Search This Blog

Friday, November 29, 2019

KL - Hatyai

20.11.2019

Perjalanan bermula dr Rumah Sabah di Pandan Indah, menggunakan Myvi anak buah Vellu menuju ke Bukit Kayu Hitam. Agak lambat bergerak selepas breakfast. Dalam jam 10.00 pagi baru dapat bgerak. Menggunakan Google Maps meredah kesesakan menuju ke Highway PLUS arah utara. Pengalaman pertama memandu ke arah utara. Masuk hiway semuanya jadi mudah - x perlu maps lagi.

Berhenti beberapa kali - style saya 2-3 jam memandu mesti berhenti utk rehatkan badan dgn sedikit senaman dan tandas. RnR Sg Perak jd perhentian utk makan tengahari dan solat zuhur jamak qasar.
Dalam jam 5ptg, selamat sampai di Changlun dan singgah utk urusan dokumen masuk ke Thailand.

Ada 4 perkara yg perlu disediakan - kesemuanya dibuat oleh adik yg baik hati di Plaza Mara Changlun. Pastikan kad kereta ori dibawa bersama.

1. TM6 - bersama dgn International passport
2. Passenger List
3. Insurans Kereta Siam City
4. Surat kebenaran - jika owner kereta tidak bersama.
5. Simkad Thai - roaming Celcom mahal sangat.

Semuanya dibuat oleh adik tu lengkap dgn kos RM59. Siap dgn penerangan step by step di border.

 Di Imigresen Malaysia agak mudah prosesnya, tunjukkan saja passport x perlu keluar kereta pun. Tp bila masuk di Imigresen Thai, kereta kena beratur dan semua pemandu dan penumpang kena  turun utk cop jari dan scan muka di kamera di kaunter imigrresen durang. Last sekali dia akan gtau kena bayar RM1 seorang, katanya overtime fee. Sy bagi dia RM10, keep the change dia jawab terima kasih.

Selepas tu di depan, urusan kastam pula. Passenger List, Passport dan Surat Kebenaran dibawa ke kaunter 1 dan dia akan tanya, what colour ur car? How many passengers?. Dapat form bawa ke kaunter 2. Pegawai dia sign dan boleh jalan. Slp jln sikit, ada lagi pegawai yg akan check surat dpt kebenaran yg betul. Slp itu, barulah welcome to Thailand. Semua urusan imigresen dan kastam makan masa dlm sejam.

Keluar dr kompleks imigresen, pekan Danok @ Sadao. Lebih kurang 53km lagi menuju ke Hatyai. Di sinilah simkad Siam akan bfungsi sepenuhnya menunjuk jalan ke Genting Hotel. Dalam jam 9pm, selamat sampai dan check in di hotel. Malam tu, maps bawa ke Restoran Kelantan utk makan malam dan makanannya mahal...nasib la.

No comments:

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin