Search This Blog

Friday, April 2, 2010

25/4 : Pastikan Umno Menang!


Salam,

Pengundian PRK Hulu Selangor akan diadakan pada 24 April. Penamaan calon 17 April. Harapan untuk menang tetap ada jika calon Umno diketengahkan. Apalah guna kouta MIC, kalau selepas undi dikira BN kalah.


Pastinya kini, Pengerusi BN sudah diberi petunjuk yang jelas parti manakah yang lebih sesuai bertanding di Hulu Selangor. Umno atau MIC. Strategi kena betul, namun strategi paling ampuh tentulah pilihan calon dari parti yang tepat.


Selepas setahun mengemudi pentadbiran negara, idea 1Malaysia, Juara Rakyat dan banyak lagi, kini sudah tiba masanya untuk PM DS Najib membuktikan slogan Rakyat Didahulukan benar-benar ditepati, dengan mendengar denyut nadi rakyat yang mahu Umno diberi peluang.

Jelas memang begitulah kehendak pengundi Hulu Selangor, kecuali Samy Vellu yang tidak mengundi di sana!


Benarlah kata Badrul Hisham Abdul Aziz : Sudah sampai masanya BN memikirkan dan menentukan ia menang dalam pilihanraya dan setelah berkuasa, barulah difikirkan bagaimana hendak berkongsi kuasa!.
Teruskan baca di sini.


2 comments:

mack said...

umno ke mic ke tetap bungkus apa yang ada BN nak bagi orang felda rumah tapi dengan harga yang tak sepatut nya.maka bapak berhutang anak yang tanggung cucu pulak yang selesaikan nya.....hahahahahahaha itu lama nama nya kerajaan membantu rakyat....mampos mu bn...

Anonymous said...

Yang ditolak ialah CALON bukannya parti MIC. Tidak salah MIC bertanding, tetapi kenalah tengok calonnya. Kan mamat india tu bermasalah dan banyak tak tunai janji. Kena bagi calon lain mcm ketua penerangannya.

Propaganda kata orang sana nak calon umno tidak tepat, isu tu hanya dimainkan oleh umno sana je, ada la sebabnya. Ada yang melobi dan nak gilap balik kerjaya politiknya. Nak habuan kena la kerja keras sampai calon umno dapat tempat. Lojiknya, mengapa terus-terus naikkan kain rentang mempromo individu tertentu untuk dicalonkan. Tiada yang lain ke dr umno yang layak di sana sekiranya nak beri kerusi tu pada umno?

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin