Search This Blog

Loading...

Sunday, March 21, 2010

Kegilaan Manusia Berduit...


Salam,

Dilaporkan nombor plat kenderaan TAY 1 dibeli dengan harga RM 220,000.00, mengatasi plat nombor TAN 1 yang dibeli RM 200,090.00 sebelum ini.

Berdasarkan laporan tersebut, plat nombor yang didaftarkan di Terengganu nampaknya terus menjadi buruan di kalangan manusia berduit. Contohnya TAX 1 dibeli dengan harga RM 165,000.00.

Bayangkan untuk memasang nombor plat TAY 1, manusia berduit ini sebenarnya boleh membeli lebih kurang lapan buah kereta Perodua Viva atau membina enam buah rumah PPRT!

Kegilaan manusia berduit dapat dilihat dengan pembelian plat nombor yang cantik dan bergaya. Tentunya juga dipasang di kereta yang canggih dan ekslusif.

Ada duit semua boleh jadi....

3 comments:

Anonymous said...

Rasulullah s.a.w. adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ini entah berapa ribu juta trillion manusia ni ada seorang di dunia ni namanya Muhammad Bin Abdullah s.a.w.

Beliau telah dilantik menjadi nabi bila umur dia 40 tahun. Waktu dia beranak jadi 40 tahun belum jadi nabi ni dia beranak, bonda dia mak dia Siti Aminah tak tahu anaknya ini akan dilantik menjadi nabi.

Sebagaimana yang disebut minggu lepas, kita menyambut maulid nabi, maulid nabi ni kerja tak sudah. Jangan ingat bila kita sambut maulid nabi ni selesai masalah. Kalau Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa Muhammad Muhammad lain.

Kat kampung kita ada Muhammad,situ ada Muhammad, ada Mat, orang Melayu Kelantan panggil Mat, Mat anak kita, Mat budak kampung kita dengan Mat Bin Abdullah di Tanah Arab tu waktu dia beranak serupa aja. Yang jadi masalah, yang jadi kita dengan dia peringkat rapat ni setelah 40 tahun kemudian bila beliau jadi nabi dengan turunnya ayat Iqra'

NOTA : sila lawati klip video mengenai perkara di atas di alamat
http://hanifsalleh.blogspot.com/2010/02/tok-guru-oh-tok-guru.html

matlan said...

asalamualaikum ustaz, itu yang akan di tanya di akhirat kelak, dari mana dapat duit banyak-banyak tu? macam mana dapat duit banyak-banyak tu? bagai mana di belanja duit banyak-banyak tu?......syukur la aku tak sekaya mereka, sekurang-kurangnya aku berniat kalau jadi kaya nak beli rumah untuk anak2 yatim......tapi kita manusia ni tak tahu bila dah kaya lupa segalanya....mungkin kalau aku kaya nanti lupa pula nak beli rumah anak yatim....jadinya pula belikan rumah untuk yatimah isteri baru ku......allah hu alam.

DATU SULAIMAN said...

Saudara Matlan,belikan rumah baru utnuk 'Yatimah' pun sudah cukup bagus kerana sekurang-kurangnya 'yatimah' itu kita nikahi secara sah.Kalaulah yatimah itu seorang ibu tunggal,lagilah lebih pahalanya...betulkah ustaz ?

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin