Search This Blog

Loading...

Tuesday, February 22, 2011

20 Tahun UMNO di Sabah...


Salam,

Pagi ini menerima sms seorang saudara yang mengingatkan rupanya hari ini adalah ulangtahun ke-20 Umno melebarkan sayapnya ke Sabah. Ibarat seorang anak, usia Umno di Sabah sudah meningkat dewasa.

Bermula sebagai pembangkang, bermula tahun 1994 Umno di Sabah hari ini, sudah menerajui kerajaan negeri. Sejak 16 tahun lalu menjadi parti pemerintah, banyak perkembangan dan kemajuan yang telah dibawa oleh Umno. Politik pembangunan yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional dalam konteks Sabah banyak memberi menfaat kepada negeri ini.

Banyak bukti yang terbentang di depan mata tentang kisah kejayaan kesan kemasukan Umno ke Sabah. Pembangunan, kestabilan politik, kemakmuran dan sebut apa sahaja, tentu ada peranan Umno di sana. Paling ketara tentulah sumbangan Umno Sabah – dan BN Sabah – mempertahankan kerajaan BN untuk terus berkuasa selepas PRU 2008.

Walaupun ada suara sinis yang memperkecilkan kewibawaan pemimpin Umno Sabah, tentang kepimpinan Umno Sabah yang tidak ‘bebas’ membuat keputusan sendiri, wajib merujuk ke KL / Putrajaya berbanding pada era USNO, Berjaya dan PBS, di mana kepimpinan bebas membuat keputusan.

Namun ia bukanlah penghalang kepada kepimpinan untuk membuat keputusan yang terbaik kepada rakyat. Rakyat pula selesa dengan senario sedia ada, dan sokongan rakyat ini diterjemah melalui kemenangan cemerlang Umno dalam setiap pilihanraya – kecuali 1994. Diharapkan sokongan padu ini akan berterusan pada PRU yang akan datang demi menjamin kesinambungan pembangunan dan kemakmuran negeri untuk terus dinikmati generasi mendatang.

Sempena 20 tahun Umno di Sabah, sewajarnya pemimpin dan ahli Umno di Sabah terus menginsafi bahawa ‘kuasa’ yang sedang dinikmati kini tidak akan kekal lama malah boleh terlepas ke tangan orang lain, jika perangai buruk seperti cantas-mencantas, hasad dengki dan amalan berpuak-puak tidak dihindari.

Banyak catatan sejarah di serata dunia untuk diambil iktibar, apabila rakyat sudah jemu dan bosan dengan sesebuah parti yang lebih banyak bermain retorik daripada tindakan dan pemimpinnya pula ‘memekakkan telinga dan membutakan mata’ terhadap rintihan rakyat, akan tiba masanya rakyat bangkit memberi pengajaran.

USNO, Berjaya dan PBS tumbang buka kerana kegagalan parti tetapi tersungkur akibat kelalaian pemimpin yang sudah mabuk kuasa dan kualiti ahli yang semakin merudum. Inilah yang harus dipelajari oleh sekalian pemimpin dan ahli Umno di Sabah…

10 comments:

Blog 1 Malaysia said...

Masanya akan tiba...










--------------------------------------------------------------------------------------------
Transformasi besar kpd generasi muda - Generasi baru wajib 'membunuh' beruk-beruk tua nyanyuk Sinar Harian yang Nak MampuS...BACUL!!

http://Blog1Malaysia.blogspot.com/

Urang Sabah said...

Kita harapkan yang terbaik untuk Sabah.

fifin said...

Selama betapak di Sabah ada pengalaman manis dan ada pengalaman Pahit. Sabah sudah banyak berubah.

fifin said...

Namun perubahan akan sentiasa berlaku dari masa kesemasa. semoga perubahan itu adalah untuk kebaikkan dan tidak akan pernah berhenti.

tombolo said...

pemerintahan UNMO Sabah kenalah seiring dgn peredaran masa kerana kehendak rakyat kini juga semakin berubah.

ima said...

memang Sabah telah banyak mengalami perubahan dan pembangunan. namun pemimpin tidak boleh lalai. teruskan usaha pembangunan dan membela kepentingan rakyat.

surinah abas said...

Semoga Sabah akan pasti lebih membangun dari masa kesemasa.

pirate said...

UMNO Sabah telah membuktikan kekuatan dan tidak pernah tumbang sejak mengambil alih kuasa Kerajaan Negeri pada 1994 dan semakin kukuh melalui sokongan Majlis Tertinggi UMNO. bagaimanapun, barisan pemimpin UMNO tidak boleh leka kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku. telah sampai masanya UMNO Sabah memerlukan barisan kepimpinan yang berwibawa bagi mendepani pergolakan politik di negeri ini yang semakin mencabar.

nurfatihah said...

Saya juga berharap UMNO akan mengambil ikhtibar daripada perkara2 lalu, jangan mabuk kuasa dan lalai dengan wang.

Jinx said...

Within the 20 years UMNO in Sabah, we witness many development made. Hopefully more development to come!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin