Search This Blog
Thursday, February 11, 2010
Tangguh Tetap Tangguh....
"sebenarnya aku pun nak tahu lebih banyak lagi sebab selama nie pimpinan dalam parti hanya bagi tahu untuk katakan kepada rakyat ini semua fitnah…, tapi bila kita tengok cara Saiful bagi keterangan rasanya boleh bezakan antara cerita benar dengan kalau dia saja saja nak reka cerita…, terus terang aku katakan aku pun dah mula cuak dah dengan Big Boss aku nie…” katanya sambil tersenyum sinis.
Salam,
Kata-kata di atas adalah pengakuan pimpinan akar umbi PKR seperti yang dilaporkan oleh blogger Medan Info Kita. Baca sini.
Nampaknya semakin hari, semakin ramai yang mula berasa curiga dengan Brader Anwar ni. Kekaguman dan kepercayaan mereka kepada Brader ini semakin kabur dan hampir pasti akan berkubur.
Ditambah lagi dengan adengan drama asyik mencari helah untuk menangguhkan perbicaraan. Atas perkara remeh pula tu. Hingga sudah mula bicara pun masih mencari dalih untuk bermain dengan masa.
Ketika Saiful begitu yakin di hadapan hakim, berterus-terang dengan kejadian yang berlaku, Brader ni menjadikan Utusan Malaysia pula sebagai alasan terbaru untuk tangguh. Rasa macam ada sesuatu ja untuk dia bimbangi?
Harapan kita, sebagaimana dia menuntut untuk diberi keadilan, keadilan untuk Saiful Bukhari juga hendaknya tidak lupakan. Jangan pula menuding jari ke sana sini untuk menutup kes...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Salam ustaz..
Yang pasti kes brother tu adalah urusan peribadi dia dan kita biarkan proses undang-undang berjalan dengan tenang.
Apa yang pasti sekarang ialah dalam urusan politik kita,hasrat kita untuk melihat perubahan dan pertukaran kerajaan melalui PRU13 nanti..Kita sudah mula melihat keterbukaan politik sekarang, pemikiran baru dengan kefahaman rakyat dalam membuat keputusan sudah semakin matang dan tidak lagi dibebani dengan sindrom 'pak turut' dan 'angguk-angguk'.
PR akan teruk bergerak untuk menawan hati rakyat. Insaflah kita bahawa kuasa penentu ditangan rakyat melalui peti undi, mereka tidak perlu menjerit atau hadir dengan komen-komen dan pandangan yang mengampu dalam kaca TV atau surat khabar, tetapi bila tiba waktu, mereka bisa membuat keputusan yang mengejutkan kita.
Marilah kita terus memberi sokongan kepada PR, kita ada PAS dan PKR sebagai alternatif baru, harapan baru untuk Malaysia. Oooppss, terlupa saya sebur DAP. Penting juga DAP sebagai pelengkap sekalipun dalam PKR sudah mewakili Melapyu,Cina dan India.
Salam Datu Sulaiman,
Minta maaf dulu saya ucapkan kerana saya merasa teramat menyesal kerana mengundi PR semasa PRU12.
Saya tak nampak apa bentuk pembaharuan yang dibawa PR selain politiking 24X7. Janji2 semasa kempen pilihanraya pula semakin tinggal janji kosong.
Nasib baiklah hanya undi DUN yang saya berikan kepada PR. Kiranya undi MP juga saya berikan tak terfikir apa yang bakal berlaku. Jangan2 Malaysia sudah bertukar menjadi republik di bawah para 'Khalifah' PR.
Saya akan pastikan undi saya di PRU13 nanti akan saya berikan semula kepada BN. Cukuplah sekali tersalah pilih.
Salam ustas.Saya pun kecewa sangat kepada PKR(PAKATAN RAKYAT)apa yang kita tak buat pada pakatan Rayat sampai makan asap gas F.R.U kerana untuk pakatan rakyat tapi yang kami dapat nasib tak tidur dalam lokap.PRU 13 akan datang saya akan beri undi saya pada BN balik.
datu siapa2 lah,
memang minda rakyat sudah terbuka luas dan memahami politik dengan lebih mendalam. mereka telah dijanjikan dengan pelbagai retorik ahli2 ADUN Fuckatan Rakyat dan sudah muak dengan janji2 yang diberikan. tapi habuk pun tarak. memerintah negeri selangor tapi masih berlagak sebagai pembangkang. tak boleh dikritik tetapi cuba menegakkan keadilan, ketelusan dan bermacam slogan2 penipuan. rakyat sudah muak dengan janji2 kosong macam tong kosong. bunyi kuat tapi isi tak dak.kes si nuar tu bila nak habis, tapi bila di ceramah dia menuduh UMNO yang melambat-lambatkan perbicaraan. kalau manusia pembohong penipu dan peliwat ini di angkat menjadi PM maka hancur la negara ini keran semua rahsia2 dia diketahui oleh peguam2 beliau sekarang dan akan digunakan untuk keuntu8ngan mereka dikemudian hari nanti.
بسم الله الرحمن الرحيم
gegaran isu politik Malaysiab . Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.
Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)
Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :
ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة
Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)
Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.
Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)
Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.
Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).
ada lagi sambungan
RINGKASAN SYARAT-SYARAT
Qazf mempunyai beberapa syarat :-
1) Syarat kepada penuduh :
* Beraqal
* Sudah baligh
2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf
* Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)
3) Syarat orang yang dituduh
* Beraqal
* Baligh
* Islam
* Merdeka diri
* BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-
ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء
Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)
Imam Malik berkata :
قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،
Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah. ) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)
Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.
Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.
Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.
Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.
Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.
Sekian
Sdr.anonylous 3:02
Jika sdr menyesal mengundi PR, itu urusan sdr tetapi mahu saya menyatakan bahawa PRU12 lalu adalah undi saya yang terakhir undi BN.. Buat makluman sdr, PR sentiasa mendokong kerangka perlembagaan negara dan perjuangan mereka tidak pernah tergelincir daripada landasan itu.Hanya mereka yang suka membuat fitnah dan bangkrap modal politik saja yang selalu menuduh PR dengan pelbagai tuduhan.
Janganlah lagi keliru, marilah kita meletekkan sokongan kepada PR sebagai harapan baru untuk Malaysia.
Nampaknya ustaz terlalu mudah bersifat prejudis dan memihak kepada Saiful. Apakah kerana pendirian parti ustaz begitu? sepatutnya ustaz bersifat neutral kerana hanya Allah yang maha mengetahui siapa yang benar dan siapa yang bersalah. Mahkamah dunia memutuskan bergantung kepada fakta kes dan tak mustahil juga boleh berlaku manipulasi. Meskipun media menggembar-gemburkan pelbagai cerita termasuklah tokok tambah dan fitnah, adalah tidak adil untuk menghakimi kesalahan seseorang yang belum dapat dibuktikan apatah lagi jika cara menyelesaikan kes ini tidak berdasarkan perundangan Islam.
Anon 12;21...Salam, sila lihat kepada frasa
...Harapan kita, sebagaimana dia menuntut untuk diberi keadilan, keadilan untuk Saiful Bukhari juga hendaknya tidak lupakan....
Apa yang perlu dirisaukan jika memang tuduhan dilemparkan tidak benar dan fitnah? Bukankah Anwar tkenal dengan lawan tetap lawan.
Yang menyebabkan kecurigaan ialah apabila tindakannya kali ini jauh berbeza ketika dia melawan pd 1998. Ya mahkamah dunia bukanlah penyelesaian tbaik, boleh blaku sebarang manipulasi. Soalnya, ketika banyak pesalah lain sudah dihukum sebelum ini di mahkamah yg sama, mengapa kita mguna pendirian yg bbeza dgn kes ini?
Wallahu 'Alam...
Saya setuju dengan anon 12:21 tu. Ustaz pula, knapa nak pertikai cara Anwar sekarang berbeza dengan tahun 1998? Logiknya memanglah berbeza dah masa dan situasi berubah, orang2 yg terlibat pun berbeza. knapa sampai sekarang pendakwa masih tak membekalkan maklumat penting yang diperlukan oleh pihak pembela menurut lunas2 undang2 ? kenapa bertangguh2 ?sedangkan hakim dah mengarahkan mereka untuk menyerahkan maklumat tersebut. Knapa banyak kontroversi? Apakah kerana yang dibicarakan itu Anwar Ibrahim? Saya sebagai pemerhati tak memihak kepada siapa2 tapi saya tetap tak suka kepada ketidakadilan dan manipulasi mana2 pihak yg terlibat. Inilah juga punca kepada proses tangguh dan tangguh dalam perbicaraan. Malangnya media hanya menyalahkan Anwar dalam soal penangguhan ini. Apa cerita saiful pula? Daripada maklumat tentang latar belakang pemuda ini, saya ragu apakah beliau benar-benar bertindak "kerana Allah s.w.t". Apa-apapun kita tunggu dan lihat. Bukankah Tuhan itu maha adil dan maha kaya. Kalau akhirnya Anwar didapati bersalah biarlah dia menerima hukuman. Tapi kalau dia teraniaya, bukankah Tuhan mengasihi hambanya yang teraniaya. Siapa yang menanggung dosa2 penganiayaan itu? Bukankah rakyat yang tak terlibat juga akan terkena kesannya?.nauzubillah..
Post a Comment