
Salam,
Tahniah kepada BN-PBS yang berjaya mempertahankan Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar dan BN-Umno yang merampas DUN Galas daripada PAS. Kejayaan yang diraih hasil daripada usaha gigih semua pihak.
Biarlah kemenangan ini lebih mematangkan BN untuk terus menunaikan janji dan meneruskan khidmat bakti kepada rakyat. Ternyata kemenangan besar di dua PRK ini menunjukkan harapan tinggi rakyat terutama di luar bandar kepada perkhidmatan BN membangunkan kawasan mereka, berbanding mereka yang menjual janji palsu penuh retorik!
Kita pun tidaklah berminat untuk mengulas tulisan sebelum ini, berkaitan kes pemberian
'zakat' oleh MB Kelantan. Seperti dijangka, pasti ada sahaja jawapan diberi demi 'menghalalkan' perbuatan tersebut. Nak kata zakat, biarlah zakat....
Daripada buang masa berpolemik isu tersebut, baik kita sampaikan rasa simpati yang amat tinggi dengan calon Tim Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Kasihan...belum pun selesai pertandingan sudah
angkat bendera putih. La ingatkan Datuk ni hebat sangat, rupanya mental pun lemah juga. Pertandingan masih berjalan dah menyerah....aparaaaa.
Melihat apa yang terjadi kepada Zaid, memang wajar kita bersimpati. Apabila dia meninggalkan Umno dulu, seolahnya PKR adalah 'parti suci' yang katanya lebih sesuai untuk politik Malaysia. Kelihatan seperti dia akan berjaya, dalam tempoh singkat dia sudah diterima. Menjadi ahli Biro Politik, calon PRK Hulu Selangor, Ketua PKR WP seterusnya calon Tim. Presiden.
Tapi ternyata, Umno yang ditinggalkannya jauh lebih baik daripada PKR yang disertainya. Terbukti semasa bersama Umno, dia tidak diperlakukan sepertimana
apa yang dilakukan PKR. Tidak apa Zaid nasib badan. Orang tua dulu-dulu sudah berpesan: Kalau mendengar guruh langit, air di tempayan jangan dicurahkan...
Harap-harap lepas tarik diri dan letak semua jawatan ni, jangan jadi
katak pulak...