Search This Blog
Tuesday, November 9, 2010
Simpati Untuk Hamim, Pn. Siti dan Ungku Aznan!
Salam,
3 serangkai penjawat awam : Hamim Husin - BTN Wilayah Persekutuan, Pn. Siti Inshak Mansor - SMK Abdul Rahman Putra Kulai dan Ungku Aznan Ungku Ismail - SMK Bukit Selambau, Sungai Petani, telah pun digantung tugas dan diberi surat amaran kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Perkara ini yang diberitahu oleh Datuk Nazri Aziz, Menteri JPM semasa menjawab soalan di Dewan Rakyat. Diberitahu tindakan diambil berasaskan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Disiplin) 1993.
Kita melahirkan simpati kepada tiga individu ini kerana 'terpaksa' menerima hukuman atas fakta yang dinyatakan di tempat yang salah, ketika pendengarnya tidak bersedia hakikat lantas mengaitkannya dengan kenyataan perkauman. Satu cara mudah untuk menidakkan 'fakta', kaitkan dengan rasis!
Kita berdoa semoga ketiga-tiga mereka diberi kekuatan oleh Allah untuk berdepan dengan ujian ini. Percayalah 'kesalahan' yang kalian lakukan tidaklah sekeji perbuatan dan tindakan si bangsat yang sehingga kini masih bebas tanpa sebarang tindakan, walau sudah berulang kali melakukan 'kesilapan'!
Semoga Allah merahmati kalian. Blog ini simpati dan terus menyokong kalian bertiga!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
asslamualaikum ustz.
trm ksh kerana 'approve' komen sy.
pertamanya; setiap hukuman lahir dari kesalahan. itu ketetepan alam sejak azali lg. mana mungkin ada hukuman tanpa kesalahan. mereka bertiga sudah dihukum, mksudnya ada KESALAHAN. jd ap mksud ustz dgn 'terpksa menerima hukuman'? apakah ustz ingin mencabar nazri aziz..klu begitu silalah bgtau nazri..hei nazri,diorg ni x salah.sy pun nk tggu apa respon dia.
keduanya; si bgsat yg ustz mksudkn masih bebas, jika salah knp msh bebas. knp x humbnkn dia dlm penjara atau tembak hidup2 dlm kereta yg melanggar tembok kemudian letk bom atom dlm bonet kereta. atau mgkn ustz x senada dgn lagu si bangsat kerana si bgsat itu selalu menhentam kerajaan. ustz....klu dia hentam kerajaan, dn salah..knp x dihukum..apa susah sgt..ustz dah bt laporan polis terhdp si bgst?
ketiga; tanah ini ciptaan tuhan. ustz tentu tahu ada hikmahnya Allah menciptakan pelbagai bangsa di dunia. supaya kita mengenal & menghormati. bukn saling mengutuk2 bangsa..ustz, sy melayu..tp sy x igt melayu bgsa terbaik.knp al-quran x diturunkan dlm bhs melayu? knp nabi x dplih dr bgsa melayu? sikp melayu yg mengutuk bgsa lain itu berbaur perkauman dan dipanggil RASIS (ini utk mklumn ustz klu x fhm mksud rasis).jd apa yg ustz mksudkn dgn fakta yg dinyatakan di tempat yg salah? apa mksudnya? apakah jika kita mengutuk india dan cina di hadapan melayu, lalu kita bergelak ketawa berdekah2 baru menyebut 'fakta d tmpt yg betul'..klu begitu teruskanlah...kutuk lah bgsa lain si hdpan bgsa melayu..smpi bila mahu begini..asyik mengutuk,x sedar diri sendiri yg terkutuk.
* apa khbr en nasir safar skrg agaknya.
Post a Comment