Search This Blog

Saturday, April 26, 2008

AHLI PEMUDA UMNO

assalamualaikum & salam sejahtera,

1.Untuk kawan-kawan, khusus para pemuda, bagus juga baca nasihat Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni sebagai renungan. Apa yang diperkatakan oleh DS Hisham ni memang tepat dan kena pada masanya.
Ahli Pemuda kena bijak pilih ketua berkualiti
Oleh Azrina Ahzan
PUTRAJAYA: Mereka yang menawarkan diri untuk jawatan Ketua Pemuda Umno perlu mempunyai wawasan dalam menentukan hala tuju pergerakan itu sejajar keadaan politik semasa negara. Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pada masa sama perwakilan yang bakal menentukan siapa pemimpin baru pergerakan itu juga perlu bijak memilih. "Saya menyerahkan kepada perwakilan sama ada untuk melantik orang luar atau orang Pemuda sendiri untuk menerajui sayap Umno ini tetapi seperti biasa ia perlu dilakukan mengikut saluran sedia ada. "Lagipun ini adalah amalan yang sihat tetapi harap mereka yang menawarkan diri faham apa yang hendak mereka bawa dan bagaimana cara untuk pemimpin dan perwakilan tidak boleh menyalahkan sesiapa jika mereka tersalah pilih nanti," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru kepada ibu bapa adik Sharlinie Mohd Nashar di sini semalam. Hadir sama, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail dan Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang. Ketika ini, enam individu sudah menyatakan hasrat bertanding merebut Ketua Pemuda Umno. Selain anggota Exconya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Naib Ketua, Khairy Jamaluddin membayangkan kesediaan bertanding. Individu lain ialah anggota Exco Pemuda Umno yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron; Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Azimi Daim; dan Ketua Umno Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin. Hishammuddin turut mengingatkan semua ahli Pemuda supaya mengambil kira pandangan orang ramai dalam menentukan hala tuju pergerakan itu pada masa depan. "Semua ahli diingatkan memastikan sebarang anjakan dalam Pemuda hendaklah sesuai dengan landskap baru politik negara dan mengikut cita rasa orang ramai," katanya.
Diminta mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa kerajaan baru akan dibentuk pada September nanti, Hishammuddin berkata ia hanya ramalan politik. "Dia (Anwar) boleh membuat bermacam-macam ramalan...jika ramalan itu tidak menjadi ia akan menjejaskan kredibiliti tuan punya badan. Bagi kita, satu atau dua ramalan bolehlah kita jawab..nanti bila September dia akan buat ramalan lain seolah-olah ramalan sebelum ini tidak bermakna. Jadi ia adalah kenyataan politik semata-mata," katanya.
*************************************************
2. Dalam perbincangan analisis PRU12 minggu lalu, dapatan yang baik untuk direnungi ialah realiti bahawa majoriti anak muda tidak memihak kepada parti pemerintah, khususnya BN/UMNO. Sebagai pemimpin muda, dapatan ini merupakan satu cabaran kepada kita. Bagaimana cara untuk menarik kembali sokongan anak-anak muda kepada UMNO? Pada hemat saya, satu cara yang berkesan ialah dengan mengajak anak-anak muda ini menyertai organisasi pemuda dan melibatkan mereka dengan aktiviti berfaedah dan terancang. Jangan sesekali diabaikan peranan mereka dalam pembangunan negara. Mungkin sebelum ini sudah banyak program dibuat seperti rakan muda, Y2Y dsb, tetapi masih belum mencukupi. Justeru, berikan peluang anak muda 'mengatur' anak muda.

2 comments:

Anonymous said...

Kenyataan Datuk Hisamuddin Hussin ni disokong penuh. Kita pemuda biarlah sokong calon pemuda yang boleh buat kerja dan mampu membawa pemuda ke arah yang lebih baik, khususnya pemuda umno Sipitang. Janganlah kita sokong pemuda yang hanya menjadikan kedudukan sebagai tiket mengaut kekayaan, jawatan dijaja untuk meraih keuntungan.

Anonymous said...

SATU CADANGAN UTK PMUDA SIPITANG. AKAN DATANG PERBANYAKKAN PROGRAM YANG MELIBATKAN PEMUDA CAWANGAN, YANG BOLEH MENAIKKAN IMEJ PEMUDA. BANYAK PROGRAM BOLEH DIBUAT, BERNIAGA KA, SEMINAT KA ETC.

KETUA PEMUDA CAWANGAN

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin