Search This Blog

Loading...

Friday, March 12, 2010

Dari Putrajaya Ke Sungai Buloh...


Salam,


Wah semenjak dipecat dari PKR, tembakan bertalu-talu YB Zul terhadap PKR semakin kuat dan tepat ke sasaran. Syukurlah, nampaknya YB Zul semakin jelas dengan hala tuju perjuangan PKR dan Pakatan yang semakin jauh terkandas.


Harapnya rakan-rakan yang lain, yang masih mengintai peluang dalam PKR supaya segera bertindak. Menunggu terlalu lama pun tidak berguna, khuatir kapal dinaiki terus karam!


Jika pilihan raya diadakan sekarang PKR akan kalah teruk – Zulkifli Noordin

( Utusan )


KUALA LUMPUR 10 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu muhasabah diri dan mengelak daripada menyalahkan pihak lain sebagai dalang dalam setiap krisis dalaman yang dihadapinya.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, pimpinan parti itu tidak perlu terlalu cepat melatah dengan menuduh UMNO kononnya telah menawarkan sejumlah ganjaran kepada ahli-ahli Parlimen PKR yang bertindak keluar parti.

“Adalah lebih baik PKR dan pakatan pembangkang melihat muka masing-masing di cermin, bermuhasabahlah daripada menyalahkan orang lain di atas kekurangan dan kelemahan sendiri,” katanya dalam program NST Live Chat secara maya selama kira-kira dua jam hari ini.

Zulkifli berkata, masalah kronik yang melanda PKR segalanya berpunca daripada peranan firaun kecil yang disifatkan sebagai anai-anai yang merosakkan keteguhan parti secara perlahan-lahan.

Beliau berkata, sekiranya tiada langkah drastik dilakukan dan ‘firaun kecil’ dibiarkan terus menguasai parti, PKR tidak perlu menunggu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 untuk hancur.

“Malah jika diadakan PRU sekarang, saya pasti PKR akan kalah teruk, mereka sedang menggali kubur sendiri dengan cita-cita besar menuju ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti bakal beralih arah ke Penjara Sungai Buloh!” katanya.

Mengulas mengenai tindakan beliau menarik diri daripada mewakili Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam permohonan qazaf, Zulkifli berkata, ia merupakan tindakan profesional yang langsung tiada kaitan dengan kepentingan peribadi.

“Seorang peguam perlu memiliki hubungan baik penuh profesional dan kepercayaan dengan pelanggan bagi membolehkan pembelaan dilakukan secara penuh jujur,” katanya.

4 comments:

aliffnajmi said...

Salam.
“Seorang peguam perlu memiliki hubungan baik penuh profesional dan kepercayaan dengan pelanggan bagi membolehkan pembelaan dilakukan secara penuh jujur,” bermaksud Zul percaya tuduhan terhadap DSAI bukan fitnah.

DATU SULAIMAN said...

Ustaz,
Kalau benar bagai dikata bahawa jika pilihanraya sekarang PKR akan kalah,mengapa BN tidak berani membubarkan parlimen bagi ..piliharaya diadakan dan selepas itu BN akan memperolehi majoriti di Parlimen ?

Sebenarnya BN/UMNO dalam kecemasan sebab PRU 13 semakin hampir, pilihanraya majlis tempatan pun tidak berani untuk diadakan, alasan kunun tidak mahu banyak politiking...

ustazSAID said...

Salam Datu, yg kata bgitu bukan Umno tp YB Zul...harap dfahami konteks en3 ini. Tk

Gedung Akal said...

Kah...kah..kah Melayu sudah pandai buat analisis...kajh..kah..Melayu sedar mana fitnah...mana tidak...Melayu selalu kata pemimpim pembangkang adalah pengikut B.A.B.I...kah...kah.. Ustaz pun ada pandangan begitu ka? Kah...kah..kah..ustaz pun macam depa juga ka..sila bagi pandangan...kahh..kah...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin