Search This Blog

Friday, February 5, 2010

Apabila Nik Aziz Mengajak Umno...

Salam,

Bagai tidak percaya, Datuk Nik Aziz Nik Mat khabarnya mengajak Umno bermuzakarah demi perpaduan Islam. Seperti sudah letih pulak Tok Guru ni 'berlawan' dengan Umno.


Eloklah kalau begitu. Perpaduan Islam tentulah lebih mahal harganya daripada ideologi politik kepartian. Lihat komuniti Cina, berbilang parti tapi tetap satu suara bila menyentuh kepentingan bersama mereka.


Sebab itu, dalam banyak hal komuniti Cina tetap akan berasa untung siapa pun yang menguasai kerajaan. BN atau Pakatan Rakyat yang memerintah komuniti ini tetap tidak akan ketinggalan. Pulau Pinang contohnya, Gerakan ditewaskan penggantinya dari DAP tetap Lim Guan Eng.


MCA, Gerakan dan DAP memang saling berbalah. Ada sahaja perkara yang tidak dipersetujui, yang mereka tidak sependapat. Namun bila tiba hal yang memerlukan mereka senada, mereka akan meninggalkan baju parti mereka untuk saling bekerjasama.


Tidak salah untuk Umno dan PAS berbeza pendapat. Memang lumrah berparti begitu, namun apabila tiba saat untuk bersatu, mengapa harus tidak senada? Sewajarnya atas semangat persaudaraan, cadangan Nik Aziz ini sangat dialu-alukan.


Cuma rasa macam tidak percaya pulak, cadangan ini datang selepas tidak berapa lama dulu dia berkata Jahanam Umno! Atau mungkin ini bukan cadangan dia tapi kes wartawan tersalah lapor.Harapnya tidak begitu...



4 comments:

Anonymous said...

Walaupun saya AMAT AMAT MENGALUKAN perbincangan antara UMNO dengan PAS dalam hal ehwal kepentingan orang melayu 'amnya, orang Islam khasnya, pada kali ini saya berpendapat UMNO JANGAN LAYAN KERENAH NIK AZIZ dalam ajakan ini.

Perlu diingat, Nik Aziz adalah wakil rakyat PAS sejak 1964 lagi. Beliau adalah seorang politikus yang AMAT LICIK. Apa strategi yang sedang beliau rancang, adalah sesuatu yang perlu disangsikan.

Kalau HJ Hadi dengan Nasaruddin Isa nak bincang, itu boleh nampak keikhlasannya. Nik Aziz? Better be careful. Dia boleh buat U-turn tanpa disedari; dan UMNO akan terperangkap dengan helah dan silat kungtau dia.

Dia banyak masaalah di Kelantan sekarang. Krisis kepercayaan yang sedang dia hadapi adalah yang paling teruk dalam sejarah politik dia.

Maka, BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA...!!

hanizam said...

betul tu...bukan boleh percaya sangat dengan sesumpah tua tu...makin hari makin kalut dengan ape yang dia buat...

la ni dia jilatlah balik ludah dia, masa ajak berdamai dulu, jual mahal...
mamat pecah perut tu saje je nak cari isu...

nak popularkan diri sendiri...orang sendiri pun makin kurang sokong dia...

Matlan said...

asalamualaikum ustaz, saya stuju juga dengan pandangan dan pendapat kawan kita di atas tu, kena berhati2 juga dengan nik aziz ni, takut jadi nya nanti berulang sejarah di zaman khalifah, junjung quran dengan pedang, tapi akibatnya hingga ke hari ini orang islam berpecah, takut nanti nik aziz ni guna isu membincangkan permasalahan ummah islam, tapi dia gunakan untuk pusing dan libas balik umno, dan punca perpecahan kepada bangsa melayu....harap2 najib berhati2 juga la....allah hu alam.

Anonymous said...

Baru pok nik tahu ya,yang mana bumi dan yang mana langit dulu kata umno celaka ya... sekarang cari juga yang celaka ni dulu doa pecah perut ya...cari juga yang pecah perut ni dah tersepit dah terkepit baru nak cari umno ya..nak buat muzakarah ya..jalan dah....pergi sana cari peliwat tu muka tak tahu.... malu.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin