Search This Blog

Loading...

Friday, March 26, 2010

Umno Kena Berani!


Salam,

Seawalnya diucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Zainal Abidin Ahmad, MP Hulu Selangor yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para solehin.

Kematian ini membawa bersama kekosongan kerusi P.94 Hulu Selangor, yang mesti diisi dalam tempoh 60 hari. SPR akan bermesyuarat Jumaat depan.

Kerusi ini asalnya dimenangi oleh MIC pada 2 PRU yang lalu, walaupun Melayu adalah pengundi majoriti. Atas dasar kouta, MIC melalui G.Palanivel telah diberi peluang namun tewas tipis pada PRU 2008. Allahyarham menewaskannya dengan majoriti 198.

Kali ini Umno Bahagian Hulu Selangor dilaporkan melobi untuk mendapatkan kerusi ini daripada MIC. Ketua Bahagian Mohamed Idris Abu Bakar kata ia kehendak akar umbi.

Mungkin ada kebenarannya. Mengapa tidak diberi peluang Umno mencuba dalam PRK yang bakal diadakan bagi menunjukkan memang akar umbi mahu melihat Hulu Selangor diwakili Melayu Umno. Sebagaimana mereka menunjukkan pada PRU lalu kehendak mereka diwakili oleh Allahyarham.

Memang perit dan sukar untuk pucuk pimpinan Umno membuat keputusan. Memang tidak mudah. Namun sudah sampai masanya bagi Umno bertindak berani, meletakkan calon Umno sesuai dengan slogan Umno Juara Rakyat.

Kalau nak ikut kouta pun, tapi tidak boleh menang...tidak guna juga. Blog ini menyokong usaha Umno Hulu Selangor!

5 comments:

Anonymous said...

Tahniah Ustaz kerana berani menyokong usaha kami pengundi Melayu Hulu Selangor yang mahukan wakil BN dari UMNO.

Dalam PRU 12 yang lepas, pengundi HS telah memperlihatkan dengan jelas akan penolakan mereka terhadap Dato G Palanivel. Apa lagi yang pemimpin tertinggi UMNO mahu? Jangan paksa kami memilih antara calon Melayu dan calon MIC.


Kalau MIC masih berdegil tak mahu memberikan laluan kepada calon UMNO pada kali ini, tunggu sahaja akibatnya.

Jika inilah yang dimahukan, biarlah kami ahli UMNO memohon derhaka. Memamg pantang anak Melayu menderhaka tapi apakan daya jika pemimpin atasan tidak mahu mengambil kira kehendak akar umbi di bawah.

Jangan biarkan kami terpaksa mengambil tindakan drastik ini!

Anonymous said...

Sape nak ezam jd calon,angkat tangan??

Anonymous said...

Ezam tak nak lah kompom kalah...
memang nyata pengundi akar umbi nakkan pemimpin Melayu... PRU lepas dah nyata penolakan calon MIC di tambah lagi dengan nisbah bangsa penduduk di sana... jangan sampai pemimpin atasan BN buta sudahlah dengan meletakkan calon MIC di sana.. ahli UMNO dah menghukum mereka dalam PRU lepas... beringatlah

Mazlan Joejet

SsSekijang said...

salam...

saya juga mahukan pimpinan Bn supaya melatakan calon melayu di Hulu Selangor,
saya mengharapkan pimpinan UMNO jangan tunduk dengan desakan MIC itu ???

Anonymous said...

Tidak dinafikan ada pemimpin ISLAM yang amat tinggi sikap toleransi kepada bukan Islam. Masalah kuil di Sek 19 yang jadi isu Negara pd Ogos 2009 boleh dijadikan contoh. Penduduk tidak mengetahui adanya kuil berhampiran rumah yg dibeli th. 1988. PKNS janji akan pindahkan. Semasa pindah ada kuil kecil usang dikawasan terbiar digunakan penduduk setinggan dkt jln k/api. Bila mlm gelap, bila hujan banjir. Th 2003 kuil di arahkan pindah ke Sek 18 tapi tidak pindah. Th 2005 setinggan pindah. Kuil semakin aktif apabila penduduk dari kawasan lain mula besarkan sedikit demi sedikit selepas bekalan elektrik dimasukkan. Jun 2006 bekalan air masuk kekuil. Ubahsuai besaran dibuat. Persatuan penduduk hantar aduan kpd DYMM Sultan. 2 papantanda “Tanah Milik PKNS, Penceroboh didakwa” dipasang. Tapi, ubahsuai dibuat juga. MBSA maklumkan ada campur tangan pemimpin MIC sbb itu mereka berani ceroboh tanpa pelan & permit PBT. Kawasan dikepong MBSA tidak dibenar ubahsuai, tetapi selepas penguatkuasa pergi kerja disambung semula. Okt 2006, 7 org penduduk berjumpa bekas MB DSKT dgn harapan beliau dpt bantu. Sudah banyak aduan tapi jawapan “Tunggu arahan SUK”. Penduduk kecewa DSKT tidak tegas menyelesaikan masalah penduduk. Jan 2007 kuil dah jadi 5 bilik. Gangguan bising lagu Hindu setiap hari. Bila buat keramaian gangguan bergendang berjam2, ada upacara pemujaan, perarakan patung sambil bergendang. Masalah sampingan terlalu banyak bila mereka berkumpul ramai disitu. Julai 2007 penduduk hantar bantahan kpd Biro Pengaduan Awam JPM dan BPR. Pada masa itu keramaian besar sedang diadakan. Pd 29/12/2007 MBSA maklumkan kuil akan pindah ke Sek 22. Selepas PR berkuasa Mac 2008 pemindahan dibatalkan alasan tapak itu jauh ke dalam. Kuil pasang bendera PAS dan PKR di notis larang ceroboh. Pemuda kuil kata dua2 parti dah sokong tak payah pindah. Julai-Dis 2008 gangguan bising sudah keterlaluan. Dis 2008 ubahsuai besarkan kuil dibuat lagi. Aduan demi aduan tiada tindakan. Jan 2009 penduduk mohon bantuan NGO. Tetapi, NGO Islam yg dtg membantu telah dituduh buat provokasi kepada Hindu kuil didalangi penyokong UMNO. Rujuk blog AP Shah Alam pd 10/1 & 12/1/2009. NGO dirikan gelanggang elak kawasan diceroboh lagi. 5/5/2009 aduan kpd MB minta kuil pindah. YB Adun jwb selesai masa terdekat. Pilihan mereka Sek 23. Bantahan penduduk 23 jadi isu Negara. Bila kepala lembu diusung ramai pihak melenting konon menghina agama Hindu. Kenapa pemimpin Hindu tidak pernah peduli sensitiviti penduduk Islam Seksyen 19? Kenapa AP Shah Alam dan pemimpin PAS lebih simpati kepada Hindu kuil? Tiba2 saja kuil itu jadi 150 tahun. Lojikkah? Semoga pemimpin2 Islam dapat selesaikan isu kuil Seksyen 19 yg dah lama tertangguh.
Penduduk Seksyen 19 Shah Alam.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin