Search This Blog
Thursday, February 18, 2010
Kalakau...Baguslah Kamu Keluar!
"Jikalau dibandingkan UMNO dan PKR di Sabah penulis berpendapat bahawa PKR mungkin menerima sokongan yang kuat sebab ia adalah parti berbilang kaum. Sesungguhnya selera ini sudah berputik dan meluas. Ditambah pula ketua umumnya menjanjikan pemerkasaan Perjanjian Malaysia agar dihormati dan dilaksanakan sebaik mungkin. Ini adalah satu tarikan harapan kepada pengundi-pengundi di Sabah. Kita yakin begitu juga di Sarawak. Dan banyak lagi."
Salam,
Sebenarnya tiada apa pun yang menarik dengan berita keluarnya Kalakau Untol dari UPKO dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat. Berita ini mendapat sedikit perhatian kerana ia melibatkan seorang bekas Tim. Menteri. Kalaulah dia bukan bekas Tim. Menteri, mungkin tiada siapa pun yang mengenalinya.
Maknanya, tindakan beliau tidaklah sehebat mana berbanding keluarnya YB Zahrain dari PKR. Sementelahan pula, Kalakau ni pula bukan seorang MP atau ADUN. Jadi tiada sebarang kesan kepada komposisi kerusi kepada BN.
Di Sabah sendiri, Kalakau ni bukanlah siapa-siapa pun. Tidak ramai pun yang mengenali dia, malahan di dalam UPKO pun rasanya selepas jawatan terakhir sebagai Ketua Pemuda UPKO dulu, tiada apa-apa yang menarik diperkatakan tentang ahli politik ini.
Kelakarnya, dia bercadang untuk menjelajah Sabah menerangkan dasar perjuangannya. Isu yang hendak dikemukakan pula isu basi yang sudah diketahui oleh majoriti rakyat Sabah, cumalah umpan untuk menagih sokongan. Bila nanti sudah selesa di kerusi empuk bergelar YB, pasti semua janji untuk berjuang kepada rakyat akan dilupai. ( Ini penyakit kebanyakan YB kita )
Hakikat ini sudah terbentang di depan mata. Rakyat bertanya, semasa menjadi Tim. Menteri dulu, apa yang telah dibuat untuk kebajikan rakyat? Semasa menjadi Senator dua penggal kenapa tidak diperjuangkan isu basi yang digembar-gemburkan? Khabarnya cuma diingati kerana perangai pelik, kasut berlainan warna setiap belah!
Baguslah Kalakau menyatakan pendirian dengan jelas. Bertindak keluar dan tidak bersikap rencong di luar, pepat di dalam. Jika diperhatikan, rasa sayang dia dengan PKR sudah lama berputik. Tulisan beliau di blognya pada 5 Januari 2009 lagi, memang kelihatan sikap biasnya kepada Umno. Dengan bertindak keluar begini, mudahlah bagi pimpinan BN di Sabah mengenali siapa kawan, siapa lawan!
Adakah tindakan Kalakau ini akan memberi kesan kepada komuniti Kadazan-Dusun? Seorang kawan Kadazan mungkin ada jawapannya bila diajukan soalan ini. Katanya: Siapa Kalakau?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam Ustaz,
Saya asyik tertanya-tanya 3 hari lalu, siapa YB BN yg nak join PKR? Kawan kawan PKR berahsia!! Konon "ikan besar". pagi tadi baru saya sedar. Kalakau Untul. Alamak rupanya ikan besar itu "ikan basung".
Saya setuju benar dengan Ustaz. Baguslah dia keluar. Dia akan mendatangkan mudarat besar kepada PKR dan menghalang penyertaan pemimpin baru dalam PKR. Dia mcm "Queen of Spade". Di mana saja dia berada akan membawa masalah dan malapetaka. Org PKR lama di Tamparuli dan Tuaran, ramai yg benci Kalakau. Tentu akan bertandung lah mereka sesama sendiri sebagai tambahan kepada perang Jeffrey VS Thamrin and Kong Hoing Ming VS Chrintina Liew. Oleh kerana Kalakau masuk Kem Tn Haji Ansari...maka kalahlahkau Jeffrey...
Perkara ini berkaitan dengan kes liwat Anwar di mana telah di sebut oleh Saiful bahawa Saiful juga terlibat dalam urusan lompat melompat oleh BN Sabah.
Sebelum Saiful mengeluarkan list mengenai siapa siapa yang terlibat maka ada yang terasa.
Kelakau ni mungkin telah mengambil deposit sebagiannya untuk keluar dari PKR. Bila hal ini tidak berlaku dan nampaknya dia seorang saja, maka Anwar atau agen agennya telah meminta semula wang pendahuluan.
Kalakau tidak mampu membayarnya maka dia terpaksa membalas budi itu dengan keluar dari PKR dan menjadi 'barua' untuk menjadi biro penerangan PR Sabah.
Tak ada isu apa pun untuk budak tak cukup sekolah ni, cuma dia telah menjadi 'hamba tebusan'.
Lepas habis hutang hamba tebusan mungkin dia leh 'lompat' ke laut pula.
Sekarang di jadi 'Kelakar' untuk PKR alias The glamour clown of Sabah.
UMNO tidak dapat diselamatkan lagi...nak tahu kenapa sila klik disini
Salam Ustaz,
Memanglah bukan cerita besar kerana beliau daripada BN melompat ke PKR..Tentu saja jika kita melihatnya dengan keangkuhan, penghijrahan beliau ke PKR bukanlah satu 'kegemparan'politik. Tetapi saya percaya, kalaulah yang melompat itu adalah pemimpin PKR hattan bekas ketua cawangan saja pun, pasti ianya akan menjadi tajuk besar dalam tv dan media yang mengampu UMNO/BN.
Apapun, secara jujur saya melihat kemasukkan Datuk Kalakau kedalam PKR bukanlah sesuatu yang sangat mengujakan kerana dalam situasi politik semasa beliau ini 'biasa-biasa' saja. maksud saya beliau tiada jawatan tertinggi dalam mana-mana parti komponen. Apapun, kita harus ingat 'member' UMNO di DUN Kiulu Dan Tamparuli mungkin akan berhadapan dengan sedikit kesukaran kerana Datuk Kalakau tetap ada penyokongnya dalam kalangan KDM.., jadi PBS dan UPKO Kiulu dan Tamparuli, jangan 'eksyen'.
perkataan 'hattan' dalam komen saya di atas adalah 'hatta'.
Post a Comment