Search This Blog

Friday, April 16, 2010

10 Sebab Zaid Ibrahim Mesti Ditolak Di Hulu Selangor!

Salam,

Tahniah diucapkan kepada P.Kamalanthan yang dipilih dan dipersetujui Samy Vellu, sebagai calon BN. Pemilihan Kamal sepatutnya memudahkan lagi usaha BN sebab G.Palanivel yang ditolak pengundi Hulu Selangor sudah tidak dicalonkan semula. Bab calon sudah selesai, tinggal mahu kerja kuat ja.

Esok penamaan calon, 25hb nanti tarikh mengundi. Kepada pengundi Hulu Selangor, buatlah keputusan dengan bijak dan matang. Anda berhak menentukan wakil terbaik membawa suara anda di Dewan Rakyat.

Elok juga dibaca, nukilan Muhammad Azli Shukri ini sebagai panduan memilih wakil rakyat. Selamat membaca....

10 Sebab Ahli PKR dan PAS Wajib Boikot Zaid di Hulu Selangor

1. Zaid memperlekehkan konsep Ketuanan Melayu dan DEB sebagai konsep atau dasar perkauman yang sudah ketiggalan zaman. Lantaran itu, apakah maknanya jika pengundi di Hulu Selangor, mengundi beliau sebagai calon MP atas tiket mewakili kaum Melayu, andaikata beliau sendiri bersikap anti-ketuanan Melayu? Bukankah itu bermakna para pengundi Melayu di Hulu Selangor ditipu hidup-hidup oleh PKR?

2. Zaid terbukti seorang yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang tulen. Beliau sanggup melompat parti dan masuk PKR atas prinsip yang tidak jelas. Seperti yang kita sedia maklum, PKR merupakan sebuah parti yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang konkrit. PKR seperti lalang - sehingga sekarang kita masih tidak tahu pendirian PKR berhubung banyak isu, umpamanya isu kalimah Allah, isu 16 September, isu Anwar Ibrahim terlibat dalam organisasi pelobi Yahudi antarabangsa, isu Hukum Hudud dengan PAS, Hak Keistimewaan Orang Melayu, isu dasar DEB, isu dasar Bahasa Melayu, isu Malaysia Malaysian dan banyak lagi - semua ini menjelaskan PKR merupakan sebuah parti tiada pendirian dan hanya pandai meneguk di air keruh. Mana-mana isu yang menguntungkan, maka segeralah mereka bertempik dan melolong ke sana ke mari, seolah-olah merekalah juara rakyat, juara kaum India, juara kaum Cina, juara kaum Melayu, juara penganut agama Buddha, juara penganut Kristian dan pelbagai juara lagi. Hakikatnya mereka tiada prinsip dan pendirian! jika ini wajah hodoh PKR, maka ia samalah juga dengan Zaid - manusia yang tiada pendirian. Melompat ke sana dan ke mari - lebih baik jadi seperti Zulkifli atau Zaharin - apabila tidak bersetuju, terus jadi calon bebas! Soalnya, apakah orang yang tiada prinsip seperti Zaid ini hendak kita pilih sebagai wakil rakyat di Hulu Selangor? Hanya orang yag tiada mata hati sahaja yang akan memilihnya.

3. Apakah PAS sudah lupa siapakah individu yang bertanggungjawab mengheret Hukum Allah ke Mahkamah? Walaupun ketika itu Zaid merupakan ahli UMNO, Nah! sekarang apakah dosa beliau itu telah gugur? Semata-mata kerana beliau sudah menjadi ahli PKR yang bersekongkol dengan PAS? Apakah segala caci-maki dan umpat-keji yang dilemparkan oleh PAS terhadap Zaid pada suatu ketika dahulu boleh dilupa begitu sahaja? Di mana prinsip PAS dalam hal ini? Dan pernahkah PAS bertanyakan kepada Zaid apakah prinsip beliau berhubung pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia? Masihkah beliau berani menolaknya? Lantaran itu, PAS tidak wajar menyokong Zaid!

Selanjutnya baca di sini.

5 comments:

Anonymous said...

Salam: Aku dah tak kisah dengan sebab yang ustaz ulas...yang penting zaid ibrahim orang melayu kita mesti sokong dan undi orang melayu! hidup perkasa hidup melayu!


Ajk Perkasa Hulu selangor.

Anonymous said...

Punah! Harakahdaily hentam Zaid Ibrahim! baca sini:

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/harakahdaily-hentam-zaid-ibrahim-calon.html

Anonymous said...

ustaz,
saya dah bosan baca tulisan-tulisan bloggers kononnya pembela negara termasuk blog ustaz, asyik politiking murahan. esok kalau zaid keluar dr pkr nak kata zaid berprinsip pula ke? skrg isu zaid, sebelum ni isu anuar.seolah-olah parti korang hanya blh kukuh dgn menjatuhkan pemimpin pmbangkang. patutnya klu nak imej bn maju, perbanyakkan artikel reformasi parti, kelebihan parti dan usaha orang-orang dlm parti bertindak buktikan perjuangan untuk rakyat bukan cakap tak serupa bikin. sebelum ni kutuk mic tak ada maruah. skrg nak orang bekerja keras menangkan mic. atas semangat bn konon. kalau kalah nanti, nak salahkan siapa? mic atau orang Melayu? atau pembankang? ini cara berpolitik lapuk.

Datu Sulaiman said...

Saya perdapatan Datuk Zaid adalah pemimpin masa depan negara yang berkaliber. Beliau layak menjadi antara bakal PM.. Jika PR menang pilihanraya umum dan memerintsh negara suatu ketika nanti, Datuk Zaid adalah calon PM yang berwibawa.

aswancc said...

.
Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
[1] http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
[2] http://sites.google.com/site/n25kajang/1
.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin