Search This Blog

Loading...

Monday, March 1, 2010

Dedikasi Untuk Syafiah Humairah...

Salam,

Bagaimanakah seorang ibu boleh membiarkan anak berumur 3 tahun dicucuh dengan rokok, ditendang seperti bola dan dipijak perutnya? Bagaimanakah seorang ibu boleh membiarkan penyeksaan begini kepada zuriat yang dilahirkannya? Dilakukan pula oleh seorang yang hanya bertaraf ’kekasih’?

Sukar untuk difahami, bagaimanakah semua aksi penderaan begini boleh dilakukan oleh manusia bertamadun. Di kala binatang pun boleh berkasih sesama sendiri, saling sayang-menyayangi. Bagaimanakah pula manusia boleh hilang kewarasan dan akal fikiran sedemikian rupa?

Untuk ’kejahatan’ yang telah dilakukan, sewajarnya hukuman yang paling berat dikenakan kepada pelakunya. Pengajaran setimpal wajib dijatuhkan kepada manusia berjiwa binatang ini, kerana sememangnya dia tidak mengambil iktibar daripada sekian banyak kejadian seumpamanya sebelum ini.

Ibunya....wajar juga dijatuhkan hukuman setimpal kerana kegagalannya melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu. Sebagai ibu, sepatutnya dia berperanan mengasuh dan mendidik anaknya. Bukannya membiarkan orang lain mendera zuriat sendiri, walaupun orang tersebut adalah kekasih hati!

14 comments:

Azrinizam Ibrahim said...

salam,

Alfatihah untuk Syafiah Humairah. Moga kisah ini menjadi pengajaran kepada masyarakat Islam di Malaysia.

melayuangkat said...

Salam Ustaz,

Ibu yang tak tahu malu dan tak bertanggung jawab.

Saya sokong saranan Ustaz, jangan biarkan mereka ini terlepas begitu sahaja.

Anonymous said...

Memalukan martabat wanita. Kesal dengan tindakan sambil lewa beliau yang tidak mengambil peduli hal keluarga. Patut diberi pengajaran. Moga Tuhan cucuri roh Arwah Adik Syafiah.

Abu Numan Services said...

) mak mangsa tue pun same x berapa cerdik… anak kene cucuh puntung rokok (kesan lama) pun tak tau… siap kate anak dia kate yg dia jatuh semak… budak 3 thn pandai tipu ke?? logik le… 3 tahun tak pandai tipu lagi… mak dia lah yg menipu semua rakyat Malaysia…

2) duduk satu rumah… ngan datuk sekali subahat… patut semua kene hukuman… dpn wartawan ckp kejam lah suspect…itu lah.. ini lah… korg yg kejam cz duk serumah ngan suspect…

3) “saya dah byk melakukan kesilapan” … mintak bantuan jabatan kebajikan masyarakat… tolg buat ape!!! ramai lagi org susah… dah takut ngan org kampung yg marah cz selama nie tipu depa kata dah kawin nak lari gi jabatan kebajikan… lari g penjara boleh kot…

Abu Numan Services said...

hikmahnya… selagi tak meninggal mangsa… selagi tue lah hubungan terlarang akan ade dlm rumah tue… selagi itu rahsia "percintaan" mereka tak sape tahu...tue baru laknat dunia…

Hashim said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ustazSAID said...

maaf Hashim, en3 ini teda kaitan dgn politik!

Anonymous said...

Al-Fatihah buat adik Safiah,

Kasihan anak kecil ini...mengapa si Ibu tidak berhati perut membiarkan anaknya didera sebegitu rupa...walhal dia dan keluarganya tahu safiah telah lama didera...kejam...memang kejam...di mana sifat kasih sayang manusia sekarang?

Anonymous said...

sebak bila baca artikel adik safiah....rasa geram tengok ibunya menangis-nengis dalam berita malam tadi........

kassim said...

Benci sungguh melihat manusia yang berlakun untuk menyelamatkan diri. Menangis konon, Selama ini ada ibunya mendengar tangisan adik syafira yang menahan kesakitan.

Bagaimana agaknya seorang ibu yang bersekedudukan dengan lelaki lain sanggup menangis di depan kubur anaknya dan merayu keselamatan dirinya sedangkan selama ini dia banyak melakukan kesalahan dan membiarkan kehidupan anaknya seperti hidup di neraka jahanam.

Apakah selama ini tiada simpati dan kasih saya dari sudut hatinya untuk seorang kanak-kanak kecil yang hidupnya sering disakiti.

Apakah sebagai bapa dan ibu sanggup melihat anak perempuannya hidup penuh dengan dosa dan bersubahat untuk menyelamatkan diri sendiri.

Kejadian ini sekaligus membuka pekung di dalam keluarga ini. Jangan diambil ahli keluarga ni untuk dijadikan menantu atau pun besan.

Ini lah bala yang tuhan tunjukkan kepada menusia di muka bumi. Sesetengah nya akan dibukakan dimuka bumi tak yah tunggu di padang mahsyar.

salmah hamid said...

sampai bila kita hendak biarkan perkara ini berlaku? tak serik serik manusia durjana ini. perempuan yang bertudung sepatutnya berhemah tinggi rupanya perempuan yang tiada akhlak bersedudukan dengan jantan keparat. mustahil si perempuan ini yang dipanggil ibu tidak nampak kesakitan yang ditanggung oleh anaknya yg berumur 3 tahun! malah sekarang perempuan durjana ini menyalahkan kebajikan masyarakat kerana tidak membantunya. HMMM...DAH MATI BARU NAK SALAHKAN ORANG SEKELILINGNYA! APA CINTA DIA TERHADAP JANTAN KEPARAT ITU MELEBIHI CINTA KEPADA ANAK YANG KELUAR DARI RAHIMNYA SEHINGGA BUTA MATA BUTA HATI !

oi pompuan pompuan yang pakai tudung kalau tidak dapat menyempurnakan akhlak seperti insan yang mulia buang tudung sudah
kita yang tidak bertudung lebih mulia dari kamu

sekian - salmah hamid -

Anonymous said...

mcm mana pulak peranan bapak... semua tanggung jawab terletak pd mak sebab bapak nya dlm penjara... boleh gitewww...???
siapa waris yg bertanggungjawab???
bukan saya menyokong kesalahan ibu tadi..sekali2 sy tidak menyokong..
tetapi masyarakat kita yg kononnya perihatin tidak kah terpikir di mana tanggungjawab yg sebenarnya

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin