Search This Blog

Thursday, June 10, 2010

Menyokong Nasruddin Hasan...


Dewan Pemuda PAS Pusat (DMPP) menggesa kerajaan negeri Pakatan Rakyat supaya memberi komitmen untuk memerangi jenayah judi dengan tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian yang beroperasi di bawah "wilayah penguasaan mereka".

Salam,

Blog ini bersetuju dengan gesaan Pemuda PAS untuk kerajaan Pakatan Rakyat membuktikan komitmen membenci judi, bukan sahaja pertaruhan sukan Piala Dunia malah semua jenis judi.

Kita berharap MB Selangor, Kedah, Kelantan dan KM Pulau Pinang akan mengambil perhatian terhadap gesaan Ustaz Nasruddin Hasan ini. Seperti kata beliau, "Negeri-negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat mesti dilihat lebih baik dan mulia berbanding kerajaan Umno dan BN dengan terlebih dahulu memberi contoh dan tauladan kepada mereka,"

Janganlah kerajaan Pakatan Rakyat pun syok juga dapat hasil dari premis perjudian yang beroperasi dalam kawasan mereka...lepas tu sibuk demo melalak sana-sini pasal judi, ketika 'wilayah penguasaan' sendiri pun tidak terjaga!

( Adakah blog ini juga akan diserang oleh tukang komen yang tidak pernah bersetuju? )

4 comments:

Cikgu said...

Salam...

Pengakuan yang berani daripada ustaz, Itulah yang sepatutnya dilakukan sejak lama dulu. Tapi yang peliknya kenapa ustaz masih nak bersekongkol dengan puak yang memang tak pernah menentang judi , malang menjadi penggalaknya lagi. sudah satu bukit digadaikan untuk judi, masih- belum puas- puas lagi, dulu judi kuda kini judi bola sepak.

Ustaz tugas menentang ni , bukannya tugas Pakatan Rakyat sahaja tetapi setiap insan yang mengaku dirinya islam. Bila berkarya biarlah , terlihat cahaya sebagai ustaz , jangan sama seperti tukang blog yang tak berapa arif tentang agama.

Cadangan saya: setelah ustaz menyatakan sokongan ini, ustaz berjuanglah mendesak khasnya puak umno supaya sama- sama menentang judi.Puak umno termasuk ustaz sendiri pun islamkan. Kewajapin itu juga tertanggung terhadap puak umno dan ustaz jua.

Inilah komen daripada saya yang hanya sebagai guru tetapi bukan ustaz. Diharap apa yang sama komen dapat dipaparkan dengan seikhlasnya. Nasihat saya, walau pun kita tidak berjudi tetapi memberi sokongan kepada golongan yang menghalakan judi. hukuman yang Allah kenakan tetap sama tidak ada bezannya.

sekian

Cikgu said...

Salam sikit lagi ustaz.

Ini dakwah aku sebagai cikgu kepada ustaz:

Kenapa saya lebih suka kepada Pemuda Pas berbanding pemuda umno.

a)Pemuda Pas telah menjalankan kewajipan Islamnya derngan gesaan Pemuda PAS untuk kerajaan Pakatan Rakyat membuktikan komitmen membenci judi, bukan sahaja pertaruhan sukan Piala Dunia malah semua jenis judi.

Ulasan saya , Ustaz lebih tahu daripada sayakan, bagaimana Islam mengajar kita menentang sesuatu kemungkaran melalui tiga cara iaitu dengan tangan, lidah dan akhirnya hati.)

b) Pemuda umno tidak pernah berbuat demikian sejak dari dulu lagi.

Perbandingan yang kedua.

a) Pemuda Pas bukan hanya lantang bila berhadapan dengan umno tetapi lantang bersuara kepada pakatannya . buktinya berani membuat desakan kepada kerajaan dibawah pakatan rakyat tetapi...

b) Pemuda umno hanya lantang kepada lawannya tetapi menjadi dayus dalam pakatannya sendiri. buktinya isteri pemimpin besar mereka tak bertudung pun tak berani nak tegur. Rambut tu kan aurat ustaz bukannya urat apatah lagi nak menentang judi bola.

Usataz orang sembahyang, ustaz fikir- fikirkan dan buatlah muhasabah diri dengan ilmu yang ustaz ada. saya apalah sangat cuma seorang guru , bukannya ustaz.

MymassaVoice said...

pemuda PAS lantang bersuara kepada pakatannya? kakakakaka

1) Kes Elizabeth Wong berzina: Mana suara Pemuda PAS menentang maksiat dan penzinaan wakil rakyat yang tidak bermoral?

2) Kes Arak di Selangor: Setakat pasang banner sembunyi tangan aje.

3) Kilang Arak Carlsberg dan Guiness kat Selangor: Dulu sebelum berkuasa kata nak tutup?

4) Rumah2 maksiat dan perjudian haram di Selangor dan negeri2 pakatan yang tumbuh macam cendawan lepas hujan: ...?!! Pemuda PAS ada syer ke?

5) Isu Kalimah Allah untuk kapir laknat: Sokong...tak sokong...sokong...tak sokong...

Dan banyak lagi...

Kepada pendakwah ustazSaid, muhasabahlah diri and terlebih dulu. Ada banyak bezanya golongan yang nampak menentang dengan suara tetapi tidak disusuli dengan perbuatan dan tekad (digelar munafik), berbanding golongan yang tekad memnentang dosa dan maksiat dengan jalan hikmah dan tersusun (mungkin tak nampak dengan jelas tentangan mereka). Bak kata mat salleh "Talk is cheap". Akan tetapi apa nak dikata, bila kita sokong sahaja hamPAS, bukan setakat Sultan pun boleh ditentang, inikan pulak ustaz kecil -kecilan macam ustazSaid nih. Habih ditarbiahnya! Yelah syurga bawah tapak kaki Wally Selipar kan?

Anonymous said...

salam.... mana2 pandangan yg baik kita sokong tak kira datang dari pihak mana pun. yg benar tetap benar... jangan anggap kita sokong satu pendapat kita bersetuju terus dgn semua pendapat yg pernah disuarakan... org pas pernah kah sokong UMNO walau pun ada kebenarannya....?????? (drp AJK BHG UMNO Beaufort)

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin