Salam,
Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian, elok rasanya kita bersatu untuk menghentikan cadangan perarakan yang dianjurkan BERSIH pada 9 Julai ini. Tindakan bermotif politik disebalik agenda kononnya menuntut pilihanraya bersih dan adil, mesti dihentikan sebelum ia berlaku.
Sebagaimana perarakan yang pernah dibuat sebelum ini, ternyata ia cuma menyusahkan ramai orang demi memenuhi cita-cita segelintir yang teringin berkuasa. Jika benar menuntut pilihanraya yang adil, mengapa perlu ke jalanraya? Bukankah ada banyak cara lain, seperti berunding dengan pihak berkuasa termasuk SPR. Melainkan niat perarakan ini cuma untuk mengheret rakyat dalam agenda peribadi para pemimpin BERSIH.
Untuk kali ini, sewajarnya pihak polis tidak lagi sekadar memberikan amaran kosong. Jika amaran pihak berkuasa tidak diendahkan, wajar tindakan yang tegas dan berkesan dikenakan kepada para pemimpin yang degil. Jika perlu ISA yang tujuannya untuk mencegah ancaman keselamatan sebelum berlaku, mengapa tidak?
Sebagai rakyat pula, kita juga wajar meluahkan perasaan kita. Jika Bersih hendak menuntut itu ini, kita juga berhak menyatakan perasaan kita yang tidak setuju dengan hasrat Bersih. Perlukah kita ke jalanraya? Jika ini sesuai untuk meluahkan perasaan, mengapa tidak?
2 comments:
Bersatu untuk bersih :-)
-------------------------------------------------------------------
Siapa Rosakkan Rakyat? - TV Porno boleh. Akhbar Porno boleh. Perhimpunan Bersih tak boleh - Memang pemimpin2 BN bodoh dan tolol2
http://facebook-1malaysia.blogspot.com/
http://blog1malaysia.blogspot.com/
BN tak pernah membenarkan Prono dan segala macam kejahatan .....magapa BN dikatakan tolol dan Bodoh ..kalu benar Bodoh dan tolol ...tak kan BN mampu bertahan dihati rakyat .apa yang nyata anak umur 12 tahun pun tahu apa tujuan perhimpunan ini setalah jalan demokerasi tak mampu dimenangi ....
Post a Comment