Search This Blog

Loading...

Friday, April 9, 2010

Noh Omar Memohon Maaf?


'Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Tun Tan Siew Sin - 30 April 1969.

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara. Tun V.T Sambanthan - 1 Jun 1965.

Salam,

Petikan ucapan dua pemimpin MCA dan MIC pada tahun 60-an telah dibacakan oleh Datuk Seri Noh Omar semasa Konvensyen BN Selangor. Noh Omar cuma mengulangi fakta yang tertulis dalam banyak buku sejarah. Siapakah yang boleh menafikan hakikat kebenaran ucapan kedua-dua pemimpin tersebut?

Apa pula perlunya Noh Omar meminta maaf kerana memetik ucapan tersebut, sehingga membuat ada yang tersinggung? Apakah kerana ucapan itu bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang telah mendorong Noh Omar memohon maaf? Atau, khuatir menjejaskan kempen BN di Hulu Selangor?

Entahlah...cuma Noh Omar yang tahu jawapannya. Sebab, selama ini daripada sekian banyak tindakan dan kata-kata yang telah menyinggung perasaan kaum Bumiputera, ada sesiapa yang dilaporkan memohon maaf?

( Diingatkan untuk Noh Omar, akan datang tidak perlulah membaca petikan ucapan sesiapa jika takut untuk mempertahankannya dan terus meminta maaf...nampak sangat pengecutnya!)

7 comments:

fS-86 said...

Dulu Noh umpama pahlawan menentang Roonie Liew, tapi sekarang pengecut yang bersembunyi dicelahan taik..

fS-86 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

BUKAN APA BRO...BILA CAKAP TU KENA LAH BERLAPIK..KITA ADA ADAB SOPAN. MULIANYA KITA KERANA ADAB, BILA ADAB HILANG...TERHINALAH KITA NI!! JANGAN ANGGAP BILA MINTA MAAF TU KITA DA JADI PENAKUT. CARA PENYAMPAIAN PADA LAWAN LAIN DAN PADA KAWAN PON LAIN.

Anonymous said...

Terlajak kereta boleh diundur
Terlajak kata memalukan orang melayu
Pakailah otak bila nak bercakap
Dah tau penakut tapis dulu apa yang nak diucap

Ada fahammm!!!!

Anonymous said...

Tu le pemimpin pelapis Melayu..dah cakap asik nak mintak maaf je...padahal bercakap perkara yang betul..Menteri Amaran begitu juga...kita cium keris pon nak kena minta maaf..tak bertempat..dan kurang jiwa patriot

Anonymous said...

UMNO-APC sama saja....

Anonymous said...

ha..ha..ha..ha....

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin