Search This Blog

Loading...

Saturday, January 9, 2010

Hormati Islam Sebagai Agama Rasmi: Seri Paduka


Salam,


Berkaitan perkembangan semasa yang berlaku, dinukilkan 5 cadangan untuk perhatian kerajaan:


1. Tindakan tegas termasuk ISA diambil kepada mana-mana pihak yang mencetuskan ketegangan dan berniat menghancurkan keharmonian hidup bernegara, tanpa mengira siapa mereka.


2. Mengambil tindakan segera dan segala daya usaha yang perlu demi memastikan kesabaran majoriti penduduk negara ini tidak terus tercabar dengan tuntutan yang bukan-bukan, seperti yang heboh ketika ini.


3. Menggubal undang-undang atau mengubah mana yang tidak sesuai, agar ruang manipulasi terhadap kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan kekal terpelihara.


4. Terus komited mengangkat dan mengekalkan Islam sebagai yang tertinggi dalam negara ini, dan memastikan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam terus dihormati.


5. Sesuai dengan status Islam sebagai agama rasmi, papan tanda atau binaan mana-mana agama lain hendaklah dipastikan tidak melebihi agama Islam, serta dakyah agama lain tidak memesongkan umat Islam, sebagaimana yang dijamin dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia.


Titah SPB Yang Dipertuan Agong berkaitan perkara ini hendaklah diikuti!


2 comments:

YB Raz said...

semuanya berpunca dari kerakusan politik. tapi akupun pelik kenapa raja raja melayu masih senyap. cuma yang dipetuan agong saja yang keluarkan titah.

ustazSAID said...

Salam YB Raz, mungkin titah SPB YDPA tu pun dah mwakili suara raja2...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin