Search This Blog
Friday, February 2, 2018
Kuching 25/12/2017
Sebenarnya ada banyak tempat yg boleh dilawati di Bandaraya Kuching. Cuma masa 2 hari terlalu singkat untuk mengunjungi semua tempat menarik.Ditambah lagi kepenatan memandu selama 2 hari untuk sampai ke Kuching.
Gambar atas adalah jambatan pejalan kaki yang menghubungkan Kuching Utara dan Selatan yg sebelum ini dihubungkan dengan perahu penambang sebagai sartu tarikan pelancongan baru. Walau bagaimanapun perahu penambang masih beroperasi bagi yang mahu merasai debaran menaiki perahu di Sungai Sarawak.
Ini adalah bangunan DBKU. Di dalamnya ada Muzium Kuching. Dibuka mengikut waktu bekerja. Semasa kami pergi adalah hari cuti umum so kempunanlah melihat Kuching Sarawak.
India Street pula tempat shopping yg wajib pigi bagi membeli cenderahati. Ada banyak pilihan ole-ole untuk dibawa pulang dr tempat ini.
Jangan lupa membeli kek lapis Sarawak. Bagi saya, kalau dinilai dari sudut rasa kek lapis Sarawak ni tidaklah sesedap mana. Cuma penampilannya dengan pelbagai warna menjadi satu tarikan. Ditambah lagi dengan kuasa trending menyebabkan orang akan menyebut kek lapis sinonim dengan Sarawak.
Si Adik ja yang sempat bermain motor di Kubah Ria.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamatkan Palestin

Jahanam Israel!
No comments:
Post a Comment