Search This Blog

Monday, August 30, 2010

Merdeka Pada Ramadhan 1431H...


Salam,

Sehari saja lagi, Hari Kemerdekaan yang ke-53 akan disambut. Uniknya sambutan kemerdekaan 31 Ogos tahun ini, bakal berlangsung dalan bulan Ramadhan yang mulia penuh berkat. Dalam bulan umat Islam diuji berpuasa pada siang hari dan digalakkan beramal ibadah pada malamnya.

Sesuai dengan ujian Ramadhan, menjelang sambutan kemerdekaan tahun ini juga disulami dengan pelbagai ujian yang menuntut umat Islam dan rakyat Malaysia mempraktikkan amalan bersabar. Bayangkan saja, di negara jiran Jalur Gemilang dipijak, dibakar malah kedutaan kita dilempar najis.

Di dalam negara pula, pelbagai ujian menimpa umat. Kes buang bayi yang semakin berleluasa adalah antara cabaran yang mendepani umat Islam menjelang sambutan kemerdekaan pada tahun ini. Cabaran ini menuntut tundakan segera pihak berkuasa untuk membendungnya.

Menjelang kemerdekaan pada tahun ini juga, cabaran utama di kalangan rakyat Malaysia tentulah semakin membesarnya jurang 'perkauman'. Di Seremban, anak remaja menyimbah cat dan melempar botol arak ke sebuah surau. Permohonan maaf sudah pun diterima, namun pengajaran berguna mesti dilaksanakan untuk mereka, seperti mana yang diterima remaja membakar gereja awal tahun ini.

Lagi pun, jika maaf sahaja diterima tanpa tindakan tegas, pasti kita akan melihat berulangnya episod duka dari seorang peglipur lara bernama Namewee. Tiga tahu lalu, dia mencipta Negarakuku dan disebarkan ke Youtube untuk disaksikan dunia penghinaannya terhadap negara dan negara memaafkannya.

Kali ini Namewee terus mencipta, dan kali ini bertajuk Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!! untuk tontonan seluruh dunia. Negara maafkannya sekali lagi?

Nampaknya cabaran menyambut kemerdekaan kali ini, bukan setakat dalam bulan Ramadhan yang meguji kita berlapar dan dahaga, malah benar-benar menguji kesabaran kita. Benarlah Ramadhan memang bulan menguji sejauh mana kesabaran kita.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-53 dan selamat berpuasa...

No comments:

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin