Search This Blog

Tuesday, March 30, 2010

Auta Samy Vellu...


"Saya telah bagi tahu siapakah nama calon kepada Perdana Menteri. Beliau terima, beliau akan siasat dan panggil saya sebelum beliau keluar negeri," BH Online

Salam,

Bunyi macam bagus. Samy Vellu serahkan nama calon MIC kepada Pengerusi BN, DS Najib Tun Razak untuk pertimbangan. Maknanya, belum ada keputusan calon yang mana akan bertanding mewakili BN di Hulu Selangor. Samy Vellu faham tentang ini.

Sememangnya keputusan siapa dan parti apa akan bertanding dalam PRK ini nanti bakal diputuskan oleh BN Pusat. Sehingga ke saat ini, belum diketahui. Masih terbuka untuk diperdebatkan walaupun kerusi tersebut kouta MIC. Umno Hulu Selangor minta diberi peluang.

Namun, beberapa hari lalu, Samy Vellu sudah pun umumkan calon 'kitar semula' G.Palanivel, Timbalan beliau dalam MIC bakal dicalonkan. Pengumuman yang sudah pun mendahului keputusan. Nampak sangat auta Samy Vellu ni.

Hari ini pengundi dan rakyat tidak bercakap soal kouta, tapi bercakap peluang untuk menang. Jika calon dari MIC sudah ketara tidak diterima - buktinya PRU 2008, 3 DUN BN menang tapi di Parlimen BN kalah - mengapa memperjudikan peluang untuk menang?

Semuanya terserah untuk diputuskan. Namun, kehendak dan denyut nadi pengundi Melayu yang majoriti di Hulu Selangor perlu juga diambil kira. Janganlah diturutkan sangat auta Samy Vellu. Kalau ikut dia, MIC tetap mahu menang. Tapi faktanya, MIC gagal menarik pengundi India!

Kalau sudah begitu, mengapa tidak diberi sahaja peluang kepada Umno mencuba nasib?

3 comments:

jibaouk said...

aku pengundi berdaftar PRK HS
kerat puney aku kalo MIC menang HS
cetttt...hampeh pakuong

deiiiii... 2008 da kami humban tak reti2 lagi ker????

letak la lagi kali ni
bakal lagi besar punya humban

matlan said...

asalamualaikum ustaz, kalau kalah , SAMMI VALUE pasti akan kata ini kerja tuhan, saya tak boleh buat apa2, tapi kalau menang, dia akan cakap ini value punya kerja kuat dari pagi sampai malam tarak rehat punya....chit po dahhhh,tak sedar diri...allah hu alam

Anonymous said...

Helo bro.

Memang dah kerusi milik MIC buat apa nak kecoh-kecoh,yang UMNO macam gila kuasa pulak kenapa?.bagilah kat MIC.

Muthusamy
MIC Kuala Kubu Bahru.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin