSMI ( GMPP ).


5 comments:

rosdie said...

Salam, mana mungking GMP berani turun ke PRK MU, untuk membantu menyokong apabila kerajaan menghapuskan PPMSI, mereka hanya mementingkan diri sendiri sahaja.

Tun Perak said...

salam,satu lagi keputusan yang membuatkan bangsa melayu semakin kebelakang..tahniah

Datu Sulaiman said...

Memang bagus dimansuhkan tetapi mengapa tunggu sampai 2012 ? Segala alasan yang diberikan langsung tidak munasabah..PPSMI sebenarnya gagal dan kerajaan harus bertanggungjawab terhadap wang rakyat yang telah banyak digunakan ketika PPSMI ini dijalankan.

Kita tidak faham apa maksud Tun Perak di atas. Apakah bangsa Melayu yang tanpa PPSMI akan mundur? Mungkin TP ni penyokong setia Tun M.. Satu realiti yang tidak dapat difahami oleh Tun perak, math dan sains adalah subjek yang sukar dikuasai oleh melayu dan bumiputera walaupn ketika diajar dengan bahasa Melayu, apatah lagi apabila diajar dalam BI lagilah kelabu asap..Mungkin tun perak ni adalah orang bandar yang tidak pernah turun ke luar bandar untuk melihat realiti yang sebenar.

saya teringat dalam persidangan UMNO dulu, ada seorang wakil puteri yang terjerit-jerit berbahas memepertahankan PPSMI,sayang si puteri ini hanya ibarat 'kakak tua' yang tidak tahu apa maksud yang dicakapnya, hanya teruja dan syok sendiri lagaknya.

hilbertmontell said...

Salam sejahtera Ustaz,

Kalau setakat nak umumkan dasar PPSMI hendak dimansuhkan, tak payah kementerian berteka-teki. Budak darjah satupun boleh umum. ..mansuh,mansuh,mansuh..

Bila PPSMI sudah dihapuskan, maknanya rakyat Malaysia khususnya kaum bumiputera selama-selamanya hanya akan menjadi pengguna teknologi orang lain. Untuk melahir pencipta teknologi sendiri jangan mimpi lagi lah... hancur lebur dah...

Manakala generasi cina dan india pulak mana yang datang dari keluarga yang kaya-raya tentu sekali mereka akan mampu untuk belajar keluar negara bagi menguasai bahasa teknologi sains dan matematik itu.

Yang akan terus ketinggalan ialah bangsa kita bumiputera. Bangsa bumiputera akan terus berputih mata.

ustazSAID said...

Salam,
Polemik PPSMI x akan bhenti antara penyokong dan yg mahu dimansuhkan. Apabila Kjaan sudah mbuat keputusan, elok rasanya kita mberi pluang kjaan melaksanakan segala prancgn lain, tmasuk pemerkasaan BI. Soal th 2012, sudah dterangkan...mungkin tidak relevan utk dbangkitkan, kecuali kita memang bniat mcari kesalahan!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin