
Salam,
Isu penggunaan kalimah Allah masih belum berakhir. Malah memasuki fasa baru apabila kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah ini di Sabah dan Sarawak, seperti yang diumumkan
Nazri Aziz.
Ketika mahkamah belum membuat keputusan rayuan oleh KDN, kerajaan nampaknya mengambil tindakan proaktif mendahului keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah. Tahniah diucapkan...
Rupanya apa yang diperjuangkan oleh Peguam Negara tentang larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald selama ini adalah untuk dikuatkuasakan di Semenenjung Malaysia sahaja.
.....umat Islam di Semenanjung Malaysia tidak dapat menerimanya kerana perkataan Allah tidak pernah digunakan untuk tujuan penyebaran, sehinggalah baru-baru ini....penganut Kristian perlu sedar bahawa penggunaan kalimah Allah sama ada di dalam upacara agama atau di dalam penerbitan di Semenanjung merupakan satu perkara yang amat sensitif bagi umat Islam.
Jika diteliti
kenyataan Nazri ini, penggunaan kalimah suci ini di Sabah dan Sarawak bukanlah satu masalah, malah bukan perkara sensitif bagi umat Islam di sini. Alahai Nazri...pelik juga seorang Menteri berkata begini?
Nampaknya, kategori umat Islam sudah terbahagi dua : Umat Islam di Semenenjung dan umat Islam di Sabah dan Sarawak. Malanglah menjadi umat Islam di Sabah dan Sarawak, kerana tiada siapa yang akan mengambil peduli apabila seorang Menteri di JPM pun sudah membenarkan kalimah Allah untuk dikongsi bersama!
Peliknya, penganut Kristian sendiri pula menggesa tuntutan penggunaan kalimah Allah ini digugurkan di mahkamah. Baca
di sini dan
di sini. Mahkamah pula belum bersidang.
Cuma berharap JAKIM dan Menteri Agama, Datuk Seri Jamil Khir dapat mempertahankan kalimah Allah ini tanpa mengira wilayah mana. Allah yang disembah dan diesakan oleh umat Islam di Semenenjung adalah Allah yang sama disembah dan diesakan oleh umat Islam di Sabah dan Sarawak.
Jika tidak juga, apalah yang hendak dikata lagi....Apalah yang hendak dikata lagi, jika Umno pun menari mengikut gendang dan irama pembangkang berkaitan isu ini, demi menarik hati pengundi terutama menjelang pilihanraya Sarawak.