Search This Blog

Loading...

Wednesday, February 24, 2010

Jangan Jadi Burung Unta...


Sedangkan hakikatnya, jika ahli Umno masih liat untuk berubah, masih memperlihatkan sikap buruk, masih selesa dengan situasi sekarang...pasti akan tiba rakyat akan menghukum mereka!

Salam,

Tulisan saya dua hari yang lalu, nampaknya mengundang pelbagai reaksi daripada beberapa orang ' sahabat'. Ramai yang bersetuju dengan apa yang diutarakan, sementelahan ramai pula yang memahaminya di luar konteks.


Sebenarnya, tulisan itu adalah ulasan terhadap apa yang disuarakan oleh YAB TPM, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Kita bersetuju dengan pandangan Tim. Presiden Umno bahawa dalam tempoh sebelum PRU 13 yang semakin mendekat, Pergerakan Pemuda dan Puteri harus terus bergerak memahami aspirasi anak muda yang bakal menjadi hampir separuh daripada jumlah pengundi.


Malangnya wujud kecenderungan dalam kalangan pimpinan kedua-dua sayap ini untuk menafikan hakikat teguran Muhyiddin ini. Seorang sahabat AJK Pemuda menafikan tiada usaha dilakukan. Namun realitinya, usaha yang dilaksanakan setakat ini memang belum memadai. Jauh dari mencukupi.


'Kegagalan' gerakan memahami aspirasi orang muda dapat dilihat dengan tiadanya program yang bersesuaian dengan mereka. Menarik minat anak muda hanya dengan aktiviti sukan seperti bolasepak dan sepak takraw, bukanlah jawapan kepada kebimbangan Muhyiddin.


Kebimbangan Muhyiddin berasas. Jika Umno gagal memahami aspirasi anak muda, dibimbangi mereka akan terus menjauhi Umno lantas memangkah parti lawan. Bayangkan jika anak muda ahli Umno tidak mengenali Ketua Pemuda mereka, bagaimana kita mengharap anak muda yang bukan ahli Umno mengenali pimpinan pemuda. Tak kenal maka tak cinta, bagaimana anak muda mencintai Umno jika mereka tidak mengenali pimpinan pemuda Umno?


Situasi inilah yang sepatutnya difahami oleh pimpinan pemuda, bukannya menafikan sesuatu yang sudah jelas kelihatan dan diperkatakan ramai orang. Pemuda serta Puteri gagal memahami aspirasi anak muda, sehingga perlu ditegur oleh TPM. Ini hakikat yang nyata.


Harapnya pimpinan pemuda yang 'ditegur' oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dan blog ini, berlapang dada dan bersikap proaktif. Jangan membenam kepala ke dalam pasir seperti burung unta, tetapi bertindaklah segera!


3 comments:

Anonymous said...

Maaf la kerana komen berkenaan Peranan Pemuda dah jadi lain. Tetapi bagi saya dalam keadaan sekarang, cara untuk menambat hati golongan muda yang perlu difikir dan digerakkan. Kita dah terlalu lama bersilat dengan pembangkang. Hampir setiap hari isu politik kepartian berputar di media sejak PRU yg lepas. Tiada nampaknya usaha pemuda untuk mendekati golongan tersebut.

Gagasan 1 Malaysia pun tidak diberi penerangan secara jelas oleh pemuda. Nampaknya hanya PM saja seolah2 syok sendiri dengan gagasan tersebut.

Keujudan blog dan mainan media tentang isu politik dan semasa nyata memburukkan lagi persepsi golongan muda kepada umno.

Apa yang saya nampak, pemuda sedang mengikut jejak kapten2 mereka - mencari nama dan jawatan.

P'raya: Umno diminta utama calon muda
Abdul Rahim Sabri
Feb 24, 10
12:20pm
Pemuda Umno Selangor dan Kelantan menggesa pucuk pimpinan parti supaya memberi peluang kepada lebih ramai anggota Pemuda Umno yang mendapat sokongan akar umbi, dipilih bertanding dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Menurut mereka, langkah tersebut penting bagi menjamin kemenangan dan sekaligus memenangi semula kawasan yang dirampas Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

ulasan :- benarkah dengan meletakkan lebih ramai calon muda akan memberikan kemenangan kepada UMNO?

Gedung Akal said...

kah..kah..kah ini komen saya tentang satu bangsa yang bangsat. kah..kah..kah..kah...di sini
http://gedungakal.blogspot.com/2010/02/bangsa-yang-bangsat-dan-sesat.html

Az said...

minta tolong abang2 semua bantu saya cari duit poket ya.: http://s25s.blogspot.com

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin