Salam,
Datuk Shahrizat tidak perlu melenting dan marah-marah dengan Lim Guan Eng. Semua orang tau, pemberian Lim RM 100 setahun atau RM 8.33 sebulan untuk werga tua di Pulau Pinang memang tidak sebanyak mana. Berapalah sangat nilai yang dapat dengan duit sebanyak itu?
Lim Guan Eng pun tau. Tidak banyak yang boleh dibeli dengan wang RM 100. Barangkali cuma cukup untuk membeli beberapa dozen pampers dewasa. Semua orang tau hal ini.
Yang bikin gempak, Lim riuhkan pemberian ini. Buat promosi merata tempat, bagitau dia amat prihatin dengan wergatua. Dia jaga kebajikan mereka dengan bagi duit. Sedangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi jauh lebih banyak daripada itu.
Cuma yang membezakan antara Lim dan Kementerian ialah Datuk Shahrizat tak riuhkan pemberian yang lebih banyak. Ramai yang tidak tahu. Persepsinya seolah-olah Lim benar-benar prihatin jaga wergatua dan kementerian Datuk Shahrizat tak buat apa-apa.
Tak salah untuk Lim buat begitu. Datuk Shahrizat tak payah naik angin. Kerja politik memang begitu. Siapa yang lebih cerdik, dia akan mendapat laba. Nampak di sini, memang Kementerian Datuk Shahrizat kurang cerdik berbanding Lim Guan Eng.
Ditambah lagi dengan karenah birokrasi yang berlaku dalam permohonan, dalam meluluskan dan dalam melaksanakan segala bentuk bantuan yang diuruskan Kementerian ini. Dasar memang cantik, bab pelaksanaan hancus!
Ramai mengeluh, bantuan e-kasih umpamanya. Ramai yang tak patut dapat, dapat. Sementara yang patut dapat, melepas. Dan banyak lagi karenah yang menyebabkan imej Lim Guan Eng naik di mata wergatua...
5 comments:
Salam Ustaz,
Adakah ini bermaksud bahawa kerajaan BN tidak lagi dapat melaksanakan segala dasar dan rancangan yang diciptanya ? Kalau begitu, tukar saja kerajaan ini..? Menteri bercakap tetapi jika menteri tidak turun padang melihat segala apa yang sudah 'diturunkan' maka hampir kesemuanya akan jadi tidak berkesan.. Kalau begitu, mari kita bagi peluang kerajaan PR mentadbir negara pada PRU 13 nanti, setuju ?
Datu, klu stakat bg RM100 setahun = RM8.33 sebulan, rasanya jauh lg utk bcerita ttg menukar kerajaan...
Ustaz, persoalannya bukan pada perkara RM100 setahun itu, tetapi soal kemampuan dan keberkesanan kerajaan sekarang ini dalam melaksanakan perkhidmatan kepada rakyat... Setelah lebih 50 tahun, mengapa kita tidak berani berubah..Change !!!
Salam,
Yang memberi adalah kerajaan negeri di mana kemampuan kewangan adalah terhad. Kerajaan persekutuan patut beri sama agar yang sikit menjadi lebih.
Cuma satu yang saya nak katakan, bagi sikit tetapi secara menyeluruh lebih baik dari beri banyak tetapi hanya kepada 'YANG TERPILIH' (sendiri mau ingat, bagus lagi cina yang adil dari melayu yang lencong).
USTAZ SAID...
Lebih baik ada dari terus menganga! rakyat sabah dapat berapa dari kerjaan BN ?...habuk pun tarak!
Post a Comment