Search This Blog

Loading...

Monday, August 15, 2011

Pemain Bola Kena Belajar Dengan Chong Wei...

Salam,

Hanya kerana satu mata berharga, Datuk Lee Chong Wei terpaksa menerima hakikat bahawa dia kena menunggu dua tahun lagi untuk merealisasikan impian bergelar Juara Dunia. Chong Wei kena akur Lin Dan sebagai seteru utama dunia badminton sekarang masih liat untuk ditewaskan.

Namun Chong Wei tidak harus kecewa. Biarpun kalah dalama percubaan kali yang keenam ini, kekalahan ini adalah kekalahan yang bermaruah. Tiada apa yang dimalukan dengan kekalahan di final, dengan pemain hebat seperti Super Dan.

Yang cuma boleh membuat kita rasa kecewa ialah apabila kalah kepada pasukan seperti Singapura dalam kelayakan Piala Dunia baru-baru ini. Kalah-menang adat biasa dalam sukan, tapi kalah ketika kita memiliki peluang untuk menang memang memeritkan. Berbanding Singapura, rasanya kita memiliki himpunan pilihan pemain yang jauh lebih banyak untuk diketengahkan.

Malangnya, jurulatih kita Datuk Rajagobal lebih banyak membuat eksperimen. Meletak pemain seperti Ismail Faruqi dalam satu perlawanan besar seperti itu bukanlah tindakan yang betul. Melakukan eksperimen ketika perlawanan persahabatan masih boleh diterima, tetapi masih bereksperimen dalam perlawanan sebenar memang melucukan.

Peminat seperti diberi harapan palsu dengan pasukan kebangsaan yang digembar-gembur dengan kilauan bergemerlapan, dengan persediaan hingga ke Asia Barat dan melayan kunjungan kelab ternama Inggeris. Namun akhirnya hampa dengan kekalahan yang memalukan.

Atas sebab itu, pasukan bola kebangsaan kena belajar dengan Datuk Lee Chong Wei yang mempamer semangat juang yang tinggi untuk terus bergelar juara...walaupun Juara Dunia belum kesampaian.

1 comment:

Anonymous said...

salam bro, tiada yg memalukan bola kita bro, aku bangga lagi, apa malu...player kita 100% malaysian...bola kita supporters 80,000....singapore baru 5,000....sing menang lagi malu pakai bayar org luar.....katakan benar walaupun pahit bilang ustaz said

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin