Beberapa hari sebelum pilihanraya lalu, seorang kawan telah mencipta sajak. Katanya pada masa itu, jiwanya resah mlihat suasana pilihanraya. Yalah, dlm mana-mana pilihanraya pun, suasananya memang tegang dan menarik. Strategi, propoganda, tipuhelah, muslihat, kempen dan pelbagai cara lagi, diadun menjadi satu - KEMENANGAN.
Keresahan kawan tersebut, mungkin ada kebenarannya. Keputusan pilihanraya menceritakan segala-galanya. Fakta menjelaskan majoriti pemuda tidak lagi menyokong BN/UMNO. Di Sabah, keadaan masih selamat, tp tanda-tanda ke arah berlakunya Tsunami tetap ada. Tanggungjawab siapakah yg akan menidakkan berlakunya Tsunami di Negeri Di Bawah Bayu ini?
************************************************************************************
PEMUDA
Telah tiba ketika
Berbaris menyusun ikrar dan setia
Membelik-belik jati diri yang teruja
Berbaring, bertimpuh, merangkak, bangun dan berlari...
Bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara...Pemuda telah bersiaga!!!
Lari...lari...lari...pemuda penuh gagah
Bukan lari untuk sembunyi...Jauh sekali untuk sembunyi
Justeru lari untuk merempuh...Benteng dan tembok batu
Petualang yang lintuk, lentik dan lantak.
Ayuh pemuda!
Yang duduk harus bangun
Yang bangun haru berjalan
Yang berjalan harus berlari
Benteng sekukuhnya, pertahankan sehebatnya
Biar kecut urat nadinya
Tergamam seketika, lalu lari
Membawa setia dan dustanya.
Hasil nukilan:
JUNAIDI OMARALI
( AJK UMNO BAHAGIAN SIPITANG )
29/02/2008 ( Pejabat PPUS, Bft)
2 comments:
Assalamualaikum saudara,
Bgaimana la agaknya nak 'selamatkn' pmuda kita ni agar pd PRU akan datang mereka tidak mengundi pembangkang? Soalan ni saya kemukakan agar kita semua ahli umno menyedari bahawa kegagalan kita mendekati para pmuda akn myebabkn kita khilangan kuasa, khususnya di negeri Sabah - mungkin juga di kawsan kita P.178 Sipitang @ N.27 Lumadan.
Pemuda Zon Gadong 2008
Salam.
1. Terima kasih kepada Pemuda Zon Gadong yg sudi melayari blog ini.
2. Bagaimana cara mendekati pemuda ? Pada pendapat saya, ada pelbagai cara untuk memimpin para pemuda, agar mereka tidak menjauhi BN/Umno.
a) Pemimpin tidak kira senior atau pemuda/wanita/puteri, harus mengikis tanggapan serong kpd golongan muda. Mereka harus diberi penghormatan sebagai sebahagian rakyat Malaysia dan entiti parti.
b)Mereka wajar diberi peranan dan tanggungjawab. Contoh, bukan sekadar diberi T-shirt & upah menampal poster, tetapi jauh lebih dari itu, mereka juga diberi peranan pentadbiran dan pengurusan parti yg bersesuaian.
c) Mereka juga mungkin boleh diajak berbincang dalam perkara berkaitan mereka. Janganlah hendaknya kita membuat keputusan untuk mereka.
Mungkin banyak lagi cara mendekati mereka, tetapi bagi saya biarlah urusan pemuda ini diserahkan kepada pemuda. Barulah adil namanya...Tk
Post a Comment