Search This Blog

Tuesday, September 28, 2010

Kasino di Sabah...Harap bukan kenyataan!


Salam,

'Berita angin' yang berlegar kononnya kasino akan dibina di Sabah sebagai satu tarikan pelancongan bukanlah satu cadangan. Biarlah kekal menjadi berita angin yang tidak berkesudahan.

Kita berharap apa yang disuarakan oleh Datuk Abd Rahman Dahlan, yang menyifatkan berita angin ini sebagai satu pembohongan dan tuduhan melulu adalah benar, bukan setakat penafian dan berdolak-dalik.

Bukan apa, berita angin ini yang belum diketahui kesahihannya, memang merisaukan kita. Sebab pada tahun 2000, idea membina kasino memang pernah disuarakan oleh seorang pembesar negeri. Walaupun tidak menjadi kenyataan,tiada kasino dibina tetapi amalan perjudian di kelab-kelab sudah menjadi perkara biasa di Sabah.

Bukan setakat kasino, perjudian haram yang sangat berleluasa hingga melibatkan kanak-kanak di bawah umur di setiap daerah di Sabah juga seharusnya diambil tindakan tegas. Gejala berjudi ini sudah semakin membarah di kalangan rakyat, termasuk di kalangan umat Islam.

26 comments:

nurimo said...

betul ke ustad?Kalau benar terpaksa telam walaupun pahit

Matlan said...

asalamualaikum ustaz, saya berdoa ustaz , agar ianya benar-benar berita angin sahaja, dan kalau kerajaan negeri benar2 ingin melaksanakannya, saya akan menentang dengan suara persatuan, umno, dan dalam blog-blog, di masjid2 dan surau2, mohon juga ustaz ikut serta , saya berpendapat jika ingin menarik pelancong banyak cara halal yang tidak memudharatkan yang allah telah sediakan, allah sediakan gunung-ganang,bukit bakau, batu karang yang indah, pantai yang indah, urang utan yang tiada di tempat lain dan monyet belanda yang unik serta berbagai lagi, janganlah kerajaan negeri sengaja mencari alasan untuk menghalalkan judi di negeri ini, orang cina yang baik pun benci judi, kristian yang baik juga benci judi, hanya golongan yang tidak baik-baik saja yang suka berjudi dan akhir sekali ustaz, kalau kerajaan negeri masih berkeras juga.....akan ku tentang dengan kertas undi....allah hu alam

Anak Sabah said...

Salam Ustaz,

Setahu saya, tiada kepastian bahawa pembinaan kasino ini akan diluluskan. Kemungkinan besar ini hanya khabar angin semata-matanya.

madd said...

berkenaan isu ini saya rasa ianya hanyalah sekadar khabar angin saja. ini kerana ianya telah pun dinafikan.

Hamdan Hadillah said...

Memang itu bukan kenyataan, dan tidak perlulah risau. Kasino tidak akan dibuat di Sabah sedangkan khabar yang dinyatakan akan dibina di karabunai itu, pihak karamabunai sendiri tidak tahu dan kerajaan negeri sabah pun tidak pernah mengatakan semua ini.

mantra said...

kasino takkan dibina di Sabah, pihak Karambunai telah menafikan bahawa mereka ada menghantar cadangan pembukaan kasino kepada kerajaan.

Unknown said...

Sudah kita tahu dengan kenyataan Kerejaan yang Kasino di Karambuani itu hanya mainan politik PR. Sengaja untuk mengheboh-hebohkan khabar angin. apa pun kita harus tunggu penjelasan dari pihak tertentu berhubungan perkara ini..

airel said...

4D ini siapa yang memberikan sokongan? Pemimpin PR yang begitu beria-ria untuk 4D ini. Iaitu Anwar Ibrahim yang memberikan sokongan 4D tuk sabah. Maka kita nampak sendiri siapa yang perlukan judi?

john said...

saya yakin apa yang dikatakan oleh Datuk Rahman Dahlan adalah benar dan jujur. malah karambunai juga menafikan pembinaan kasino itu. mungkin ada pihak tertentu yang sengaja menggunakan isu ini untuk memanipulasi saham karambunai.

Leo said...

Hi Ustaz,

Ustaz tidak perlu risau. Saya pasti kerajaan tidak akan membina kasino di Sabah kerana majoriti orang di Sabah tidak akan bersetuju dengan cadangan itu. Lagipun, cadangan tersebut mungkin disengaja diheboh oleh pihak tertentu untuk membuat rakyat sabah konfius tentang niat kerajaan. Oleh itu, janganlah kita cepat terpedaya dengan khabar angin itu sehingga penjelasan diberi oleh kerajaan.

Mahsiran said...

Memang sudah pasti itu bukan kenyataan dengan kasino di sabah. Tidak perlu risau, kita tunggu keputusan dan penjelasan dari kerajaan kita. PR pasti memberikan khabar angin tetang kerajaan kerana ini menarik perhatian rakyat.

Logop said...

Tidak tahulah ustaz kalau benar ada cadangan untuk membina kasino. Kita tunggu sahaja penjelasan dari kerajaan.

Fairytale said...

Jangan samakan Sabah dengan SM, secara terang2 masyrakat sabah tidak pernah kesah tentang isu2 judi2.... kalaupun ingin mengharamkan judi disabah saya harap ianya bukan disebabkan oleh alasan agama dan berkaitan dengan SM.... Lihat sendirilah bagaimana cara hidup masyrakat sabah secara "real"... memang tidak mempunyai masalah dengan wujudnya aktiviti judi, sabung ayam dan yang setanding dengan judi2... Memang la aktiviti ini tidak baik tapi biarlah orang Sabah sendiri yang mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah ini. Jangan Samakan Sabah dengan SM... walaupun kita 1Malaysia, tetapi masih lagi banyak hal yang tidak sesuai diadaptasi di Sabah kerana beberapa alasan munasabah. Berkaitan dengan kasino, jangan api2 kan lagi hal ini, dan biarkan dulu hal ini dan jika timbul lagi, saya fikir pasti akan mendapat tentangan dari pelbagai pihak terutama dari penduduk sabah Sendiri. Secara peribadi, saya memang membantah adanya kasino di Sabah bukan sebab2 apa selain keadaan ekonomi Sabah masih belum matang @ cukup untuk menampung kasino dan juga terlalu banyak isu berlanjutan untuk di selesaikan...

bb said...

Please la, stop being hypocrite. Most of them are gamblers. By the way, I do agree that NO CASINO is the best for Sabah.

Unknown said...

Jangan bimbang. Ini hanya mainan politik. Kalaupun kasino, apa cerita dgn kedai2 4D di seluruh Msia? Genting Highland Casino?

Anonymous said...

pihak Karambunai sendiri teleh menafikan mengenai pembinaan kasino ini, maka kasini takkan dibina, lagipun , rakyat Sabah takkan setuju pembinaak kasino ini.

poji said...

isu kasino ni hanya khabar angin. Pihak karambunai juga telah menafikan pekara ini.

TQ said...

Kasino amat tidak diperlukan di Sabah.

re said...

Casino is totally not for Sabah. It will bring more harm than good.

22 said...

Pembinaan kasino hanya akan memudaratkan Sabah. Kita bukan Macau, Singapura mahupun Las Vegas yang mampu bersaing. Kan lebih baik jika kekal sbg pusat pelancongan alam semulajadi?

dido said...

Why it is so important to have a casino in Sabah?

Anonymous said...

Setahu saya kasino yang sedang hangat diuar-uarkan ini hanyalah khabar angin sahaja....

Anonymous said...

Sebenernya kalau betul kenyataan ini, pembinaan kasino di sabah akan dapat menarik lebih ramai pelancong asing ke negeri ini. Tetapi masalahnya ada baiknya sekiranya sabah mengekalkan kawasan pelancongan yang sedia ada, kerana negeri sabah bukanlah destinasi perjudian.

Anonymous said...

Pembinaan kasino di sabah hanya akan menjejaskan hidupan flora dan fauna.

Anonymous said...

situs web Manis, aku tidak datang di blog.angelsfromabroad.com sebelumnya dalam pencarian saya Lanjutkan pekerjaan yang fantastis!

Anonymous said...

Cadangan ini masih belum diluluskan.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin