Search This Blog

Monday, February 1, 2010

Cabaran Yang Tidak Perlu!

Salam,

MB Perak, DS Zambry Kadir mencabar DS Nizar Jamaluddin bersama 27 ADUN pembangkang untuk mengosongkan kerusi mereka bagi diadakan pilihanraya kecil. Tujuannya untuk melihat sejauh mana pengaruh pembangkang di kalangan rakyat Perak.

Cabaran ini dilontarkan Zambry gara-gara kenyataan Nizar untuk membubarkan DUN jika keputusan mahkamah berpihak kepada beliau. Elok rasanya semua pihak - Zambry dan Nizar - bersabar menunggu tarikh 9 Februari, jadual Mahkamah Persekutuan bersidang menentukan MB Perak yang sah. Sementara menunggu tarikh tersebut, tidak perlulah cabar-mencabar yang cuma memperlihatkan sikap kebudak-budakkan!

Seperti kata Zambry. fokus utama kerajaan negeri BN yang diterajuinya adalah untuk membangunkan ekonomi dan memakmurkan negeri Perak. Seharusnya tumpuan ke arah fokus tersebut dilaksanakan dengan jayanya tanpa terikut-ikut dengan rentak pembangkang, yang cuma sibuk dengan pilihanraya. Selesai pilihanraya, gagal pula mengurus dengan baik. Banyak janji gagal ditunaikan.

Jika pembangkang terutama PKR dikutuk sebelum ini dek kerana kecenderungan untuk berpesta pilihanraya, dengan perletakan jawatan ADUN dan MP hanya kerana alasan remeh, apa pula perlunya seorang MB melontarkan cabaran mengosongkan kerusi?

Ada banyak lagi perkara yang hendak dibuat untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat selain pilihanraya.

4 comments:

Z-MAY said...

jangan terlalu banyak berpolitik. buatlah kerja seperti yg diamanahkan.

jika nasib berpihak atau tidak, teruskan agenda membela rakyat. usah agenda asyik cari salah orang. jgn ikut rentak kebudak-budakan.

biar ada kematangan dalam memimpin. bukannya ada kegampangan dalam memimpin.

Anonymous said...

Hairan, bila kena kat batang hidung sendiri, pandai pulak kata tak perlu cabar mencabar! I have lost respect to PAS.

kembara putih said...

Cabaran yang berat sebelah. Nizar kelihatan lebih gentleman, Zambry pula dilihat lebih dayus dan pentingkan diri. Dua watak berbeza. Setelah berlaku bermacam perkara di Perak, mandat lama dah jadi basi, elok saja dibubarkan Dun, bukan pakai duit UMNO pun, dibuat dalam sehari saja, jadi apa perlu UMNO takut? Melainkan takut kalah.

CINTA DUNIA said...

ustaz,
Biarlah itu politik Perak dengan ceritanya. Kasih peluanglah itu Zamry merasa jadi MB sampai PRU 13.Lagipun jika mahkamah memutuskan Nizar adalah MB, Nizar dah janji akan memohon pekanan pembubaran DUn.Jadi tungguuuuuu !!!

Cuba ustaz tolong peturunkan keputusan pemilihan MT PBBS baru baru ini.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin