Search This Blog

Thursday, January 11, 2018

Beaufort - Bintulu


22/12/2017

Memulakan perjalanan seawal jam 6.20 pagi bersama keluarga + mak mertua + seorang anak saudara. Doa musafir dibacakan oleh Udeen. 40 minit sampai di Pos Imigresen pertama, Merapok, Lawas.

Di Pos Merapok kita kena cop pasport jika hendak ke Brunei atau lalu Brunei. Jika tidak menangis x berlagu bila sampai di pos seterusnya bila Imigresen Brunei arah berpatah balik untuk cop pasport.

Ada 9 Pos Imigresen yang mesti dilalui :

1. Merapok Lawas ( Malaysia )
2. Mengkalap Lawas ( Malaysia )
3. Labu Temburong ( Brunei ) - Pendaftaran Kereta
4. Ujung Jalan / Puni ( Brunei )
5. Pandaruan Limbang ( Malaysia )
6. Tedungan Limbang ( Malaysia )
7. Kuala Lurah ( Brunei )
8. Sg Tujoh  Kuala Belait ( Brunei )
9. Sg Tujoh Miri ( Malaysia )


 Secara umum, sebagai panduan jarak antara pos imigresen :

1. Merapok - Labu : 50min
2. Labu - Ujung Jalan : 20min
3. Ujung Jalan - Padaruan : 5min
4. Padaruan - Tedungan : 50min
5. Tedungan - Kuala Lurah : 5min
6. Kuala Lurah - Sg Tujoh : 90min


 Gambar aras : Jambatan Sg Rasau di hujung Lebuhraya Seria - Kuala Belait dalam negara Brunei mengenakan tol DB 3 atau boleh dibayar RM10.00


Gambar Pekan Limbang, yang dilalui dalam perjalanan. Kasian Limbang ni tersepit di kiri dan kanan oleh Negara Brunei.

Alhamdulilah, dalam jam 2.00pm tiba di bandar Miri. Perkara pertama dicari ialah tempat makan yg senang diakses. Google Map tunjuk Terminal Bas Pujut, so ikut la ke sana. Malang sudah petang banyak gerai sudah tutup, makan saja apa yg ada.

Selepas makan, meneruskan perjalanan ke Bintulu.Secara umum jarak Beaufort - Miri 400km dan Miri - Bintulu 200km. Perjalanan Miri ke Bintulu tidaklah sejauh mana tetapi perjalanan menjadi lambat bila di sepanjang perjalanan banyak projek pembaikan jalan. Katanya projek Pan Borneo.

Lebih kurang jam 7.00pm sampai di Bintulu, terus makan di restoran sebelah hotel.

Perjalanan hari pertama hampir 12 jam, tolak sesat, bhenti makan dan ke tandas, ada la dalam 10 jam perjalanan.

Rehat untuk jalan esok lagi...

No comments:

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin