Search This Blog

Sunday, April 27, 2008

ALAHAI APA LA....

Hari ni hari minggu. Bagi kebanyakan orang, hari minggu ni hari rehat. Rasa macam mau rehat juga, tp teringat pesanan seorang kenalan : Tiada hari rehat bagi seorang pejuang sejati, so hari minggu pun bejalan la macam biasa....Sempat juga menatap BM. Satu berita menarik, dinukilkan di bawah ni sekadar untuk renungan kita bersama. Bagi saya, nilah satu lagi contoh sikap pesimis kawan2 di Semenenjung dgn 'orang di Sabah'.

******************************************************************

'Tak mustahil wakil BN lompat parti'

PETALING JAYA: Hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengambil alih pentadbiran negara dalam masa beberapa bulan akan datang tidak mustahil dan boleh menjadi kenyataan, kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkata, memang ada kemungkinan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ‘menyeberang’ ke pihak pembangkang.

“Ini bukan cakap main-main, tak boleh kata ini tak boleh berlaku. Orang di Sabah tak begitu kuat rasa kecintaannya terhadap Umno, tak macam kita di sini yang lahir dan membesar dalam Umno dan segala benda yang kita sentuh ada kaitan dengan Umno.

“Saya juga tengok kebanyakan Ahli Parlimen yang terpilih adalah orang kuat (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dulu dan mereka masih berhubung rapat dengan Anwar,” katanya ketika sesi pertemuan dengan ahli Umno dari cawangan sekitar Subang Jaya di sini, semalam. Bernama melaporkan, Ahli Parlimen Gua Musang itu juga yakin Anwar serius dengan hasratnya mahu mengambil alih kerajaan. “Tadi kebetulan ketika datang ke sini saya naik satu kapal terbang dengan beliau (Anwar) dan saya tanya beliau sendiri dan beliau kata beliau serius,” katanya.
Tengku Razaleigh berkata, berdasarkan kepada faktor itu, pemimpin BN wajar mengambil serius kenyataan Anwar kerana dengan hanya 30 kerusi Parlimen, kerajaan BN boleh tumbang. “Jangan fikir kita boleh terus berkuasa. Kena ambil tindakan tegas untuk atasi masalah ini,” katanya yang turut melahirkan kebimbangan dengan sikap pemimpin BN sekarang seolah-olah pengambilalihan kuasa oleh pembangkang tidak akan berlaku. Sementara itu, di KOTA BHARU kelmarin,, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak akan membentuk kerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Walaupun mengakui ada persamaan pendapat dengan Dr Mahathir, khususnya mengkritik kepemimpinan Abdullah, beliau tidak bersetuju 100 peratus dengan apa yang dibangkitkan bekas Presiden Umno itu.
********************************************

Pada hemat saya.....................

1. Kalau ya pun mau tanding & menang jawatan dlm UMNO ni, jgn la pandang mcm tu dgn ' orang di Sabah'. Ingat kita ni tada harga diri ka....
2. Kalau pun ada MP BN yg tersesat, menyeberang, bukanlah bermakna semua 'orang di Sabah' bperangai mcm tu. Malah, kami 'orang di Sabah' pun x suka perangai : kalah btanding jawatan, keluar parti, tubuh parti baru then kalah dlm PRU, balik UMNO pula...
3. Kalau pun benar 'orang di Sabah', tiada rasa cinta pada UMNO, ok la tu, sbb UMNO pun masih baru di Sabah. Tp realitinya , PRU 2004 & 2008 UMNO menang semua kerusi DR & DUN, malah menang dgn majoriti bergaya lagi...membantu BN Pusat bentuk kerajaan dgn majoriti mudah.

Alahai apa la....

2 comments:

Anonymous said...

SALAM,

TAHNIAH UTK SDR. SAID KERANA BERJAYA MENYAHUT CABARAN MEMBINA BLOG NI. SEMOGA TERUS BERJAYA!

SAYA MAHU KOMEN PASAL ARTIKEL BERKENAAN KU LI NI:
SAYA SETUJU DGN PANDANGAN SDR. BAHAWA TINDAKAN KULI MEMPERKECILKAN MARUAH ORG SABAH NI AMAT DIKESALI. SO, SBG BALASAN KITA SERU SEMUA ORG SABAH JGN SOKONG KULI YG MAHU TANDING PRESIDEN UMNO NANTI.
KELANTAN PUN NDAK BOLEH ATUR MCMANA MAU ATUR NEGARA!!!!!!

Anonymous said...

jgn la ko layan ku li ni. apa punya pmimpin mcm ni. kwn aku cakap di ni raja org asli di gua musang.piiiirah mabuk!!!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin